Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Isnin, 26 September 2011

Gedik Time (bagi aku la....)

Ni gambar time buka puasa ngn budak-budak kelas. Act, nak bergambar dengan Nini. Tapi takpe la, aku bagi peluang dia bergambar dengan kawan dia dulu.


Ni gambar time lepas balik dari open house rumah nini. Nak gedik la kejap lepas dah lawa sikit tu.


Ni gambar bajet macam dah bertunang je, dengan cincin kat tangan kiri. Padahal, sorang ENCIK pun takde lagi. Asal bibir aku tu macam de problem je???? Hish! lantak pi la.


Ni lagi satu gambar bajet. Kalau syimir tengok ni, mesti dia cakap aku bajet rajin belajar la sangat... Hahahaha. Ada aku kesah? ni gmbar aku, blog aku. Kau ada??? takde an. Boleh jalan da.....

THE END....

I'm So Sorry

Serius, sampai sekarang aku tahu yang kau masih terasa dengan ayat aku tu. "KAU PUNCA ............" Aku tak patut cakap macam tu kat kau. "RESON AKU NAK PERGI PUN SEBAB KAU ........." Hish! Apa ke hal la aku time tu. Said something stupid things to you.

Memang time tu kepala otak dan emosi tengah terganggu giler dengan benda-benda bodoh ni. Tapi kenapa la aku aku cakap benda bodoh tu. Sekarang, ayat-ayat bodoh tu aku dah tak boleh tarik balik. Dia dah dengar dengan jelas dan terang lagi bersuluh ayat aku tu. Menyesal pun dah tak guna. Kalau hati dah terguris, bukan senang nak di ubati kan? But aku harap kau tetap akan jadi kawan aku samapai bila-bila. Lantak pi la dengan segala jenis LELAKI yang pernah aku gilakan tu. Kalau boleh aku nak persahabatan kita sama macam dulu. Takde ayat-ayat bodoh tu dalam fikiran kau dan mengganggu perasaan kau.


Aku tak nak kehilangan best friend macam kau. Kalau hilang kau, bukan senang nak jumpa pengganti yang boleh jadi teman SENANG SAMA SENANG, SUSAH SAMA SUSAH. Kau tahu aku ni jenis macam mana. Dulu, bila aku gembira teramat sangat, kau la orang first yang tahu. Kalau aku sedih, kau la tempat aku mengadu. Bila aku ada masalah, kau la tempat aku luahkan perasaan. Walaupun kau tak dapat selesaikan masalah aku, kau sanggup dengar dan buat aku tenang.

Yang paling best, kau orang pertama yang ucapkan selamat hari lahir time birthday aku. Sekurang-kurangnya, ada juga orang yang ingat kat birthday aku. Time aku ngah furst giler ngn orang-orang sekeliling aku, kau jugak yang aku cari. Even aku tau kau pun ada masalah lain, tapi kau juga yang aku nak cari.

Tapi sekarang ni macam dah lain sikit. Tak tahu la kalau ni just perasaan aku je. Lepas aku tercakap ayat-ayat bodoh tu kat kau, kita macam dah tak rapat macam dulu. Macam ada something wrong kat relationship kita ni. Kau banyak spent time dengan Mamai. Aku pulak banyak spent time dengan Faz. Kadang-kadang aku rasa macam (can't explaint what it's)....... Bila aku sedar perubahan ni, aku start la wat perangai lain pulak. Duduk depan tv, fikiran ke lain. Duduk depan buku, sebutir pun aku tak baca buku tu. Bersembang dengan korang pun, aku boleh termenung sampai ada orang tegur. Mak aku cakap kat aku pun, aku boleh suruh mak aku ulang 2 3 kali. Hish!!! Banyak betul aku berangan sejak akhir-akhir ni. Masalah ni bila nak habis pun aku tak tau la.

