Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Rabu, 27 Julai 2011

Aku Rasa Macam-macam

Salam

Hari ni cuaca agak mendung dan Pusat Akses di mana tempat aku up date blog ni dah nak tutup tepat pada pukul 4.30 p.m. Now, dah pukul 4.21 p.m. Aku berada di sekolah. Bila nak balik ni weh????????

Semakin dekat aku dengan SPM, semakin banyak dugaan yang harus aku tempuhi. Jujur, aku tak sekuat itu. Tapi Tuhan maha mengetahui segalanya. Dia tahu, sekuat mana dan setabah mana aku untuk menempuhi semua dugaannya. Bukan niat untuk mengeluh, cuma aku rasa lega bila dah luahkan segala yang terbuku di hati.

Hidup tak selalunya indah. Begitu jugalah kehidupan aku. Kadang kala, hanya tangisan yang mampu melegakan hati aku. Sahabat yang memahami. Ada beberapa perkara yang aku tak mampu beritahu korang. Bukan sebab tak mahu berkongsi. Tapi aku rasa, masalah itu tak sesuai nak di ceritakan dan aku tak mahu membebankan korang dengan masalah aku. Tapi aku bersyukur. Sekurang-kurangnya, aku mampu melupakan segala masalah bila berhadapan dengan korang.

Aku suka tengok orang ketawa. Aku suka tengok kawan aku gembira. Dan aku turut merasa kesedihan itu bila melihat korang sedih. Hanini, aku tahu kau berhadapan dengan masalah besar. Aku tahu itu meskipun kau tak pernah nak luahkan masalah tu kat aku. Kan aku pernah cakap, air muka kau senang di baca. Aku tahu, di sebalik senyuman itu, ada satu masalh yang sedang kau sembunyikan. Tapi siapalah aku untuk mengetahuinya. Aku tahu masalh itu tidak sesuai untuk dikongsi bersama aku. Cuma aku mampu doakan semoga kau terus tabah menghadapi semuanya.

Tim, aku bangga kerana ada kawan macam kau. Kau seorang yang kuat semangat. Kemalangan itu bukan la punca untuk kau berputus asa. Aku tahu itu. Sekarang, kau semakin pulih. Biarlah mengambil masa selama mana pun, as long kau tetap bersama aku dan yang lain meneruskan perjuangan. Tim, kuatkan semangat ok. Usaha tangga kejayaan. Biarpun agak susah untuk mengembalikan semula kesemua ingatan kau, tapi aku tahu, kau sekarang ni sedang berjuang. Tim, teruskan perjuangan ok.

I’m sorry for the one that i can’t mention his name. I can’t accept u as my lover. Aku sedang tunggu seseorang. Orang tu adalah abang kau sendiri. Biarlah orang lain kata ‘aku menunggu bulan jatuh keriba’, asalkan aku sedia menanti dia. Aku bukan berniat untuk mempermainkan kau. Dari awal kau kata cinta, aku sudah menolak cinta itu. Sejak aku kenali kau, aku hanya menganggap kau sebagai kawan aku. Aku tak boleh terima kau lebih dari itu. Kau kawan aku. Maaf.

Kepada orang yang aku gelar sebagai MR.J, aku tetap menunggu kau. Penantian aku ini akan terhanti apabila kau akan menjadi hak orang lain atau aku sudah menemui seseorang yang mampu membuatkan aku melupakan kau. Tapi, buat masa sekarang ni, hanya kau yang ada di hati aku. Aku berani menyukai kau. Tapi aku tak berani menyintai kau. Kerana menyintai tak bermakna memiliki. Kalau saat kau menjadi hak orang lain, pada saat itu jugalah kenangan antara kau dan aku, akan ku simpan dalam lipatan sejarah hidup aku. Kau salah satu inspirasi aku. Kau la penguat untuk aku terus mengejar kejayaan. Agar aku mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kau.

Aku tahu, bagi orang lain, penantian aku ni adalah sia-sia. Tak guna aku menanti tapi aku tak berusaha. Aku tahu itu, tapi tak salah bukan kalau aku tetap dengan keputusan aku untuk terus menanti dia? Biarlah aku terus menanti dia kerana Allah sentiasa memahami hambanya. Apa yang aku mampu buat masa ini ialah terus berdoa agar Allah mendengar dan memakbulkan permintaanku. Kalau dia bukan untuk aku, temukanlah aku dengan seseorang yang mampu membuatkan aku lupa dengan semua peristiwa dan kenangan yang tercipta semasa di MID.

