Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Sabtu, 15 Disember 2012

Shae - SAYANG

Lagu ni memang untuk SAYANG

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu


Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Jangan ragukan cintaku
Percaya sayangku
Jaga hatimu untukku
Ku menyayangimu
Semangat hidupku
Ku tetap untukmu
Cintaku selalu milikmu

#sangat sukakan lagu ni. 2nd time dengar lagu ni with Shamim Laili. He sang this song in my car OTW tu Awi's house.

 Listen Hear !!!

Rabu, 21 November 2012

Sunway Lagoon

Sangat seronok, sangat best, sangat penat dan sangat ........... WOW!!!! HENSEM ..... hahahaha. Cuci mata la. Dah lama tak buat aktiviti macam ni.. LOL.

Tapi, sumpah sangat penat.

Memandangkan semalam 20 november 2012, Sunway Lagoon ada menyediakan tiket semurah RM20. Hahaha.. Sape tak nak wei... Harga runtuh habis tu....

Aku & the gang sanggup bangun seawal 5 pagi dan keluar rumah seawal 5.30 pagi semata-mata nak pergi Sunway Lagoon tu. Apa je la yang ada kat sana kan. Ikan duyung je pn...

Kami sampai sana around 6.30am. Jangan terkejut, seawal 6.30 pagi, dah ramai yang memenuhi kuanter tiket kat situ. Including as. Hehehe...

1000 yg terawal sahaja yang dapat beli tiket dengan harga RM20 tu.. Dan kami pun berjaya. hahahahahhahaha *muka bangga giler..

Beratur punya la macam duduk dalam tin sardin. dengan panas xde kipas dia. Dengan bahang manusia yang dah bersesak-sesak menghimpit aku. Bau masam je semua. hahaha... (tak mandi lagi tu. masing2 nk mandi kt kolam.) Nasib baik la aku beratur sebelah En.Comel.. Pergh!!! cair la kejap. Heheheeee...

Lebih kurang pukul 9 pagi, baru la kuanter tiket terhegeh-hegeh nak bukak. Bayangkan, berapa lama kitorg tersepit di celah-celah bau badan manusia+peluh jantan En.Comel aku tu. Huish!!! sangat terseksa. Lebih kurang 2 jam setengah aku tersiksa di celah-celah ribuan manusia yang tak mandi tu.. Hahaha.. Sabar je la.. kau yang nak sangat kan...

Bila dah dapat masuk tu, semua permainan kitorg main.. (BOHONG!!!!!) Tapi yang paling best,,,, aku x nmpk pn apa yg best kat sini. Tapi bagi kaum ADAM, sangat best kalau datang sini. Selain have fun, boleh cuci mata sekali. Dapat tengok awek seksi.. Bukan seksi sikit2, seksi habis bhai... Suku b****, separuh b**** & hampi berb**** pun ada gak. Seksi habis. Bikini transparent pun ada... (BOHONG!!!!) Ala, event diorg tutup part2 tertentu, tp still boleh nmpk sbb jarang. Yang melayu pun dah mcm Minah Salih celup aku tengok. Hahahahahah.... Sangat terkejut la bagi aku yang sangat kekampungan ni..

Dan yang paling best, aku just spend RM50 only utk event kali ni. PERGH!!! superb habis. Selama ni,  kalau hangout with them, aku mesti habis dekat RM100.. This time dapat save RM50.. huhuhuhu.. Bagus2... GOOD JOB SYAHIRA!!

Dan yang paling terbaik aku dapat lepas balik dari SUNWAY LAGOON ni ialah Kepenatan Yang Tak Terhingga + Sakit-sakit badan sbb naik Pirate Ship (mcm nk tercabut nyawa naik minatang nih. Sumpah xnk naik lagi...) + Duit pun habis + Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas hampir sejam. (yang ni x adil, penumpang lain semua dok mkn KFC diorg, aku lak yg kena drive smbil perut mnyanyi lagu rock) Dahsyat!!!!!!

So, C U Later....
Muah!!

Jumaat, 2 November 2012

STPM 2012 - Modul Baharu

Assalamualaikum semua.

Sorry to say, bila dh sambung form 6 ni, nak kata sibuk sangat tu xde la sangat. Cuma kemalasan lebih menguasai diri. HAHAHA!!

Ye la, jarak sekolah dengan rumah dlm 15KM dan mengambil masa hampir setengah jam kalau berlaku kesesakan lalu lintas. Biasa la, Hulu Langat ni dah semakin dikenali ramai. Dulu kalau aku sebut Hulu Langat, ramai giler x tau kat mana Hulu Langat tu. Even ckp dengan budak2 yang duduk kat kajang atau cheras pun boleh buat muka pelik bila aku sebut nama tempat tinggal aku. Tapi sekarang ni ada la perubahan dia just because tempat beriadah mcm Sungai Congkak and Air Terjun Sungai Gabai.

Next week aku akan menduduki peperiksaan STPM for new batch 2012 SEM 1. Biasa la geng, now, STPM dah belajar ikut penggal ok. Every new sem tukar topik and buku text. Kesian gak r aku tengok parents aku sebab aku asyik mintak beli buku latihan je. Buku text STPM xnk mahal pulak. Lepas tu buku latihan takat 1 je tak cukup. Huhuhuhu. But nasib baik parents aku x bising kalau bab buku ni.Alhamdulillah.. Cuma aku kesian kat diorg la cite dia.

So, start 5 November 2012, aku akan menduduki peperiksaan kertas Pengajian AM. For the next day, exam paper GEOGRAFI. Next, paper Bahasa Melayu and the last day, 8 November 2012, paper sejarah yang menunggu nak telan kami semua. HAHAHAHAHA.

Preparation? So far so good. Harap2 aku ingat semua bnda yang aku dah study b4 this.
Doakan kejayaan aku ok!!

For more information about STPM modul baru ni, U all boleh la search sendiri. Hahahaha!!!

*nampak dah malas dia nak berblog ni....

Selasa, 7 Ogos 2012

This make me smile

No more tears.
Alhamdulillah...




HAHAHA!!!

Macam hapo jo aku ni. Act, bukan la aku suka sangat jadi macam ni. Tapi di sebabkan benda ni. No more tears sebab Faiz ok.

Alhamdulillah. Walaupun member2 kelas saja2 je nak mengusik kami, Sekurang-kurangnya dah takda la tragedi aku nak nangis wei. Penat la membengkakkan mata bulan-bulan puasa ni.. Tak berbaloi pun.

Lagi 1, aku takda perasaan terhadap guys tersebut. Cukup la sekadar kawan.

Sekian.

Ahad, 5 Ogos 2012

Alamanda

Amira Othman

Ini budak kira leader kitorang kalau bab merayap. Oleh itu, semalam kami tersesat ke Putrajaya dan telah berbuka puasa di sana.

Aku, Atiqah, Amira

Inilah kami... Cop cop!! ada lagi yang follow... Yang ni so sweet sikit.


Ahmad Qushairi dan Hanini

Ha!!! yang ni aku curi-curi ambil. Hahaha!!! Sweet tak?? *hamik mu!!!


Cantik!!! Tapi panas ya amat. Spoil mood nak lepak lama-lama di luar.

Atiqah dan Aku

Hahaha. Sempat la juga bergambar bersama yang tersayang. Comelkan? kih3!!!


Ha!! yang bertudung hitam ni Hanini. Ala,, yang so sweet di atas tu...


Jangan tanya kenapa dengan Amira tu. Bahagia sangat sebab nak berjumpa dengan si dia kot. Huhuhuhu....