Kau tau kan, aku ada bagi tahu kau yang sejak akhir-akhir ni aku asyik senang sangat terasa. Sometime aku terpikir gak, ni petanda ke??? Adakah ini petanda apa yang bakal terjadi kepada aku lepas ni. Petanda yang membawa kebaikan atau pun sebaliknya? Hanya tuhan yang tahu segalanya.. Seriously, aku ni jenis yang tak reti nak minta maaf kat kau depan-depan. Sebelum segalanya terlabat untuk aku dan kau, aku dengan setulus hati, nak minta maaf sangat-sangat kat kau dari hujung rambut hingga hujung kaki. Aku tak nak hubungan kita terputus di sebabkan ayat-ayat bodoh aku tu.

Kalau boleh aku nak kekalkan ayat "BFF @ BEST FRIENDS FOR EVER" tu dalam hidup kita. Pasal aku nak pergi tu, aku dah decide. Pilihan kolej matrik aku tetap sama dan takkan berubah. Semuanya terserah kepada takdir.  Harapan nak dapat satu universiti dan satu room ngn kau bila kita continue study nanti tak pernah terpadam. Sekarang ni, semua terserah di tangan ALLAH. Sekarang ni, aku nak belajar berfikir dengan lebih rational dan berhadapan dengan segala masalah dan belajar untuk menyelesaikan masalah tu.

Thanks coz selama ni kau memahami aku and be my Best Friend. I hope that it could change to be "MY BEST FRIED FOR EVER".....  (^_^)

Khamis, 15 September 2011

Jalan...,,Jalan..,,,Eh,, Macam....

Assalamualaikum..
Aloha!!!!

Hai sayang-sayang semua... Hari ni mood macam happy sikit la... Sayang-sayang semua happy tak hari ni?? Semoga sayang-sayang semua berada dalam suasana yang ceria, gembira, dan mendapat keredhaan Allah..

Mesti semua dok tertanya-tanya kan. Nape la Cik Syira ni happy semacam je. (happy ke???? harap-harap la...) Ni semua gara-gara malam tadi ramai yang mengaku diorang sayang kat Cik Syira la... Lelaki, perempuan, jantan, betina semua ngaku dia sayang kat Cik Syira. Huhuhuhu.. (poyo jew aku nih. Padahal baru dua tiga ketul cakap sayang kat kau.. Semua perempuan lak tu.. eeeiiii... heheh)

Tah kenapa malam tadi rasa macam terasa kesorangan, than aku amik phon dan mesej NATASHA IDAYU... Minah ni memang senang buat aku nak gelak. Even dia just mesej simple-simple je, tapi aku suka tersengih (macam kerang busuk wangi) sorang-sorang bila mesej dia... hehe, sayang kaw tacha...

Mana HANINI???  Ada... Bukan aku nak lupakan dia. Aku kena la paham, takkan bila aku rasa tak sedap hati, kesorangan, tension semua-semua tu, aku nak mesej dia. Dia pun ada masalah sendiri. Sekurang-kurangnya, takde la membebankan dia sangat kan. Kadang-kadang, kita pun nak cari kedai makan lain gak kan.. Lebih kurang macam tu la maksud aku ni. If tak paham, korang kena la belajar memahami maksud ayat tersirat ok. Ye la, dia pun bukannya takde problem. Ada.... Silap hari bulan, lagi banyak dari aku. Eh eh, macam dah nak bertukar mood je nih! Tukar-tukar....

Tadi time aku gi jalan-jalan kat ALAM MAYA ni, aku tergerak hati nak tengok wall adik dia.. Gambar jamuan raya diorang kat tempat kerja. Mak dia yang sporting tu pun ada. Huhuhu.. dulu boleh la panggil makcik tu MAK MERTUA. Now, semua tinggal kenangan je.. Alhamdulillah, tengok muka dia, nampak macam happy dan tiada masalah. Harap-harap, isi hati dia pun macam tu la. Dan semoga dia dah berubah. Perangai dia yang tak senonoh tu harap telah di buang jauh la...

Now, minngu peperiksaan bagi candidate SPM kan. Mesti semua tengah tension coz nama je trial SPM, tapi sama je macam SPM tu. So, sapa-sapa yang macam tension tu, boleh la buka LINK NI dan NI. Lepas tu mesti korang tersengih-sengih (macam kerang busuk wangi..) Dan aku pasti, korang akan respect dengan idea-idea student ni. (kreatif tak bertempat betul kan...)