Beberapa bulan je lagi SPM akan tiba. Persedian aku masih belum sepenuhnya. Tapi aku sangat yakin untuk menjawab soalan matematik. Insyaallah, A+ untuk subjek itu berada dalam genggaman. Seminggu selepas raya bersamaan 6 september 2011, bermulalah peperiksaan percubaan SPM. Insyaallah, aku akan berusaha untuk tingkatkan prestasi aku dalam matapelajaran yang agak teruk tu. Aku ingin mencipta sejarah dalam keluarga. Semoga aku mampu memperoleh 10A+ dalam SPM nanti.

Aku syang family aku, kawan-kawan aku, dan MR.J*********.

Always smile 4 hiding your problem.

Isnin, 18 Julai 2011

Semoga Kau Tabah Mengahadapi Dugaan Ini (Part 4)

Salam...

Alhmadulillah.. Kini Tim sudah berada di rumah.. Aku baru je balik dari rumah Tim.. Keadaan dia tetap macam tu.. Cuma dia dah boleh bagi respond dengan penerangan kami ni. Muka dia berkerut-kerut nak terima apa yang kami cakap kat dia. Cuma dia belum mula bercakap je.

Nampaknya, dia ada potensi untuk pulih semula. Cuma akan mengambil masa yang lama. Takpalah, asalkan dia dapat ingat kami semula. Seriously, perangai dia berubah serta-merta macam orang baru dilahirkan semula.

Hari ni aku tengok Faz tenang je.. Aku pulak mata yang berair.. Nini pun sama.. Kami tak mampu nak tahan perasaan melihat Tim macam tu. Faz, aku tahu, malam ni kau akan menangis sebab terkenangkan Tim.. Aku pun... Tapi hidup mesti di teruskan kan???

Tadi Jumaidi, BF Tim, bawak coki-coki. kami berusaha nak bagi dia makan juga. Ada la sikit coklat tu di sapu pada mulut Tim. Mudah-mudahan dia mampu ingat sikit-sikit. Aku sudah mampu menahan sebab apabila Tim mampu menelan air yang kami letak dalam mulut dia. Tapi sikit je dia minum..

Takpa la Tim..
Asalkan Tim terus beransur-ansur sihat..
Syahira sentiasa menunggu kepulangan Tim yang dulu..
Tim, cepat sembuh tau...
Dengar cakap Syahira ni...

Sabtu, 16 Julai 2011

Karnival Sukan, Kesenian dan Keusahawanan SMKAJ 2011


(Kan best kalau Tim ada sekali)

Salam...

Hari ini merupakan hari sabtu dan hari Karnival Sukan, Kesenian dan Keusahawanan SMKAJ buat tahun 2011. Aku merupakan salah seorang peserta mambeli belah pada hari ini. Jumlah duit yang telah aku belanjakan pada hari ini ialah RM3.80. Jumlahnya bertambah 80sen daripada jumlah duit belanja aku pada setiap hari. Ini bermakna, aku cuma mendapat RM 3.00 sebagai duit belanja aku di sekolah. Kadang-kadang, kalau aku rajin, aku simpan duit tu, kalau tak rajin, aku berbelanja la di koprasi sekolah.

Kenapa aku tak makan di kantin sekolah je?
Aku tak nak cerita la. Biarlah para pelajar yang pernah bersekolah di SMKAJ sahaja yang tahu al-kisahnya....

Sesungguhnya, hari ini hari yang menyeronokkan. Aku tengok persembahan kat dewan yang macam bengong-bengong je.. Jadi bahan gelak orang je la korang ni. Sudah-sudah!! kalau tak buat preparetion elok-elok, tak payah la buat persembahan...

After bosan tengok persembahan entah apa-apa tu, aku pergi ikut kak Ros dan Faz pergi padang. Tugas mereka pada hari ini ialah menjadi medic kepada mereka-mereka yang mengalami kecederaan semasa bersukan.