Cendawan apa kah itu???

Kami ke sana kerana ingin menunaikan hajat sahabat kami iaitu Hanini yang teringin sangat nak makan steamboat stail korea. Tapi, dapat jugak steamboat stail Thai. kah kah kah!!!


Awesome!!!

Masih sempat melepak di tepi kolam sana. Kenapa la Putrajaya ni panas?? Malam pun panas tahu. Huhuhu. Kalau sejuk, mau sampai pukul 10 malam baru kami pulang ke rumah.


Dan sekian sudah aktiviti kami pada hari sabtu = 4/8/2012 = 15 Ramadhan

Bye!!

Alkisah Ultraman Bergaya

Pada suatu hari, si Ultraman sedang bersiar-siar kerana terlalu free dan tiada raksasa yang sedang mengamuk nak makan penampar beliau. Si Ultraman telah berjalan-jalan ke hulu ke hilir tanpa rasa jemu. Setiap lubang dunia telah dijelajahi tanpa rasa segan silu.


Pak Cik Ultaraman telah melawat colleseum di Itali




Beliau turut melancong ke Eiffel Tower sambil mengenang kisahnya bersama Cik Adik manis.

 

Sambil berangan, Encik Ultraman sempat la makan ais krim kesukaan kekasih hatinya bersama....



Candy Buffet yang ada mata dan hidung. Alolololo~~ So Sweet. Cute pula tu.


Seterusnya, Encik Ultraman menuju ke AS dan singgah di tugu Kemerdekaan AS.

Dah alang-alang terbang tu, En. Ultraman sempat melihat London Bridge di London.



Kawasan yang di penuhi Pokok Sakura yang sangat cantik. Ini la tempat En. Ultraman bermain semasa zaman kanak-kanak beliau. Cantik sangat. Awesome!!


Inilah pemandangan yang paling cantik yang sempat En. Ultraman capture for us. WOW!!!! So cold~~


Finally, En. Ultraman sampai di Malaysia. Wow!

Disebabkan beliau tertarik dengan penduduk Malaysia yang berbilang bangsa. Beliau telah mengambil keputusan untuk menetap di Malaysia buat beberapa tahun. Beliau turut berhasrat hendak bersara sementara dari berlawan dengan raksasa di Jepun.


Sedang En. Ultraman bertungkus lumus melipat kain baju,,,,

Duduk terkangkang pulak dah. Ops!! Lupa pulak yang kaki En. Ultraman tak boleh nak bengkok.


Eh,, sempat pula En. Ultraman bergaya ala ala membawa motor. Err,, gaya macam tengah drive pun ada juga ni.



Ha!! Ini apa kes ni??? Tiba-tiba En. Ultraman duduk di atas ulat beluncas ni.

Sebenarnya, inilah sahabat baharu En. Ultraman. Namanya Kikilala.. Dia sangat la peramah dan baik hati. Sentiasa tersenyum dan rajin bagi En. Ultraman duduk di atas badannya.



Tengok ni, so sweet kan mereka ni. En. Ultraman ni kalau bergambar bersama Kikilala, mesti dia mahu bertenggek di atas badan Kikilala. Tapi nasib baik Kikilala tiada nerve pain. Kalau tak, dah sah-sah la badan Kikilala lebam-lebam sebab kena pijak-pijak dengan En. Ultraman. En. Ultraman ni bukan reti nak berlembut. Al-maklum sahaja la. Sebelum ni kerja En. Ultraman kan selalu nak bergasak dengan raksasa di Jepun tu.



En. Ultraman sangat suka bergambar!!!


En. Ultraman!!! That's your friend ok! Kuajak la tu main langkah-langkah kawan.


Meskipun En. Ultraman so rude with him, Kikilala masih mampu tersenyum dengan ikhlas semasa bergambar dengan En. Ultraman.


En. Ultraman ni sangat suka bergaya. Lepas tu, cepat-cepat dia ambil kamera dan bergambar bersama Kikilala.


En. Ultraman ni kalau bergambar nak nampak macho je. tapi tak reti nak senyum. Ops!! lupa pulak yang mulut En. Ultraman dah kena gam oleh ibunya. Haha!! Ni mesti kes cakap tak berlapik. Cuba tengok Kikilala, sentiasa murah dengan senyuman. Comel gitu~~


Again, terbukti yang En. Ultraman adalah PHOTOGEDIK!!!!



Setelah beberapa tahun menetap di Malaysia,,, akhirnya En. Ultraman mengambil keputusan untuk berhijrah ke kutub utara. Beliau ke sana dengan menaiki,,,,,



Hal ini kerana, Ultraman dah tak boleh nak terbang sebab dah berat. Badan Ultraman sudah mengembang tahap kah kah kah!!! Sebab sepanjang tinggal di Malaysia, En. Ultraman akan makan KFC pada setiap masa dan setiap hari. Oleh itu, En. Ultraman telah mendapat pelbagai jenis penyakit akibat daripada diet yang tidak sihat itu. *hamik mu!!!



Kerana terlalu malu kerana sering di tertawakan oleh masyarakat, En. Ultraman telah membawa diri ke kawasan berikut yang diberi nama Gunung Lemak Putih oleh Ultraman.


Sekian....

Ahad, 10 Jun 2012

Sekolah

Ok, sebenarnye aku dah naik fedup ni.
Punya la panjang berjela aku tulis tadi, tutup-tutup hilang. WARGH!!!!!!!
Aish! ponat den menaip kak oii... Dia main sedap2 je kasi hilang gua punya karya.

Dengan ini, aku pun terpaksa rewrite la balik hasil karya aku tadi....

*****************************

Assalamualaikum.

Sekolah. Memandang besok sesi persekolahan akan bermula, aku sebagai salah seorang pelajar PRA-U (xnak ah guna student skolah), akan kembali menjejakkan kaki ke sekolah. Hal ini bermakna, no more night movies, tidur lambat, berchating, berFB dan lain-lain.

Nak cakap rela sangat masuk form 6 ni tak juga. Tapi apakan daya, aku hanya mampu mencuba yang terbaik. Anyway, nak cakap form 6 ni something scary like korang cakap tu, takde la gak. Since aku dah ambil keputusan untuk melangkahkan kaki ke tingkatan 6 ni, ramai gak la budak-budak yang tak amik tingkatan 6 cakap, WHAT??? FORM 6??? (aik, korng ni pekak ke? xkan aku nk repeat 1000x kan)

Bagi aku la kan, aku tak nak dengar semua kata-kata korang yang boleh menjatuhkan semangat aku yang baru nak pulih ni. Memang bukan rezeki aku nak dapat first intake kat U. Semua yang terjadi ni ada sebabnya. Aku redha dengan ketentuanNYA. Sekarang ni aku hanya mahu mendengar suara2 yang sentiasa menyokong aku dari belakang. Suara2 yang sentiasa mendoakan kejayaan aku. Suara2 yang tak memandang rendah kepada aku. Suara2 yang sentiasa menyokong aku semasa aku berada di bawah dan di atas. Aku menghargai korang. Selagi korang menyokong aku (terutama sekali family aku), aku akan berusaha melakukan yang terbaik untuk korang. Insyaallah...

Kadang2 hati ni terasa sebak bila mengenangkan semua sahabat mendapat tempat yang lebih baik dalam menyambung pelajaran, tapi aku tetap kuatkan semangat dan teruskan keputusan aku ni. Memang susah hendak menetapkan pendirian kita bila kita sendiri terdengar suara2 busuk kat luar sana yang ingin melihat kita jatuh. Dan pernah sampai satu tahap, perasaan menyesal tu datang menyelubungi diri. Tapi bila aku jumpa kawan2 yang sentiasa memberi aku semangat, melihat orang2 lain yang tidak mempunyai peluang seperti aku, alhamdulillah, aku dapat kembalikan semangat aku yang dulu.