Huhuhu, Ok la, enjoy your day! And have a nice day!!!!

Bye!!!...
Wassalam.....

Rabu, 14 September 2011

Dalam Persahabatan, Pasti Ada Yang Terluka....

Assalamualaikum....

Hai adik-adik.. Kali ni mood akak agak swing sikit la. Mungkin ada kaitan dengan tajuk di atas kot...

Sudah menjadi lumrah manusia, cakap siang, tak pandang-pandang, cakap malam, tak dengar-dengar.(slambe dek je tukar peribahasa...) huhuhuhu...

Biasa la, semua orang buat silap kan.. Kadang-kadang kita tak perasaan kita telah melukakan hati sahabat kita. Akak pun manusia biasa. Kalau ada terkasar bahasa, tersilap kata tu, maafkan lah akak. Akak hanya manusia biasa.

Act, hal ni terjadi kat diri akak sendiri. Dari segi luaran, mungkin orang lain takkan perasaan yang akak dah terasa sangat-sangat dengan sikap kawan-kawan akak. Kadang-kadang tu, akak terpikir juga, kenapa diorang buat akak macam ni. Kalau akak de buat salah tu, bagi tahu je la secara berterus terang. Biar akak dapat mengubah sikap akak ni. Takkan kerana satu faktor, kawan-kawan akak sanggup layan akak macam ni. Bukan kehendak akak nak jadi macam ni. Dah Allah takdirkan segalanya macam ni. Apa akak boleh buat. Bukan akak tak cuba berbaik dengan diorang. Tapi, hajat baik akak ni belum di makbulkan Allah lagi. Akak harap sangat hubungan persahabatan akak dengan sahabat-sahabat dapat kembali seperti dulu. Mesra seperti dulu.. Akak rindu sangat dengan diorang.

Akak tak tahu nak tafsirkan macam mana perasaan akak sekarang ni. Nak kata akak terlalu EMOTIONAL pun, entah la.... Tapi kalau segala-galanya ok, takkan la akak nak ada perasaan JAUH HATI dengan diorang kan?? Hmmmmm... Sebelum ni, akak ingat ni hanya mainan perasaan akak je. Tapi, baru-baru ni, akak dapat rasakan perasaan tu datang amat ketara sangat. Pada hari tu, akak betul-betul terasa dengan mereka. Akak cuba pujuk hati akak time tu. Seboleh-bolehnya, akak nak segera pergi dari tempat tu. Biar akak tak terasa sangat dengan sikap mereka tu. Kebetulan, saat akak berhajat nak pergi, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Hukum alam seolah-olah mengerti perasaan akak pada saat tu.

Allah Maha Besar...
DIA sangat memahami perasaan hambanya. Seseorang nampak akan situasi akak pada saat itu. Dia cuba buat yang terbaik untuk menggembirakan akak. Alhamdulillah, masih ada lagi sahabat yang memahami akak.

Akak harap, adik-adik yang membaca ni, sila jadikan kisah akak ni sebagai pedoman hidup, ok! Jangan buat sahabat kita terasa dengan sikap adik-adik ok!

Sekian, Wassalam.....

P/S : Sahabat semasa susah amat sukar untuk di cari.
Sahabat semasa senang ada di mana-mana.
Sahabat semasa susah dan senang hanya 1 dalam sejuta.
Jika anda menemuinya, hargailah dia....

Sabtu, 10 September 2011

Syawal dan Cerita di Dalamnya

Assalamualaikum...
Ahlan wasahlan..