Selepas itu, aku bosan. Aku saiko Faz supaya follow aku tengok tayangan video kat Gigabyte. Tapi cerita tu punya la membosankan. Aku siap menguap tak cover langsung. Tengah usha video kat depan tu, sekali masalah teknikal pulak.... Aku dengan Faz pun cau cincau la.

Next, aku sambung membeli-belah. Makan ais krim kat gerai Hanini. Kira, hari ni hari untuk makan benda bukan-bukan la. Sudah kenyang makan bukan-bukan, aku terdengar suara orang berkata "Faz lapar lagi la..." Hanini pula menyahut, "Nini pun lapar lagi uh.". Pelik la budak-budak ni. Badan cekeding, tapi makan mengalahkan aku. Ish ish ish ish....

Dalam sedang berseronok, aku terkenang sahabat ku, Tim... Alangkah indahnya andai jika dia dapat bersama kami bertiga pada hari ini.. Rindu pada dia sangat membebankan aku.

Nini cakap kat aku, tadi dia ada dengar seseorang telah menujukan lagu buat Tim.. Ucapan budak tu ialah "Tim..,,semoga cepat sembuh.....". Bila aku dengar Nini cakap macam tu, aku jadi tergamam. Aku pun ada terfikir nak tuju lagu untuk Tim, tapi.......

Memandangkan Tim berkawan rapat dengan Faz, kadang-kadang aku boleh tersasul nak sebut nama orang. Aku terpanggil Faz, "Tim"... Semua yang dengar jadi terdiam.. Haih! teruknya penangan rindu aku terhadap dia.. Faz mesti sedih... sorry Faz... Syahira tak sengaja...
Syahira rindu kat Tim..
Kalau la Tim dapat ingat semula, mesti best kan....

Jumaat, 15 Julai 2011

Semoga Kau Tabah Mengahadapi Dugaan Ini (Part 3)

Salam....

Petang tadi aku pergi tuishen, aku dapat satu cerita yang sangat-sangat menyedihkan tentang Tim. Nasib baik la aku tak hilang mood nak belajar.

Tim@Fatimah, sahabat ku itu, dia dah tak ingat kami langsung. Dia tak ingat pun tentang keluarga dia, sahabat dia, kekasih dia dan orang yang sentiasa menyayangi dia.

Faz, suadah mula mengalirkan air mata sejak mengetahui hal tersebut. Aku berharap sangat Faz mampu hadapi semua dugaan ini dengan tenang.

Aku turut berlinangan air mata kerana terkenangkan Tim, tapi apakan daya, walau aku menangis air mata darah sekalipun, nasi sudah menjadi bubur. Aku cuma mampu berdoa semoga Allah kembalikan ingatan Tim terhadap orang-orang di sekeliling dia.

Please...
Kita sama-sama berdoa semoga Tim dapat kembali seperti dulu........

Life must be go on.....

Salam..

Hidup mesti diteruskan meskipun berada dalam kesedihan. Semalam, Cikgu Rohasni telah memberikan tugasan berkumpulan mengikut kumpulan pembentangan ULBS. Tiba-tiba aku teringat Tim... Dulu, masa buat ULBS, aku satu group dengan Tim... Kini, aku tak dapat buat projek ni bersama dia...

Dah la semalam Faz dengan Hanini tak datang. Aku punya la sebak menahan kesedihan. Memang layan perasaan sorang-sorang la aku mase tu. Mereka ni pun..., tak nak datang sekali gus. Nasib la Mek Kelantan lagi sorang datang sekolah. Dapat la aku kawan.. Duduk sekolah pun takpa la. Asalkan aku tidak keseorangan semasa subjek BI.

Aku suka menyakat Faz. Aku buat semua ni pun bersebab. Aku tak nak dia bersedih sangat.. Biarlah aku melawak bangang-bangang pun asalkan Nini dan Faz tak terlalu sedih sangat...
Kini aku dan Nini sentiasa menemani Faz kemana sahaja dia pergi.. Aku tak nak dia rasa kesorangan. Tapi kadang-kadang, aku terlepas jugak cerita sedih-sedih ni dekat Faz. Faz pun dengan serta merta berubah riak muka. Haih!!! Aku pun cepat-cepat tukar topik.

Sorry Faz, syahira tak sengaja...
Mungkin syahira terlalu rindukan Tim...
Kita doakan dia sama-sama ok....