Kak Iqa. Walupun aku baru mengenalinya semasa bekerja hari tu, dia la yang paling banyak menyedarkan aku, yang paling banyak memberi aku semangat, dan dialah antara sahabat yang paling banyak menyokong aku. Thanks a lot kak iqa. Syera akan ingat semua pesan kak iqa.

Keputusan aku untuk memasuki form 6 ni pun berdasarkan beberapa sebab yang aku dah pikir masak2 dan aku tak nak jadi "penjual ikan" la....

Ok, ini antara sebab2 aku ambil keputusan berat ni...

1. Form 6 ni jimat masa. Sebab tempoh pembelajarannya hanya setahun setengah sahaja. Kalau la aku ambil diploma di salah satu institusi pengajian tinggi di Malaysia ni, tempoh pengajiannya akan mengambil masa sehingga 3 tahun. (pengecualian kepada matrikulasi)

2. Jimat kos. Kos pengajian kan semakin meningkat. So, kalau boleh aku tak nak berhutang banyak-banyak. Bayangkan kalau aku ambil diploma di mana-mana U, lepas tu aku sambung ambil ijazah, tempoh pengajian dah mencecah ke 7 tahun. Dan sepanjang 7 tahun tu, aku akan mendapatkan pinjaman PTPTN. Hohoho... Dah berapa puluh ribu aku nak berhutang dan berapa lama masa yang akan di ambil untuk aku melangsaikan hutang tersebut. So, korang nampak tak aku punya pemikiran ni??? Tingkatan 6 ni takde la banyak sangat nak guna duit kan. Parents aku pun still boleh support lagi. Lagi pun, bukan aku sorang dalam family yang sedang belajar.. My sis still study. Aku pun ada adik2 yang masih bersekolah. So, aku kena la berpikir untuk orang lain dan tidak mahu membebankan ibu bapa aku.

3. Aku yakin, ada sebab yang lebih baik kenapa takdir hidup aku begini.

Oleh yang demikian, dan beberpa perkara lain yang aku tak dapat sebutkan kat sini, tugas aku sekarang hanyalah belajar belajar belajar dan belajar. Target aku sekarang ni ialah hendak mendaptkan pointer yang terbaik untuk setiap subjek. So, peluang untuk aku menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang lebih cerah.

So, besok aku kena datang ke sekolah dengan semangat yang baru dan azam yang baru. Hadapi semua rintangan yang mendatang dengan tabah. Hapuskan semua sifat2 negatif dalam diri dan buat sehabis baik untuk masa depan diri dan keluarga.

Siapa suka nak masuk sekolah balik????
Budak2 lepas SPM, kalau boleh semua taknak masuk sekolah balik. (termasuk aku) Mereka lebih mengimpikan suasana di Unuversiti. Nampak gaya, rezeki aku lambat lagi dan aku perlu lebih banyak bersabar. Takpe, SABAR ITU KAN SEPARUH DARIPADA IMAN... Jadi, bersabarlah wahai Syahira.. Insyaallah, Selagi anda berusaha, selagi itulah anda tidak akan menemui kegagalan.

Sekian.

Archery is the best!!!

Khamis, 5 April 2012

Kenangan

Kenangan yang takkan pernah berkurang dan semakin bertambah. Selamat membaca~~

Assalamualaikum..

Sekarang ni jam tepat menujuk kan angka 1.01 pagi. Motif aku tak reti tidur lagi ni kerana hendak menunaikan permintaan HANINI. *act, arahan ni... huhu..

Dia suruh aku update blog ni la... Ye la, orang free memanjang macam dia ni ada la masa nak selongkar blog orang lain. Tak macam aku ni, since kerja, asyik tak sempat je.

Kalau kerja sampai malam, memang terus pengsan la aku bila dah sampai rumah. Kalau kerja pagi, balik rumah belum tentu on time. Selalunya akan tersasar sampai pukul 5 petang , walhal waktu kerja aku habis pukul 3 petang. Tu pun if aku masuk kerja syif pagi. Kemana aku merayap time tu???

Selalunya aku akan pergi ke kedai mencari barang atau melayan kerenah AMIRA OTHAMAN yang ajak aku ke sana ke sini atau aku pergi melepak kat tempat kerja la...

Since dah reti drive ni, memang aku asyik balik lambat je la. Tak pun, kalau aku kerja petang, pagi tu mesti aku akan merayap sebab nak melayan kerenah mak aku dan kawan-kawan aku. Kerenah aku??? Takde sape nak layan kot... *touching! hehehehe...

Sekarang ni aku dah takde mood nak kerja uh. Ye la, abang Ti dah berenti. So, suasana tempat kerja dah tak happening macam dulu. Dulu, kalau abang Ti ade, hehehe,, dia care giler kot kat aku.

 Aku ingat lagi time aku kene kerja topup barang. Dia siap tanya aku, dah makan belum. Bila aku cakap belum, dan dan dia tarik barang yang ada kat tangan aku dan dengan kuasa VETO yang dia ada,, dia telah memberi arahan kat aku untuk pergi makan. WAH~~ sayang abang.. hahahaha... *sengal!

Tapi bila sembang dengan abang Ti ni, topik utama dia adalah PEREMPUAN. Haish! macam dia sedang bercakap dengan budak lelaki je. Walhal sudah terang lagi tak payah nak suluh yang aku jalas-jelas adalah perempuan.

Hampeh punya abang!

Tapi apa yang dia cakap memang betul. Ye la, kalau tak, macam mana si Akbar boleh gelar dia DOKTOR CINTA. hahahahahaha...

Tapi dalam gatal-gatal dia suka menyakat aku tu, hehehehe,,, aku paling x boleh bla bila dengar dia cerita pasal awek dia yang garang tahap gaban uh bagi amaran kat dia if dia main kayu 10 kat sini.

Memang tak r dia nak buat hal kat sini. Cuma mata dia je la yang tak boleh bla nak meng USHA anak dara orang n awek-awek orang. Lepas tu telinga aku yang kene tadah segala komen dia pasal awek-awek yang dia dok usha tu. Cun la, tak cun la, palastik la n bla bla bla...

Now, abang dah sambung belajar, Akbar pun dah berenti, pekerja pun dah start x cukup dan aku pun dah start kene buat OT sampai pukul 11 malam. Ngantuk seihhh~~

Kadang-kadang bila tengah-tengah kerja tu, rasa mengantuk datang tahap kau kau, aku sampai boleh nak tidur berdiri kot.. Pergh!!! Segan giler ah anak dara buat hal macam tu. Hehehe..

Tu belom sampai tahap giler boring. nak atasi tahap boring ni, biasanya aku dok bersembang dengan partner kerja la. Kadang-kadang tu, aku sedar gak yang aku je yang banyak cakap, partner aku buat selambe je dengar x dengar dengan segala syarahan yang aku cakat kat dia tu.

Ni belum cerita situasi bekerja dengan Atiqah Aziz. Memang seronok giler kot. Memang banyak bersembang dari buat kerja la. Lepas tu bila nampak Mamat hensem, dok gelak-gelak, pandang-pandang, usha-usha... Lepas tu siap bagi bintang lagi tu. Pergh!!! anak dara siapa la ni...

Kalau datang customer panAsia lagi la si atiqah tu meroyan. Hahahaha....