Terbelit lidah aku nak menyebut perkataan Arab ni. Ye la, masa cekolah rendah dulu ada la belajar. Kira aku ni pandai juga la coz dapat kelas pertama yang merupakan satu-satunya kelas yang ada subjek Bahasa Arab. Tapi sejak lepas UPSR, aku dah tak applykan bahasa yang aku belajar tu dalam kehidupan harian. Yela, nak bercakap dengan siapa di rumah ni? Family aku yang lain semua tak tahu. Sudahnya, banyak yang aku lupa. Seriously, tak susah pun belajar Bahasa Arab ni. (aku rasa la....) Sebabnya, tah la.. Aku rasa, dulu aku belajar senang je... Cuma nak menghafal la agak payah coz aku menghafal samapai tonggeng-tonggeng kat cushion depan tu. Dari elok-elok bersila sampai la kaki tu boleh ke atas, kepala ke bawah. huhuhuhuhuhu.....................

*********

Panjang pulak selingan di atas tu. huhuhu

Walaupun sedang berperang dengan minda (exam trial SPM) sekarang ni, tapi raya tetap di teruskan. huhuhuhu... Nampak sangat aku ni jenis kaki jalan. (kalau kucai baca ni, mmg kne sindir je... bosan aku) Well, rumah terbuka banyak sangat. Mak aku pulak amik kesempatan tak masak la time-time macam ni. Dia suruh makan free kat rumah orang. hehehehehe.... Standard la tu kan. Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari...

Malam tadi, aku beraya di rumah nenek AMAR FAKHRULLAH. Comel budak tu. Gelagat dia membuatkan kami sekeluarga tersenyum. huhuhuhu.. Bila time aku balik sekolah and dia ada, dia la yang membuatkan aku tersenyum. Terus hilang rasa penat aku. Kalau dia tidur time aku balik sekolah, aku akan buat something yang akan buat dia terjaga. huhuhuhu (jahatnya aku....)

Sat lagi aku nak pergi Open House kat rumah jiran lama dan rumah RODHIAH. Huhu.. Murah banyak rezeki aku minggu ni. Malam ni, ada lagi Open House kat rumah jiran lama. Makan malam je la time raya ni. Mana tak gumuk. huhuhu... (tp cute, aku tak kisah....) Dah tau makan malam, bukan reti nak makan sikit-sikit. Nampak yang sedap, amik bertambah-tambah. hahaha... (xleh bla btol perangai)

**********

Masuk je sekolah balik, aku dah kena sambung tugas sebagai seorang bendahari. Alhamdulillah, kutipan untuk sesi pagi hampir penuh. Cuma yang sesi petang ni, agak payah la. Mereka sudah tidak mahu bertugas lagi. Macam mana la aku nak kutip hutang-hutang ni. Ikutkan hati, tak nak aku pegi minta-minta duit kat orang. Tapi dah tanggungjawab aku macam ni, nak buat macam mana. Sabar je la...

**********
Malam tadi, aku masej Hanini. Ada la topik yang aku cakap dengan dia. Dan kami sangat-sangat tidak bersetuju dengan 6%=60sen yang akan di charge untuk setiap tambah nilai. Dah la kami ni students. Mana la ada sumber kewangan selain duit belanja yang diberi pada setiap bulan tu. Dah la kos sara hidup di sekolah aku semakin meningkat. Akibatnya, aku sering di serang sakit perut sebab tak makan.

Lepas dah komen itu ini, Nini cakap,,,

"kau ada problem ke???"

"Nampak macam ada problem ke? Tak-tak. Aku takda problem"

Agak payah hendak meyakinkan dia bahawa aku takda problem. Entah kenapa malam tadi. Maybe aku tiada mood atau.........................................

**********

Ok la, aku nak bersiap ke MAKAN FREE......
huhuhuhuhuhuhu.................

Bye, Assalamualaikum.....

P/s : Sayang juga kau kat aku kan Hanini Binti Mohamad Thani...
Huhuhuhu... Insyaallah, everything would be OKEY.

Al-Kisahnya Kami....

Assalamualaikum...
Dan Selamat Membaca kepada semua...


Pada suatu hari,,,

"Aku ingat lepas SPM ni aku nak g merantau jauh-jauh la. Seriously aku tak dapat lupakan dia. Maybe bila aku dah pergi jauh, aku dapat lupakan dia."

Hani diam je,,, (berat hati la tuuuu.... huhuhu)

"Aku ingat lepas ni aku nak tukar la pilihan kolej matrik yang lagi dua tu. Nak pilih jauh-jauh sikit."