Semoga Kau Tabah Mengahadapi Dugaan Ini (Part 2)

Salam...

Syukur alhamdulillah... Tim sudah memberikan respon yang baik... Aku bersyukur sangat kerana dia Tim sudah menunjukkan tanda-tanda yang positif. Meskipun hanya menggerakkan tangan, bagi aku, itu satu keputusan yang sangat positif.

Aku dapat tahu dari sahabatku bahawa Tim akan di pindahkan ke wad biasa pada hari ini.. Alhamdulillah... Syukur kepada Allah kerana mendengar doa kami. Aku, Faz, Nini dan yang lain-lain pasti tak sabar menunggu dia kembali pulih seperti biasa. Aku rindu sangat nak bercakap dengan dia...

Sepanjang dia tidur, aku pasti dia mendengar suara kami dan mengetahui kehadiran kami. Aku yakin, dia mendengar suara kami. Kalau tidak, masakan dia mampu memberikan respon yang membuatkan kami betul-betul terkejut. Bila salah seorang dari sahabat kami memegang tangan dia dan bercakap dengannya, tiba-tiba tangan dia terangkat dan mata dia terbuka. Allahhuakbar... Hati aku benar-benar terkejut. Sesungguhnya allah maha besar. Dia mampu mendengar suara kami meskipun masa itu dia sedang tidur..

Sejak akhir-akhir ini, aku sering teringatkan dia. Kerinduanku terhadapnya telah menyebabkan air mata turun dengan derasnya... Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku pada saat ini. Harapan ku kini cuma satu, semoga dia cepat sembuh dan kembali meneruskan kehidupan bersama kami.

Tim, cepat la bangun... Nanti kita sambung buat study group lagi ok.....???
Kita belajar sama-sama. Buat muka pelik sama-sama sebab tak paham. Gelak sama-sama...
Aku rindukan saat-saat kita buat study group sama-sama tu....

Tim......
Semoga cepat sembuh....

Rabu, 13 Julai 2011

Semoga Kau Tabah Mengahadapi Dugaan Ini

(Iema... I miss U ....)

Salam..

Dalam meniti ranjau kehidupan ini, macam-macam dugaan yang akan kita tempuh. Dan yang paling terbaru, satu musibah yang agak berat telah menimpa sahabatku. Meskipun dia seorang yang agak nakal dan lebih bersosial berbanding kami, tapi aku tetap sayangkan dia. Sebagai seorang kawan, pasti ada satu ketika, lidah kita tergigit. Makan hati, tak senang dengan sikap seseorang dan macam-macam lagi la. Al-maklum sahaja lah, kita ni manusia yang sering melakukan kesilapan. Takde yang lebih sempurna selain pencipta kita.

Bagi sahabat ku yang kini berada di ICU Hospital Ampang, hanya doa yang mampu ku berikan. Semoga dikau tabah dalam menghadapi dugaan-NYA.

*********
Dia seorang gadis yang memiliki wajah yang manis dan semestinya di minati ramai. Memiliki hati yang mudah di bentuk tetapi agak mudah terpesong. Aku, sebagai seorang sahabat amat berharap dia dapat berubah. Menjadi seorang muslimah yang lebih sejati dan memiliki kehidupan yang diredhai Allah. Dia seoarang pelajar yang bijak, tetapi amat mudah terhanyut dalam arus pemodenan. Tetapi, takdir Allah, siapalah kita untuk mengubahnya...

Segalanya terjadi dalam sekelip mata. Dia terlantar di ICU. Dua hari sebelum kejadian tersebut, aku telah melakukan kesalahan terhadapnya. Kerana hasutan Syaitan, aku telah berdosa terhadapnya.

Keesokan harinya, hari teknik menjawab Agama Islam di sekolah ku. Dia menghadiri sesi teknik menjawab tersebut. Sayangnya, aku langsung tidak menegurnya. Egonya aku untuk mengakui kesalahan ku. Aku hanya memandangnya dari jauh dan berdoa agar dia memaafkan ku.

Malam tersebut, entah kenapa hati aku mendesak agar aku menghantar SMS kepadanya, tetapi entah kenapa ego aku tinggi sangat malam itu. Aku hanya bertanyakan khabarnya daripada seorang rakan karibnya. Jauh di sudut hati, aku sangat-sangat ingin memohon ampun dan maaf darinya.