Ni memang giler. Dia siap sanggup pegi tinjau customer tu lagi. Kalau perasaan TERPANA  dengan ke kacak kan si jejaka tu tidak ada, dia dengan selamber pergi bertegur sapa dengan si abang hensem tu. Wah!!! Berani betul.

Tapi aku berani cakap la, kalau abang WSR datang, lagi la gempak tindak balas Atiqah. Kalau dia ada kat dalam tandas time abang tu datang, dia sanggup lupakan hajat dia tu sebentar. hahaha..

Mesti pelik kan, macam mana Atiqah boleh tau yang abang WSR datang???

Aku la informer dia.. Siap call lagi,so information cepat sampai. Kalu dok mesej je, memang sampai abang tu bla pun dia x keluar2 lagi dari tandas tu.

Dan Sepanjang aku bekerja, bab mintak no phone jangan cerita r. Kalau aku x control diri, memang no phone aku dah bersepah dah...

Dala banyak-banyak syif kerja, aku paling suka syif pagi. Tapi ada satu je sebab, kenapa aku suka syif petang sampai malam.

Hmmmmm sebab dia, kadang-kadang, ABANG datang isi minyak~~~~

Hahahahahaha.... Gilo!!

Ok la, sampai di sini bual bicara kita sebab aku dah ngntok giler ni. Nampak gaya ni, lepas subuh nanti, aku sambung tidur la ni...

Cau!

Assalamualaikum....

P/S : this weekend x free sbb kne OT. Sbb Atiqah pergi bercuti ke langkawi. hmpeh betul. orang tu pun tanya last minute kat aku free ke x ahad ni. jawab nye mmg X r... hish! tension...

Jumaat, 30 Mac 2012

Sesi Mengisi Borang

Assalamualaikum.

Bila result SPM dah keluar ni, mesti la mereka mereka yang sebaya dengan aku ni dok sebuk mengisi borang itu ini. Ye la, siapa yang tak nak sambung belajar kan.

Tapi bagi aku la kan, bila semua borang perlu di isi dengan HUJUNG JARI je, aq rasa sangat serabut. Tapi ada bagusnya kalau isi borang online ni.. Sebab, bila masa lagi aku nak menatap skrin hitam ni kan.. Kat tempat kerja tu dok mengadap minyak hitam, asap hitam, orang hitam and so on sampai kulit muka and tangan aku pun dah bertukar warna. WARGH!!!

Buat masa ni, aku baru mengisi borang UPU, Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) dan yang sama waktu dengannya..

 Aku suka isi borang-borang penting ni time-time macam ni la. Kalau isi borang dalam pukul 1 2 pagi mcm ni, memang cepat siap dan takkan ada masalah nak loading satu-satu page tu. Cuba la korang try buat waktu siang. Semua macam hampeh. Kalau isi waktu pagi-pagi waktu korang tidur tu kan, pergh!! semua berjalan lancar. Aku tau waktu macam ni adalah waktu tidur korang. So, aq nak bagi tips biar cepat sikit isi borang time-time pagi macam ni.

1. Siang tu, korang baca la syarat-syarat kelayakan khas.
2. Kenal pasti jurusan idaman korang dan semak syarat kelayakan. Kalau tak layak, tukar cepat dan gantikan dengan jurusan yang sepatutnya.
3. Lepas tu simpan.
4. sebelum tidur, set jam untuk bangun pukul 1 or 2 pagi.
5. Isi borang sampai sudah.
6. Cepat siap, cepat la korang sambung tidur... Tunggu apa lagi, pergi la sambung tidur!

Bidang yang diambil bukan la sepenuhnya minat aku. Cuma nak try and error je... hehe.. Mudah-mudahan ALLAH tunjukkan aku jalan yang sebenar.

Yang masih bertangguh nak isi borang UPU tu, baik korang cepat isi sebab 2 april ni last tau. Lepas tu, takde dah nak nangis-nangis lagi...

HA!!!

Korang pergi tak karnival JOM MASUK U 4 this weekend??? Better korang pergi. Boleh dapat banyak info pasal bidang yang korang nak amik. Sambil-sambil tu, boleh gak korang pergi cuci mata ke.. Hahaha.. Release tention kot...

Nak bagi chance kat Hanini dan Amira untuk release tention korang just for a while. Jangan dok pikir masalah je. Bagi peluang kat diri to have fun.

Tapi jangan sampai terlepas tarikh akhir nak isi segala borang untuk sambung belajar dah la.

Sekian.
*siap tersengguk2 dah aku sekarang ni.(ngntuk giler~~)

P/s: Boss!! Nak berenti kerja la.. Penat. Nak duduk rumah pulak. Nak kasi kulit muka yang dah terbakar ni back tu normal. Nanti senang, bila dapat tawaran, muka da already cerah bersinar. tak macam sekarang ni... kih3~~

Isnin, 26 Mac 2012

Result SPM

Hai la kawan....

Result x berapa cun la beb. Tapi Alhamdulillah sebab takda yang gagal...

Lepas ni tak tau la nak sambung belajar di mana. Cita-cita yang hendak di genggam tu macam payah nak di kecapi. Kalau nak, kene ikot jalan jauh sebab short cut da kne blok dengan tembok batu. Insyaallah, kalau lepas ni dapat sambung belajar, aku akan try yang terbaik.
Huhu~~

Tragedi semasa result SPM keluar memang memberi IMPAK yang sangat besar kepada aku dalam mempercayai kata-kata seseorang. Senang cerita, janji-janji yang di tabur di tepi laut. Brush! Sekelip mata hilang dan di lupakan.

Bagi aku, kejadian tu telah menjadi luka yang sangat dalam di hati. Nak bagi iodine dan anti septik memang x jalan la. Lagi sakit ada la. Kalau dah sembuh pun, parut dia tetap ada. Memang sampai mati aku takkan lupa la.

Dan di sebabkan itu juga, aku dah amik keputusan nak JAUHKAN DIRI DARI DIA, JANGAN PERCAYA APA YANG DIA CAKAP DAN SEGALANYA PASAL DIA, AKU DAH TAK NAK AMBIL TAHU.

Hello!!! Kau fikir aku ape?

Patung ea???

Hotak hang!!!

Aku baru nak share kejayaan dengan kau. Redha dengan result yang kau dan aku dapat. Tapi tak sangka yang KAU ADA KAWAN YANG LAGI PENTING...

Tak sangka, makin aku bagi peluang, makin banyak hempedu yang aku rasa. Makin aku diamkan, makin banyak yang menikam diri.

Baru sebulan kot kau jadi kawan aku. Tu pun aku tak rasa kau nak terus jadi kawan aku. Sebab tu kau seronok sakitkan hati aku. Lepas tu dengan tak bersalahnya kau tanya soalan bodoh kat aku, "kenapa tak amik result lagi??"

Kalau aku cakap "Kau ni memang banyak makan semut eh???" Kau nak marah tak??

Kalau kau marah pun, ada aku kesah? kau pun tak pernah anggap aku ni KAWAN kau pun kan....

So, kau dan aku boleh buat hal sendiri lepas ni. Dan jangan muncul depan aku lagi lepas ni. Tak kesah la kau punya minyak dah nak kering kontang sekali pun, yang penting jangan muncul depan aku lagi.

Wei! Boss aku pun takkan rugi la kalau hilang 1 customer macam kau ni...

Lagi satu, kalau kau nak menipu pun, jangan la publishkan bukti tu kat aku sekali ye~~
Dah sah-sah aku boleh cam pakaian kau hari tu.


Sekian.
*masih lagi terguris dengan sikap kau yang "I don't care tu..."

Ahad, 4 Mac 2012

Wargh!!!!!

Seperti ngauman singa betina yang baru bangun tidur yang panjang ala ala terkena sumpahan Nenek sihir dalam cerita SLEEPING BEAUTY... (HUARAGHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!)

Tanpa perasaan segan dan silunya aku telah menyapa korang yang sudah terlalu merindui ku... betol tak??????? (klau x btol,, merajuk ah mcm ni...) *sengal!

Assalamualaikum Dan selamat Pagi semua!!!

Jam di Laptop sudah menunjukkan nombor 1.31 a.m.

Dan anak dara siapa la yang tak reti nak tido lagi ni????? (klw nk jwb,, jwb la... klw btul pun,, xde aku nk share hadiah ngn korg der...)

Sepanjang bulan satu ke bulan dua ke awal bulan tiga ni,, confrem2 la bersepah moment yang telah tercipta dalam kotak ingatan aku ni dan INSYAALLAH,, tidak akan terpadam sehingga ke akhir hayat ku ini... AMIN.

The reason why aqku x reti nak tido lagi adalah kerana apabila sudah menyentuh laptop,, aku memang tak reti nak tutup cepat2. Tambahan lagi, my parents dah tidur... So,, tiada lagi gangguan untuk aku merapu merepek dan meraban untuk entry kali ini.

Korang tau tak pada tanggal 7 februari 1994, telah lahirnye seorang kanak-kanak perempuan dari rahim ibunya yang tercinta sehingga ke akhir hayat. Beliau telah diberi nama NURUL SYAHIRA. Pada masa itu, ibunya sedang berpuasa pada bulan ramadhan. Apabila dia di lahirkan,, terpaksa la ibunya meninggalkan ibadah tersebut kerana faktor2 yang anda sendiri tahu..

Dan sekarang,, umur budak tu dah cukup 18 tahun (da boleh kawin kalau nak).

Nak dijadikan cerita, budak tu da start bekerja untuk menyara diri sendiri (sikit je....) di salah sebuah setesen minyak yang terkemuka di MALAYSIA.

Sebelum tamat sesi bekerja,, kak ikien @ kerani @ kakak atiqah aziz suruh aku balik lambat sikit coz adahal. Aku pun dengan baiknye dia,,,, menuruti segala arahannya...

Tiba-tiba!! Surprise!!! (aku da agak dah dari awla,, mmg aku akan dapat kek sebijik.. hahahaha... Sangat terharu dan gembira sekali even muka aku telah di kotorkan dengan krim, planta  dan segal benda yang boleh d tonyoh ke muka aku. (nasib x kne simbah dengan diesel je...)

Even just diraikan di dalam store barang-barang dan tidak mendapat hadiah daripada orang tersayang,, (mcm nk ungkit je...) kecuali kak aku,, aku rasa sangat-sangat dihargai. hehehehe....

THANKS A LOT TO PSS BUKIT NANDING.
Terutama sekali BOSS yang tak dapat nak join dua kaki coz time tu tengah tak berapa nak sihat.

Seterusnya,,,,

Pada tanggal 26 februari,, tamat lah perkhidmatan seorang abang yang suka menyakat aku di tempat kerja.

Pemergiannya untuk menyambung pengajian amat-amat di rasai oleh aku sebab dia ni suka menyakat aku. So, bila da takda orang yang selalu bagi aku nasihat, cerita2 yang boleh dijadikan pedoman dan petunjuk untuk menghadapi segala cubaan hidup,, sanagt-sangat la aku rasa sunyi.

Nasib baik la da ada pengganti yang suka menyakat aku gak (tp x serajin abang yang sudah pergi tu...). so, x terasa la sangat... (ayat cover perasaan kehilangan niii...)

Pesanan penaja untuk ABANAG TERBAIK DARI LADANAG LOMBUUUUUU.....
Janagn lupa Syahira eh. Abang kan suka panggil Syira,,, >>> IRA..... hehehe...

Dan last sekali,,,,,,,,,

Aku bukan tak rajin nak bubuh HEADER kat blog ni,,, tapi nak buat minatang tu amik masa yang sangat lama. Aku da la asyik tak menyempat je nak on laptop ni since da keje. Ye r, bila dapat syif pagi, masuk pukul 7 pagi,, habis pukul 3 ptg. Lepas tu tah pe ke benda aku baut tah. Malam lak aku bantai QADA' tengok TV.

Time kerja Petang yang masuk pukul 3 ptg smpai 11 mlm tu,, confrem2 la balik kerja je aku terus mandi, sembahyang, tido.......... (penat seihhhhh!!)

Cuma hari ni je la aku jadi burung hantu coz nak cek segala benda yang aku takaut terlepas pandang ke....

Bila la aku nak sedar diri yang besok aku kerja pagi ni?????

Tadi before habis kerja,, aku pegi bantai beli keropok ngn air gas. Bawak balik untuk makan depan tv. Itu la habit aku sekarang ni bila balik kerja pukul 11 mlm. Nasib baik tak gemuk. hahahahaha.....

Hai la mata,, bila kau tak mengantuk,, lagi bertambah rajin la tangan aku menari-nari di atas papan kekunci ni... Jangan sampai mak kau sedar yang kau tak tidur lagi da la Syira oiiii...

Besok pagi confrem aq payah giler nak bangun pergi kerja. hahahahaha.....

Dengan ini,, tamat la sudah sesi merapu aku....

Aku nak share something ni,,,

Kadang-kadang, orang yang paling kita benci tu lah sebenarnya orang yang paling kita sayang. Cuma kita terlalu ego untuk mengakui kebenarannya. Seperti apa yang sedang bermain di hati aku sekarang ni.

Kadang kala kita terlalu menginginkan yang sempurna sehingga kita tidak menyedari bahawa kita pun tidak sesempurna seperti mana yang kita kehendaki.

Dan tidak semestinya orang yang kita sayang akan menjadi milik kita untuk selamanya. Alllah menghadirkan dia dalam kehidupan kita untuk menguji sejauh mana kita akan mengingati NYA apabila berada di dalam kesulitan.

Kekecewaan yang hadir bukan untuk di ratapi, tetapi untuk di jadikan pedoman hidup agar sentiasa berada di jalan kebenaran.

Adakah cinta yang hadir ini akan kekal untuk selamanya atau hanya sambungan kisah-kisah suka duka bersama yang telah menjadi sejarah agar lebih berhati-hati menerima????

Dalam sesebuah perhubungan akan ada pengorbanan yang paling besar yang akan dilakukan demi merialisasikan hubungan tersebut dan agar dapat berkekalan sehingga ke akhirnya.

Tetapi adakah keegoaan mampu mempu menyatukan hati seseorang????

Oleh itu,,, jangan ketingggalan membaca NOVEL KELUARAN TERBARU KARYA syahira yang di edarkan oleh NURISHSYIRA.BLOGSPOT.COM...

Adakah anda sedang dipermaiankan?????

Percayalah bahawa novel tersebut tidak wujud sebab aku main-main je.... hehehehehe....

Anyway, tahanks sebab sudi membaca dan kalau rajin tu,,, tinggalkan la komen2 sikit ke kat setiap entry SYIRA ni.... hehehehehehe...... Tapi seriesly,, mmg Syira x rajin nak upload gambar coz lembab giler kot. Siput Bab 1 pun lagi laju tau... hehehehe....

Assalamualaikum dan selamat ber SWEET DREAM.....

p/s : hari tu mimpi pasal dia.... hehehehehehe....(miang pun datang time nak tido eh????)

Ahad, 8 Januari 2012

Kerja

Salam...

sangat best bila dah bekerja ni. Even baru dua hari, tapi aku dah dapat selesakan diri. Cuma semalam je aku start ternampak org2 yang aku x nak jumpa sangat2. Tapi nak wat camne, dah tmpat aku keje tu famous sangat sampai everytime berita, mesti ada keluar muka dia. hahahak.

Tapi paling best dapat bekerja dgn abg terbaik!!!!! hahak. Ok la, abg tu x garang. Sangat friendly. Wah wah wah..... Tapi tak lama lagi dia nak berenti dah. Sambung belajar katanya. Semoga berjaya!! Jangan lupa syera dah la.. kah kah kah....

sekian,,
Wassalam......

Ahad, 1 Januari 2012

CONTEST BLOG PALING KEMAS BY TASYA


Aku di tag oleh CIK NINI untuk join this contest....

First time tengok ,, boleh ke aku join????
Second time ,, blog aku kemas sangat ke???
Third ,, lpas dah explore segala hadiah dia ,, ALAMAK!!!! novel novel novel......

Last-last ,, argh!!!! tak boleh jadi ni ,,, nak join jugak!!!!

Demi novel yang tercinta, akan ku join this contest. Hak hak hak hak.... Mana la tahu ,, untung sabut ,, aku menang ke...

"perasan nye... blog tah papo jo kw nih ,, ade hati pulak tu nak join contest ni..."

"ada aku kesah??? yang penting mencuba yang TERBAIKKKK.... (bak kata boboiboy....)"

Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut ,,, anda boleh la meng  KLIK DI SINI.

U all nak tengok hadiah-hadiah nye tak???

Silalah SILALAH KLIK DI SINI.

Sesiapa yang berminat ,, silalah join contest ni... Tarikh tutup pada 31.1.2012... Jempu ramai-ramai.....

Dan aku dengan kuasa vetoku telah meng tag :-





Salam Sayang....

PS : Lambat sedar bahawa dinda telah di tag oleh hanini untuk join this contest. huhu...

Happy New Year 2012

Selamat Tahun Baru!!!!!

Alhamdulillah,, bertambah lagi setahun umur aku,,, ini bermakna aku semakin MUDA!!!!! hahahahahaha.......

Malam tadi korang semua sambut tahun baru kat mana????

Aku...????.....

Kat rumah je sudah la... Tak sanggup aku nak bersesak-sesak di i-City Shah Alam atau di KLCC.. Aku tengok dalam tv,, macam cacing kerawit je orang.. Ramai sangat.... Baik duduk rumah bersenang lenang di depan TV.

Malam tadi, my old McDonald friend ,, ATIKAH ISA,, text me... hihihihihi...

Aku baru terdetik nak text dia dalam masa terdekat ni, tup tup,, malam tahun baru dia dah text aku dulu.

Rindu sangat kat dia.. Rindu nak jumpa dia,, nak sembang-sembang dengan dia,, nak hang out dengan dia...Senang cerita, rindu teramat amat amat amat sangat lah dengan dia. huhuhu....

Ye la,, dah dua tahun lebih aku tak jumpa dia since dia pindah kat Putrajaya. Dah sosial sikit dah awek tu.. Tak macam dulu,, pemalu,, pendiam,, sweet sweet gitu.. hak hak hak hak.. Tapi,, yang tetap sama dari dulu sampai sekarang ialah,, PEMINAT TETAP RAMAI DAN SEMAKIN RAMAI.... huhuhuhuhu...

Nak tengok muka ONE OF MY BEST FRIENDS ,, Atikah ni tak????...

Mesti nak an... huhuhuhu....

Aku grab gambar ni kat FB dia.. huhuhuhu... Aku takda gambar dia dalam simpanan aku.

Nampak gambar dia atas tu???? Korang reti mengira tak???? PANDAI???

Ok good!!!

Now, kira 1 ,, 2 ,, 3 ,,,,,,, dekat gambar orang-orang dia atas mengiku turutan.

Dapat tak?????

Awek cun tu memakai tudung berwarna putih,,, baju belang-belang melintang,, posisi dia duduk adalah di tengah-tengah.

Are u get it????

GOOD!!!!!

She's pretty right???? She's my best friend before Hanini... I know her since standard form.. That's why I miss her sooooooooo much. huhuhuhu...

Dan aku menghabiskan malam tahun baru aku dengan bersembang dengan dia. Macam-macam cerita ada.

And make me surprise is dia dah ada yang special...

Wah wah wah.... dlu ye ye xmo xmo xmo...

Sekali diam diam,,, ubi berisi sudah... hak hak hak hak....

Dan mal tahun baruku di warnai dengan memori yang indah lagi indah.... (merapu dah ni...)

Salam Tahun Baru buat semua...
Semoga succes in your life.....

Salam Sayang.....


PS : Tahun ni mesti ramai nak kawin pada 12.12.2012 atau pada 20.12.2012 kan.... Setuju tak????? Tak caye???? Tunggu dan lihat je la........ huhuhuhu....

This sticks make me smiles

Assalamualaikum semua..

Rindu aku tak??? huhuhuhu.. Dah lama tak update story since lepas exam. Ye la, macam-macam pulak ujian yang datang dalam masa yang terdekat ni. Anyway, aku tak nak cerita pasal problem dalam post kali ni. Aku nak cerita pasal STICKS.. huhuhuhu....


Korang penah tengok x minatang nih??????....Ingat tak nak main macam mana??? Mesti ingat kan...

Hari tu aku main sticks ni sorang-sorang dek akibat boring teramat sangat. Tiba-tiba adik lelaki aku datang menerjah. Ooooocoottt!!! Sangat la kureng asam budak nih!

Dia ajak aku main minatang nih dengan dia. Dia cakap, siapa kalah kena tekan tubi 10 kali. Aku tak setuju. Macam-macam jenis denda dia cadangkan. Last sekali, dia cakap, "Siapa kalah, turun sekali"... Aku setuju je la. Alaaa,,, takat ketuk ketampi sekali, ape kehal kan...

So,, bermula sesi perlawanan.....

Campak punya campak sticks tu, last-last sekali, kemenangan berpihak kepada aku... Chayalah gugurl menang la woi!!! hehehehehehe...

Aku pun dah start la ketawa mengekek pandang kat dia. Dia pun start la tersengih-sengih pandang dia.

Apa lagi, denda pun bermula............

Serius,, lawak giler malam tu... hahahaha... Tu la,,, spe suruh cakap bukan-bukan... Lepas tu berniat nak mendajal aku sebagai kakak dia pulak tu... Ish ish ish....

Adik aku tak puas hati coz dia kalah. Dia ajak lawan sekali lagi. Dengan denda yang berubah dari 1 ke 2.......

Sesi campak menyampak sticks pun bermula........

Aku dah rasa cuak semacam dah time tu,,, tapiiiiii,, cover cover... Control ayu...

Aku pandang dia, dia pandang aku sticks pandang kami.

Moh gelaka ramai-ramai woh!!!!! kah kah kah kah kah kah kah.......

Sudah ku jangka,, ini akan terjadi.....

Tak pasal-pasal,, malam tu aku kene ketuk ketampi 2 kali. HAMPEH BETUL!!!!

Satu family gelakkan aku. Aiseih men.....

Elok je aku kalah,, adik aku pun cakap,,, "dah! aku taknak main lagi"

Kureng betol budak ni.... Memang saje je nak dajal aku....


moral of the story :  Hati-hati terhadap pihak lawan.  Kemenangan tidak akan selalu berpihak kepada kita....

Salam takziah..... (hahahahaha)

Sabtu, 10 Disember 2011

Terbaik.........

Bercintalah dengan pelajaran,
bertunanglah dengan mengulangkaji,
berkahwinlah dengan peperiksaan,
berbulan madulah dengan kejayaan.....

Huh! Lega....

Assalamualaikum......

Act, xda bnda pn aku nak cite kt sini. Cuma nk share story a few story ngn korng. (th ape je la cite aku nih)

8 Disember 2011 adalah tarikh terakhir aku menduduki peperiksaan SPM. Paper hari tu adalah EST. Alhmdulillah, x susah sangat. Cuma tak cukup masa je nak tulis essay. Lepas habis exam, masa untuk memulangkan buku text. And before balik, aku rase sdy pulak.Ye la, pas ni tak dpt jmpa korg lagi. Jumpa pn, suasana dah tak macam kt skolah lg... Ye la, msing-masing dh de life masing-masing kan....

Lepas ni, sesi untuk mencari kerja pulak. hari jumaat hari tu, aku g cari kerja ngn tacha. Sampai kat satu kedai ni, dia bg kami isi borang. Punya la bnyk nk kene isi dgn pnuh brsush pyh. Skali time nk hntr balik borang tu, akak tu ckap "sebenarnya kami nak cari pekerja tetap. payah la amik pekerja sementara ni. nanti nak kena latih orang lagi.... bla bla bla bla" CIS!!! Baik ckp awal-awal. Tak payah aku buang masa isi borang kat situ. Hampeh betol!

Memang ada betolnya apa yg akak tu ckp. Tapi kalau semua kedai ckp bnda yg sama, takkan aku nak duduk rumah  and menghbiskn beras mak aku. Kalau ada kerja, at least xda la aku nak wat muka toya mintak duit coz dah ada duit sendiri. Huh, x phm btol aku.

Ok! Now, stop talking about JOBS.

Bila aku tengok tengok tengok tengok tengok dan tengok, terasa __________ pn ada gak dengan _______ . (ape kw ni syera, nk cer ke tak ni????) Hmmmmm makin lama, aku rasa makin complicated dengan semua ni... (ape ni???)

Korang pernah rasa yang life korang complicated tak sekarang ni???? Aku rasa mcm tu sekarang ni. Rasa mcm SESUATU je.. Macam ada something yang membuatkan aku rasa SESUATU. (.....????.....)

Dah r, fed up lak aku!
Cau..........

Khamis, 17 November 2011

Minggu Pertama SPM

Assalamualaikum....

Alhamdulillah,, aku masih bernafas sampai hari ni.. Aku cakap macam ni bukan apa. Sebab aku rasa exam kali ni takda la susah mana (pergh!!! statement x leh bla). Ni pendapat aku la. Aku rasa tak susah pun SPM ni. Yang susahnya ialah macam mana kita nak hafal semua fakta yang ada dalam buku terutama sekali SEJARAH. Tapi exam sejarah kali ni takda la susah macam trial hari tu. Aku boleh nak tergelak bila tengok soalan. "sengal" huhuhuhu... Tapi kalau korang tanya, "boleh dpat A+ tak????" hmmmmm (*_*)!"

Aku rasa, dalam banyak-banyak paper yang aku dah buat minggu ni, BM yang agak mencabar untuk di buat bcoz aku tak cukup masa nak tulis jawapan. Ni semua gara-gara terbuang masa lebih kat rumusan. Asal la rumusan tu payah sangat nak cari isi dia. Bukan takat sekali dua aku baca, mau lebih lima kali ada kot. Tu belum buang masa nak kira berapa patah perkataan lagi. Rugi rugi......

First time aku dapat buat essay BI dengan tersengih-sengih. Nak gelak time tu pun ada gak. Ye la, tak sia-sia aku buat karangan BI yang MAK DATIN aku bagi time malam sebelum exam hari tu. Sekali soalan yang sama keluar daaaa... Cuma last word dia ada tambah "meningfully". Apa tunggu lagi, aku terus curahkan segala essay yang aku dah hafal ke atas buku jawapan tu. Syukur Alhmadulillah.... Allah permudahkan segala urusan aku pada hari-hari peperiksaan. Alhamdulillah juga bcoz aku dapat hafal essay time malam sebelum peperiksaan dengan lancar. Tak kisah la macam mana position aku time nak menghafal tu sebab aku dah dapat benefit dia. Syukur sangat-sangat.

Lepas exam paper BI, ada la PAKCIK PINK mintak aku ajar dia HISTORY. Minta maaf la, memang aku tak nak ajar dia. Takat baca buku dan terangkan balik tu boleh la. Nasib baik la PAKCIK YANG SUKA MENGORAT join kami study,, memang tak jadi study sudahnya. huhuhuhuhu... Tapi ada la soalan-soalan cepumas yang diorang sebut, keluar dalam exam. Tak sia-sia gak la kena tegur ngan Kak Aida. Mau taknye, kami 3 orang je dah boleh buat PS tu bising. Lagi-lagi bila PAKCIK MENGORAT gelak,, PERGH!!!!!!! tak agak-agak betul PAKCIK tu gelak. Sampai Kak Aida cakap, "korang ni belajar ke apa ni????" hehehehehehe.,......

Korang pernah tak dengar orang tua-tua kata, "awak tu darah tengah manis sekarang ni,, macam -macam perkara buruk boleh jadi..." Pernah tak??????? Aku kesian la kat budak-budak yang accident time nak gi sekolah. Habis luka kaki tangan. Hish!!! Ngeri betul la... Nasib la tak patah riuk. Kalau tak macam mana la nak menulis nanti. Sebab tu la mak aku selalu bebel pagi-pagi time aku dah bertenggek kat atas moto, hari dia tak pernah lupa "Angah, baca doa...." So, aku pun baca la,,,,,







Sepanjang perjalanan ke sekolah aku dok berzikir dan berdoa dalam hati, minta aku selamat sampai ke sekolah tanpa berlaku apa-apa perkara buruk menimpa aku. Insyaallah.....

Hari pertama exam, time tu aku nak balik. Punya la aku bersusah payah nak start motor. Naik tension aku di buatnya. Motor tu tak nak hidup gak engine dia. Dalam hati dah start nak menyumpah pun ada gak. So, dengan malasnya, aku pun bertapak la ke kantin sekolah untuk mencari telefon yang melekat kat tiang tu. Aku angkat dia, aku masukkan duit dan aku tekan-tekan dia. Lepas tu aku dengar bunyi "tuuut tut ,,,, tuuut tut ,,,, tuuut tut ,,,, (lambatnya mak angkat phon...) tuuut tut......." Hello!!! Dan aku pun start la membebel kat mak aku. Dia pun start la membebel balik kat aku pun. Then, aku balik ke motor aku, sekali aku pusing itu ini kat motor tu, aku start balik, sekali (mcm mna nak buat bunyi moto ek????) **********. What ever la bunyi dia. Dia dah hidup tu, aku pun start la membebel kat motor tu. Saja je dia nak suruh aku sedekah kat public phone tu. Mentang-mentang la aku tak bawak phone hari tu. Hish!!!