Hani said,,,,

"Kau pergi mana pun, kau tetap ingat dia gak.. Walau sejauh mana kau pergi pun, kau takkan dapat lupakan dia. Kau bukan tinggalkan kepala kau kat sini pun ..."

Syira,,,, (monolog dalaman)

"hmmmm,,, betol gak pe mek ni cakap. Walau aku g sejauh mana pun, kalau ALLAH dah takdirkan macam tu, macam tu la jadinya. Lagipun kepala aku ni mana boleh nak di cabut-cabut. Hmmmm...."

Syira said,,,,

"Tapi aku bukan ape Nini,, aku kat sini hari-hari jumpa kau.. Dah la kau awek Kucai. Kucai tu kawan dia. See, the main point is U. Macam mana nak lupakan dia kalau macam ni..."

Muka Hani dah berubah dah time tu... Aku tau aku dah buat dia kecik hati.. Sorry, aku tak bermaksud nak wat kau sakit hati ke,, ape ke... Tah kenapa time tu aku terberterus terang kat kau sampai macam tu sekali. Ye la, apa yang jadi ni dah ketentuan Allah. Aku tak sepatutnya menjadikan kau sebagi punca kan.. Ya ALLAH,, kenapa la aku boleh tercakap macam tu kat kau. Hmmmm...

Tapi last-last, aku tak jadi la nak tukar kolej pilihan tu. Insyaallah, lepas ni aku akan try control my emotion.. Takkan wat kawan aku ni sakit hati  lagi... I wish, kita dapat kolej matrik yg sama dan di tempatkan di bilik yang sama... AMIN.....

Rabu, 7 September 2011

Sepantas Kilat

Assalamualaikum...
Dan selamat membaca....

Aku macam pelik sikit la bila guna benda-benda baru nih. Haiya....

Ok! Now nak cer pasal kejadian -kejadian yang telah berlaku sepanjang aku beraya di kampung sehingga la ni..

**********

Balik kampung raya kan, mestilah semua orang rasa seronok. Aku lak, rasa tension beb... Elok je lepas cuti raya dah trial SPM. Persediaan memang masih ZERO lagi. So, orang lain balik raya sebuk nak kemas kain baju. Aku sebuk kemas buku. Nak study la katakan.. Hahahahaha.... Korang rasa aku study tak kat kampung?????

Mesti la TAK!!!

Huhuhuhu.. Sengal je kau ni Syera. Buat berat kereta je. Act, Aku nak bagi peluang kat buku tu berjalan raya sampai ke Melaka.(alasan!) Huhuhu... Sekurang-kurangnya, bila aku bawak buku, takde la aku lupa, naik raya dah nak trial an....

**********

Masa aku OTW nak balik ke rumah dari Melaka, my family and I ternampak sorang atuk ni. Nama atuk tu ATUK JALI (teringat lak kat ckg Jali). Atuk tu terjatuh masa tengah berjalan. Maybe time tu dia nak pergi kedai kot.. Coz adik aku nampak dia bawak duit time angkat dia and hantar dia balik rumah. Seriously, aku sangat-sangat kesian kat atuk tu. Aku nampak je dia dah terjatuh dengan kepala dah berdarah tu, rase nak terjun je dari kereta and terus tolong atuk tu. Sebak pulak aku time tu.

Time aku dalam kereta, OTW nak balik rumah, aku terpikir, ada tak yang nak tolong aku bila aku dah tua macam atuk tu and aku menerima nasib yang sama macam atuk tu. Ada tak???? Aku harap sangat akan ada orang yang datang dan menghulurkan bantuan kepada aku. hummmmmmm...........

**********

Duit raya kali ni korang dapat berapa???? Mesti banyak an. Untung la korang... Tak macam aku. Ketinggian dah tak rupa macam budak sekolah. Orang akan tanya kerja apa? Bila nak Kawin? Universiti kat mana??? Hahahaha.. Makcik aku lagi sedap, "Kau boleh jadi model ni Syahira..." (macam bapak aku bagi) Huhuhuhu... So, korang boleh la agak tinggi aku dah sampai tahap mana kan... Sangat-sangat beruntung kepada mereka yang mempunyai ketinggian seperti HANINI tu. Ye la, kalau cakap kat pakcik-pakcik and makcik-makcik yang nak hulur duit raya, korang masih skolah darjah 6 pun masih boleh di percayai dan diorang takkan ragu-ragu nak bagi duit raya kat korang..

**********

Elok je aku sampai rumah jumaat lepas, sebetulnya dah rancang ngn HANINI nak beraya di rumah AHMAD QUSHAIRY. Tapi aku cancel last minute because mak Kucai just jemput Hanini je... Kucai pun tak jemput aku, takkan aku nak pandai-pandai datang pulakkan... Untung la kau Hanini coz dapat mak mertua yang baik tu.. Kau tak dapat datang time rumah terbuka diorang, besoknya, sanggup dia masak banyak-banyak sebak nak ajak kau. huhuhu (cm jeles skit r... hehehe) Tapi rugi la aku tak ikut Nini g rumah kucai coz ORANG TU ada... (Takde rezeki la....)

Lepas je Mek Nini ni balik dari rumah Kucai, dia terus tuju ke rumah aku coz dia telah ditinggalkan oleh mak dia yang telah keluar beraya. Hahahaha (cm kelaka pn de gak uh.. hehehe) Tengah dok sembang-sembang ngn dia, tiba-tiba dia wat muka terkejut pulak. Then, dia tunjuk mesej Kucai. Ape yang aku sempat nampak adalah "J ajak keluar beraya naik kereta dia" (if i'm not mistaken la...) Dah Nini ajak aku, harus la aku nak ikot. Naik kereta kot.. Hahahahaha (act, de udang di sebalik mee) Tapi last-last tak jadi keluar naik kereta. Aku just keluar raya kat taman perumahan aku je. Dia takde. Rumah dia de open house time tu.. (mcm kecewa sikit r...)

Even dia jemput aku datang open house kat rumah dia melalui Nini pun, macam aku boleh pergi. Motosikal takda. Pergh!!! (mcm frust skit la....) Dah takde rezeki dah.... Tapi Nini cakap dia sebut nama aku macam berat sikit la....

Nini, demo sikit dia sebut macam mana????

........SheRRRa.......

Pergh!!! takleh bla Nini wat demo an. Hahahaha...

**********

Semalam lagi aku dah start trial. Aku macam biasa la, study last minit lagi gempak. Time tu la semua benda tak dapat nak bace. Pandan....... Perangai tak pernah berubahkan SYAHIRA... Huhuhuhuhu... Semalam paper Bm, hari ni aku dah tau markah rumusan aku. Pergh!!! Sangat efficient la cikgu menanda kertas. Tapi markah rumusan je la yang aku tau. Tu pun dengar dari Natasha Idayu.. Dia mesej ngn aku tadi. Jeles la tu.. Huhuhuhuh...

Paper BI tadi macam nazak gak la nak buat. Aku takut kene tenyeh ngn mak Datin je nanti. Huhuhuhu.. Soalan senang coz dia dah bagi teknik dia. Cuma aku ni je yang malas nak menghafal. Tak reti bersyukur betul. Budak kelas lain tak habis belajar lagi tau. Yang kau ni tak reti nak menghargai pemberian orang tu kenapa??? Haiya......

Dah la, nak g wat math lak. Bsok paper MATH. Insyaallah.. A+ untuk paper math dalam genggaman.

Kawan-kawan semua, doakan yang terbaik untuk aku taw. Insyaallah, aku akan doakan yang terbaik untuk semua kawan-kawan aku...


Wassalam......


P/s : Kalau korang perasan la, nama sape paling banyak di sebut dalam entry kali ni????
Jawab! Jawab! Nanti dapat hadiah!!!! 

P/S : Thanks to adik yang bagi akak pinjam kalkulator dia tu. Jasa mu akan ku kenang.
Datang la beraya kat rumah akak. Kalau tak tahu kat mana, pg tanya Dolah ok!