Tapi semuanya tak mampu ku luahkan sehinggalah pada keesokan harinya, Faz memberitahu aku bahawa dia kemalangan bersamanya abangnya. Kini dia berada di wad ICU. Entah bila dia akan pulih seperti dulu. Hnaya Allah yang tahu. Aku hanya mampu berdoa agar dia kuat semangat untuk terus menghadapi ujian Allah ini.

*********
Pada hari isnin hari tu, aku ada melawat dia di wad ICU Ampang. Keadaannya benar-benar meruntun naluri aku. Tambah lagi, aku masuk ke bilik tersebut bersama Faz. Aku terpaksa menahan air mati daripada terus keluar demi memberi kekuatan kepada Faz. Di dalam wad, aku x banyak bercakap. Aku hanya membiarkan Faz bercakap dengan dia. Hati aku menjadi sangat hiba apabila mendengar Faz menyuruh Dia bangun dari tidurnya, "Tim.... Bangun la... Tim tak sayang Faz ke...Tim....Bangun la Tim...." Pada saat itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku semasa mendengar rintihan Faz. Air mata aku turun dengan deras tanpa mampu di tahan lagi. Faz yang berjiwa lembut, terus memeluk aku. Kami tak mampu menampung kesedihan yang semakin mendalam di hati ini.

Setelah beberapa minit, kami pun keluar. Di luar, Faz masih tidak mampu menahan rasa sedih yang semakin mencengkam lubuk hatinya. Aku hanya mampu berdoa agar sahabatku cepat sembuh dan Faz semakin tabah meneruskan kehidupan tanpa sahabat baiknya di sisi. Melihat air mata yang turun dari mata Faz, hati aku turut meruntun hiba. tanpa segan silu, kami menangis di khalayak ramai.

Aku bersyukur, masih ada berita baik yang mampu aku dengar pasal dia selepas kami keluar dari wad. Terima kasih kepada Fatin Amira dan Fairus yang tak putus-putus memberi kami semangat. Berita yang di khabrkan oleh mereka berdua berjaya menenagkan hatii Faz. Alhamdulillah... Aku bersyukur.

Kini aku, Faz dan Hanini mampu meneruskan kehidupan dengan tenang. Doa kami terhadap Tim semoga dia cepat sembuh tidak pernah putus. Yang paling penting pada saat ini ialah melihat Tim sihat seperti dahulu dan Faz tidak berada dalam kebimbangan lagi. Semoga Faz dan kelurga Tim mampu menempuhi dugaan ini dengan penuh ketabahan.

Jumaat, 8 Julai 2011

COUPLE!!!!!! (...................)

.: diri mu bagaikan bidadari:.

bagi seseorang yg sedang menunggu, ayat COUPLE tu sngat keramat. tapi bila ayat tu di ucapkn oleh seseorang yg korng x expect akn ckp mcm tu, ckp kt korng, pe korang rse? (ayat tonggang langgang) perasaan aku taim tu pnye la mcm tgh berperang dgn garuda. dan dan perut aq tros bergelodak dan aq bergegas jumpa MR CLOCK. pergh!!! bukan main dhsyat penagan hamba ALLAH ni kan.

so, aq dgn confident dan yakin, telah menolak hasrat hamba Allah tersebut. Maaf la, aku mahu ABANG kau, BUKAN KAU. tapi aq xde la skejam tu nk bg tau kau. hanya di sini tmpt yg mmpu aku luahkan. Jauh di sudut hati, ingin di sayangi dan mnyayangi. tapi kegagalan yg aq tempuhi selama ini sngat mmberi kesan di hati. aku pn xnk la amik resiko lagi.

ye la, hati puan2 ni kan lmbut sperti span, kalu kecundang lagi, mau aku x sasau nnt. korg nk tggung? x an...........
andai korag prnh terbce tntang janji yang pnah aku ckp, skrg ni, hnya dia tujuan aku dan dialah inspirasi aku untuk mngejar kjayaan. aku ingin mnjadi individu yang setaraf dgn dia.

semoga ALLAH memakbulkan doa hamba mu ini. AMIN.....

.: jgn kau ucap selamat tinggal:.