Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Khamis, 12 Mac 2009

SEPUCUK SURAT CINTA YANG GANJIL

Hubungan antara seorang gadis dan seorang jejaka telah dapat dihidu oleh bapa si gadis. Si bapa memberi amaran kepada si jejaka supaya menjauhkan diri daripada anak gadisnya dan memutuskan hubungan cinta mereka. Mereka terlalu menyayangi antara satu sama lain dan memutuskan untuk meneruskan jalinan kasih antara mereka. Suatu hari, si jejaka ingin menghantar sepucuk surat kepada si gadis, tetapi si jejaka bimbang bapa si gadis akan mendapat tahu tentang suratnya itu. Jadi si jejaka menulis seperti ini :-



1. Kasih suciku yang kuberikan padamu

2. Sudah hilang dan perasaan benciku terhadapmu

3. Mekar sepanjang hari

4. Aku semakin jemu untuk melihatmu dan

5. Satu perkara yang aku ingin lakukan adalah untuk

6. Melihat perempuan-perempuan jelita yang lain. Aku tidak ingin

7. Bersamamu setiap waktu. Pertemuan kita yang terakhir

8. Sangat membosankan dan tidak

9. Membuatkan aku untuk bertemu kau lagi

10. Kau hanya mementingkan dirimu

11. Ketika kita bersama. Aku tahu aku hanya akan temui

12. Hidup ini sungguh sukar dan tidak akan menemui

13. Kebahagiaan jika hidup bersamamu. Hatiku ini adalah untuk

14. Diberi tetapi bukan sesuatu yang wajar diberikan kepada

15. gadis sepertimu. Tiada sesiapa yang lebih

16. bodoh dan mementingkan diri sendiri daripada kau dan kau tidak

17. layak untuk mengambil berat tentang diriku dan menyatakan yang aku ingin kau faham bahawa

18. seikhlas hati aku menyatakan aku ingin kau faham bahawa

19. aku bercakap benar, kau dapat membantu ku jika

20. kau juga inginkan sebuah perpisahan. Janganlah

21. kau membalas surat ini. Suratmu mengandungi

22. perkara-perkara yang tidak dapat menarik perhatian ku lagi. Dirimu sudah tidak ada

23. keabadian cinta untukku. Selamat tinggal!!! percayalah.

24. aku sudah mempunyai kekasih yang lain dan tidak lagi menyukai mu. Tolong jangan ingat yang

25. Aku masih teman istimewa mu

Si gadis begitu terkejut dan sedih setelah membaca surat tersebut. Tetapi si gadis tersenyum dan kembali ceria setelah mendapati bahawa ada pesanan kecil di bahagian bawah surat ini.

Cuba teka apakah yang ditulis oleh si jejaka di bahagian bawah surat ini. Dan apa yang cuba si jejaka sampaikan pada si gadis itu.

Jawapan: baca hanya nombor ganjil

Alam Remaja

Indahnya hari bagai bunga mekar
keharumanya mempersonakan
payah bagiku
untuk membezakan warna alam maya
Aku terjerat dalam kemelut pesona dunia
dalam keghairahan mencari identiti
zahirlah kelemahan dan kekurangan
usiaku bagaikan kuntuman mewangi
Kembang sementara
layu akhirnya
merimis kejam
meragut bahagia
Tersentak aku dari kelalaian
dalam kekesalan
kukumpulkan semangat
membina kembali kehidupan
Dalam usia remajaku ini
untuk menuju ke arah kejayaan

12 March

pergh..akhirnya tamat juga penyiksaan jiwa dan raga yang aq hadapi sejak beberapa minggu ni...
memang rase nak pecah kepala otak la bila kne mengingati 8 subjek..
ni baru je ujian, lom lagi PMR yg bakal aku hadapi...
x tau la ape rasanya bila kna hafal 8 subjek dari kulit ke kulit buku teks dari form 1 smpai form 3..
aq rasa time tu mesti aq dah cm org x betol(harap-harap x la...)
hmm...tp ape aq kisah,yg penting aku happy....