Anyway, esok takda paper dan aku pun tak nak pergi menyemak kat sekolah tu besok. Hal ini bermakna, aku boleh QADA' tidur la besok. Hal ini kerana sepanjang peperiksaan, aku tak dapat rehat dan tidur yang secukupnya. Around pukul 10 pagi dan ke atas, aku dah start menganga besar-besar sambil menangis-nangis dengan memegang pensil or pen dan berusaha untuk memerah otak dan memaksa tangan untuk bergerak lebih laju agar aku tak lupa jawapan yang sedang bermain di dalam kepala. See,,, pagi-pagi aku dah mengantuk. nampak sangat aku dah mengorbankan banyak masa tidur aku untuk belajar pada waktu malam. Paling lewat aku tidur time exam ni ialah pukul 1 pagi. Then, aku akan bangun pukul 5.30 pagi untuk bersiap ke sekolah. Tapi inilah lumrah sebagai seorang pelajar. Tidur lewat adalah perkara biasa bagi aku. Sebab tu mata aku agak sembab dan dah tak tau nak cure kan balik macam mana.

4 paper sudah berlalu. Tinggal lagi 6 paper. Paper terakhir aku ialah pada 8 December. Lama tu nak tunggu. Dah la 8hb tu paper EST. Jarak masa dia dengan paper second last ialah 7 hari. Apa ke jadah aku nak baca buku sampai tujuh hari. Memang tak la. Baik aku gi keluar cari kerja. Nanti lepas habis exam, boleh la aku terus kerja. Takda la membuang masa sangat. Dan dapat la aku membeli Blackberry masa gaji kedua aku keluar. Wahhh!!! Exam belum habis, dah buang perancangan lepas SPM. Bijak punya budak. hehehehehehe.

Woh! Aku nak bla la. GOOD LUCK kepada semua candidate SPM 2011 ye....

P/S : Tiba-tiba teringat kat TIM. Dia tengah buat apa ek? Kitorang tengah exam ni, kaw tgh buat preparation untuk SPM 2012 ke??? Sbar la yunk... Semua yang terjadi, ada hikmahnya. Yang penting, kaw jangan give up nak belajar lepas kami dah tak sekolah kat sana lagi tahun depan.

Ahad, 6 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam....

Dah lama juga aku tak merapu kat sini. Ye la, SPM dah dekat, lagi 7 hari je dah nak SPM. Dalam hati, memang tak bolah bla la. Sangat takut dan berdebar-debar. Rasa macam banyak lagi yang aku belum study. Doakan la aku dapat menjawab soalan-soalan SPM dengan mudah dan lancar.

Anyway, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam di seluruh dunia. "macam satu dunia je baca blog aku ni... huhuhu"

Act, tujuan sebenar aku online ni sebab aku nak cer sesuatu. hahahahaha....

Sebenarnya, aku nak cerita sweet memories on friday. Time tu hari terakhir aku tuishen. Balik tu, aku ingat nak g main buaian memandangkan lepas ni aku dah tak dapat spend time dengan buaian kat taman tu. huhuhu. Tapi elok je keluar kelas, aku dengar sesuatu. "engine moto kucai" hehehe...

Sangat best pada hari tu sebab aku dapat belajar dan bawak moto Lc yang dah di ubah suai macam moto PAKCIK RACER je... hehehehe. Nasib baik le Encik Kucai jenis yang pemurah. Sebab tu aku dapat bawak moto Lc tu. Punya la lama aku mengidam, akhirnya dapat juga aku merasa bawak moto Lc. hehehehe.... TQ la Encik Kucai. Act, aku risau je moto kau tu jahanam lepas aku bawak. Kalau lepas aku bawak, kau kene tukar spare part moto tu kat mana-mana, aku minta maaf sangat-sangat. Sorry if aku termenyusahkan kau. hehehehe. Nanti aku dah kerja, kau klaim la balik. Takat ratus-ratus tu aku boleh la bagi. Kalau sampai ribu-ribu tu, PLEASE.... JANGAN CARI AKU.... hahahahahahahahahahahahahahaha......

Pada hari jumaat tu juga, kami dapat melihat ke ajaiban ALLAH. Hari tu, aku dapat melihat dua pelangi muncul pada masa yang sama. Sangat cantik... Tak lama lepas usha dua pelangi tu, hari pun hujan.. hehehehe.. Nini ajak main hujan, tapi aku tak nak, akhirnya kami tunggu la hujan tu berenti dan Nini pun dapat la sambung berdating dengan Kucai lagi. Aku???????..... Pasang telinga je la... hahahahahaha.

Act, time nak g skolah isnin hari tu, aku terpikir sesuatu. Aku telah naik moto yang pernah di miliki oleh J.... hahahahaha. Denagar cerita, Kucai nak jual WaSaBi, aku ingat nak beli lah. hahahahahaha......

Sekian.......

Rabu, 19 Oktober 2011

Budak Zaman Sekarang Nih....

Apa yang aku nak cakap sangat nih????? Ok. The story begin when i'm in dilema with an event......

Seriously aku cakap, aku tak paham dengan budak zaman sekarang nih. "macam aku budak zaman dulu an" Bergaduh no satu. Bab belajar asal lak korang tak letak kat no 1. Apa salahnya jadikan BELAJAR adalah AIM dlm hidup korang??? Korang gak untung nanti. Hish!

Yang aku nih tiba2 je kenapa lak??? Sebab aku tak paham. Kenapa muda mudi zaman sekarang lebih suka bergaduh daripada ignore je ape mangkuk tu nak kata???? Ada luak kat mana2 ke kalau mangkuk2 tu kutuk korang or maki2 korang?? Biarkan je apa salahnya?? Korang jugak yang untungkan.... At least korang dapat la saham pahala kat akhirat nanti. Si mangkuk2 tu pun dapat gak saham dosa nanti.. So, kat sini, korang boleh nampak tak konsep hidup nih???? Senang je.. Q.E.D "Quit Easily Done"

Lagi satu yang aku tak paham, kalau korang nak tunjuk HERO pun, asal wat kat depan dak perempuan??? Korang ingat diorang ni hadap sangat ngan keHEROan korang tu??? Pompuan zaman sekarang ni, jujur la aku cakap an, diorang ni mula2 sekali akan pandang tahap KEPERIBADIAN korang. Second, tahap BERTANGGUNGJAWAB korang. Third, EDUCATION korang. Lepas tu baru la diorang pandang muka and lain2.... So, nampak tak kat sini apa yang sepatutnya korang kene kejar????? Hish!

Dan yang paling best, umur baru setahun jagung, tapi bab BOROS korang memang sangat2 tak leh bla. Kalau mak bapak jenis kaya tu, xpe la gak an. Tapi, walau sekaya mana pun mak bapak korang pun, tu bukan harta korang. Aku tak nampak korang boleh belajar berdikari bila korang jadi "layang-layang terputus tali or saving korang habis" Serius aku cakap an, better korang bagi mak bapak korang save duit diorang tu. So, one day diorang boleh wat HAJI. Korang satu family gak yang untung. Betol tak????

Sometime aku tak paham, ape motif korang nak berhabis-habisan demi satu event???? Why not korang belajar untuk "mix n macth" pakaian korang tu. Dapat save sikit duit tu 4 your future right??? Cuba korang pikir, nanti korang nak sambung belajar, nak kawin, nak beli vehicle or house, semua2 tu guna banyak duit. At least bila korang dah ada saving, dapat la korang meringankan beban2 mak bapak korang.  Betol tak???? "siapa yang tak setuju tu macam takde kesedaran sivik je"

Act, banyak benda aku nak cakap pasal budak2 zaman sekarang nih. But i think, aku patut stop sampai sini je lah. Siapa yang nak argue tu, aku sarankan korang muhasabah la diri tu sikit coz aku pun nak muhasabah diri aku ni balik.