Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Rabu, 13 Julai 2011

Semoga Kau Tabah Mengahadapi Dugaan Ini

(Iema... I miss U ....)

Salam..

Dalam meniti ranjau kehidupan ini, macam-macam dugaan yang akan kita tempuh. Dan yang paling terbaru, satu musibah yang agak berat telah menimpa sahabatku. Meskipun dia seorang yang agak nakal dan lebih bersosial berbanding kami, tapi aku tetap sayangkan dia. Sebagai seorang kawan, pasti ada satu ketika, lidah kita tergigit. Makan hati, tak senang dengan sikap seseorang dan macam-macam lagi la. Al-maklum sahaja lah, kita ni manusia yang sering melakukan kesilapan. Takde yang lebih sempurna selain pencipta kita.

Bagi sahabat ku yang kini berada di ICU Hospital Ampang, hanya doa yang mampu ku berikan. Semoga dikau tabah dalam menghadapi dugaan-NYA.

*********
Dia seorang gadis yang memiliki wajah yang manis dan semestinya di minati ramai. Memiliki hati yang mudah di bentuk tetapi agak mudah terpesong. Aku, sebagai seorang sahabat amat berharap dia dapat berubah. Menjadi seorang muslimah yang lebih sejati dan memiliki kehidupan yang diredhai Allah. Dia seoarang pelajar yang bijak, tetapi amat mudah terhanyut dalam arus pemodenan. Tetapi, takdir Allah, siapalah kita untuk mengubahnya...

Segalanya terjadi dalam sekelip mata. Dia terlantar di ICU. Dua hari sebelum kejadian tersebut, aku telah melakukan kesalahan terhadapnya. Kerana hasutan Syaitan, aku telah berdosa terhadapnya.

Keesokan harinya, hari teknik menjawab Agama Islam di sekolah ku. Dia menghadiri sesi teknik menjawab tersebut. Sayangnya, aku langsung tidak menegurnya. Egonya aku untuk mengakui kesalahan ku. Aku hanya memandangnya dari jauh dan berdoa agar dia memaafkan ku.

Malam tersebut, entah kenapa hati aku mendesak agar aku menghantar SMS kepadanya, tetapi entah kenapa ego aku tinggi sangat malam itu. Aku hanya bertanyakan khabarnya daripada seorang rakan karibnya. Jauh di sudut hati, aku sangat-sangat ingin memohon ampun dan maaf darinya.

Tapi semuanya tak mampu ku luahkan sehinggalah pada keesokan harinya, Faz memberitahu aku bahawa dia kemalangan bersamanya abangnya. Kini dia berada di wad ICU. Entah bila dia akan pulih seperti dulu. Hnaya Allah yang tahu. Aku hanya mampu berdoa agar dia kuat semangat untuk terus menghadapi ujian Allah ini.

*********
Pada hari isnin hari tu, aku ada melawat dia di wad ICU Ampang. Keadaannya benar-benar meruntun naluri aku. Tambah lagi, aku masuk ke bilik tersebut bersama Faz. Aku terpaksa menahan air mati daripada terus keluar demi memberi kekuatan kepada Faz. Di dalam wad, aku x banyak bercakap. Aku hanya membiarkan Faz bercakap dengan dia. Hati aku menjadi sangat hiba apabila mendengar Faz menyuruh Dia bangun dari tidurnya, "Tim.... Bangun la... Tim tak sayang Faz ke...Tim....Bangun la Tim...." Pada saat itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku semasa mendengar rintihan Faz. Air mata aku turun dengan deras tanpa mampu di tahan lagi. Faz yang berjiwa lembut, terus memeluk aku. Kami tak mampu menampung kesedihan yang semakin mendalam di hati ini.

Setelah beberapa minit, kami pun keluar. Di luar, Faz masih tidak mampu menahan rasa sedih yang semakin mencengkam lubuk hatinya. Aku hanya mampu berdoa agar sahabatku cepat sembuh dan Faz semakin tabah meneruskan kehidupan tanpa sahabat baiknya di sisi. Melihat air mata yang turun dari mata Faz, hati aku turut meruntun hiba. tanpa segan silu, kami menangis di khalayak ramai.

Aku bersyukur, masih ada berita baik yang mampu aku dengar pasal dia selepas kami keluar dari wad. Terima kasih kepada Fatin Amira dan Fairus yang tak putus-putus memberi kami semangat. Berita yang di khabrkan oleh mereka berdua berjaya menenagkan hatii Faz. Alhamdulillah... Aku bersyukur.

Kini aku, Faz dan Hanini mampu meneruskan kehidupan dengan tenang. Doa kami terhadap Tim semoga dia cepat sembuh tidak pernah putus. Yang paling penting pada saat ini ialah melihat Tim sihat seperti dahulu dan Faz tidak berada dalam kebimbangan lagi. Semoga Faz dan kelurga Tim mampu menempuhi dugaan ini dengan penuh ketabahan.

Tiada ulasan: