Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Isnin, 18 Julai 2011

Semoga Kau Tabah Mengahadapi Dugaan Ini (Part 4)

Salam...

Alhmadulillah.. Kini Tim sudah berada di rumah.. Aku baru je balik dari rumah Tim.. Keadaan dia tetap macam tu.. Cuma dia dah boleh bagi respond dengan penerangan kami ni. Muka dia berkerut-kerut nak terima apa yang kami cakap kat dia. Cuma dia belum mula bercakap je.

Nampaknya, dia ada potensi untuk pulih semula. Cuma akan mengambil masa yang lama. Takpalah, asalkan dia dapat ingat kami semula. Seriously, perangai dia berubah serta-merta macam orang baru dilahirkan semula.

Hari ni aku tengok Faz tenang je.. Aku pulak mata yang berair.. Nini pun sama.. Kami tak mampu nak tahan perasaan melihat Tim macam tu. Faz, aku tahu, malam ni kau akan menangis sebab terkenangkan Tim.. Aku pun... Tapi hidup mesti di teruskan kan???

Tadi Jumaidi, BF Tim, bawak coki-coki. kami berusaha nak bagi dia makan juga. Ada la sikit coklat tu di sapu pada mulut Tim. Mudah-mudahan dia mampu ingat sikit-sikit. Aku sudah mampu menahan sebab apabila Tim mampu menelan air yang kami letak dalam mulut dia. Tapi sikit je dia minum..

Takpa la Tim..
Asalkan Tim terus beransur-ansur sihat..
Syahira sentiasa menunggu kepulangan Tim yang dulu..
Tim, cepat sembuh tau...
Dengar cakap Syahira ni...

Tiada ulasan: