Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Rabu, 27 Julai 2011

Aku Rasa Macam-macam

Salam

Hari ni cuaca agak mendung dan Pusat Akses di mana tempat aku up date blog ni dah nak tutup tepat pada pukul 4.30 p.m. Now, dah pukul 4.21 p.m. Aku berada di sekolah. Bila nak balik ni weh????????

Semakin dekat aku dengan SPM, semakin banyak dugaan yang harus aku tempuhi. Jujur, aku tak sekuat itu. Tapi Tuhan maha mengetahui segalanya. Dia tahu, sekuat mana dan setabah mana aku untuk menempuhi semua dugaannya. Bukan niat untuk mengeluh, cuma aku rasa lega bila dah luahkan segala yang terbuku di hati.

Hidup tak selalunya indah. Begitu jugalah kehidupan aku. Kadang kala, hanya tangisan yang mampu melegakan hati aku. Sahabat yang memahami. Ada beberapa perkara yang aku tak mampu beritahu korang. Bukan sebab tak mahu berkongsi. Tapi aku rasa, masalah itu tak sesuai nak di ceritakan dan aku tak mahu membebankan korang dengan masalah aku. Tapi aku bersyukur. Sekurang-kurangnya, aku mampu melupakan segala masalah bila berhadapan dengan korang.

Aku suka tengok orang ketawa. Aku suka tengok kawan aku gembira. Dan aku turut merasa kesedihan itu bila melihat korang sedih. Hanini, aku tahu kau berhadapan dengan masalah besar. Aku tahu itu meskipun kau tak pernah nak luahkan masalah tu kat aku. Kan aku pernah cakap, air muka kau senang di baca. Aku tahu, di sebalik senyuman itu, ada satu masalh yang sedang kau sembunyikan. Tapi siapalah aku untuk mengetahuinya. Aku tahu masalh itu tidak sesuai untuk dikongsi bersama aku. Cuma aku mampu doakan semoga kau terus tabah menghadapi semuanya.

Tim, aku bangga kerana ada kawan macam kau. Kau seorang yang kuat semangat. Kemalangan itu bukan la punca untuk kau berputus asa. Aku tahu itu. Sekarang, kau semakin pulih. Biarlah mengambil masa selama mana pun, as long kau tetap bersama aku dan yang lain meneruskan perjuangan. Tim, kuatkan semangat ok. Usaha tangga kejayaan. Biarpun agak susah untuk mengembalikan semula kesemua ingatan kau, tapi aku tahu, kau sekarang ni sedang berjuang. Tim, teruskan perjuangan ok.

I’m sorry for the one that i can’t mention his name. I can’t accept u as my lover. Aku sedang tunggu seseorang. Orang tu adalah abang kau sendiri. Biarlah orang lain kata ‘aku menunggu bulan jatuh keriba’, asalkan aku sedia menanti dia. Aku bukan berniat untuk mempermainkan kau. Dari awal kau kata cinta, aku sudah menolak cinta itu. Sejak aku kenali kau, aku hanya menganggap kau sebagai kawan aku. Aku tak boleh terima kau lebih dari itu. Kau kawan aku. Maaf.

Kepada orang yang aku gelar sebagai MR.J, aku tetap menunggu kau. Penantian aku ini akan terhanti apabila kau akan menjadi hak orang lain atau aku sudah menemui seseorang yang mampu membuatkan aku melupakan kau. Tapi, buat masa sekarang ni, hanya kau yang ada di hati aku. Aku berani menyukai kau. Tapi aku tak berani menyintai kau. Kerana menyintai tak bermakna memiliki. Kalau saat kau menjadi hak orang lain, pada saat itu jugalah kenangan antara kau dan aku, akan ku simpan dalam lipatan sejarah hidup aku. Kau salah satu inspirasi aku. Kau la penguat untuk aku terus mengejar kejayaan. Agar aku mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kau.

Aku tahu, bagi orang lain, penantian aku ni adalah sia-sia. Tak guna aku menanti tapi aku tak berusaha. Aku tahu itu, tapi tak salah bukan kalau aku tetap dengan keputusan aku untuk terus menanti dia? Biarlah aku terus menanti dia kerana Allah sentiasa memahami hambanya. Apa yang aku mampu buat masa ini ialah terus berdoa agar Allah mendengar dan memakbulkan permintaanku. Kalau dia bukan untuk aku, temukanlah aku dengan seseorang yang mampu membuatkan aku lupa dengan semua peristiwa dan kenangan yang tercipta semasa di MID.

Beberapa bulan je lagi SPM akan tiba. Persedian aku masih belum sepenuhnya. Tapi aku sangat yakin untuk menjawab soalan matematik. Insyaallah, A+ untuk subjek itu berada dalam genggaman. Seminggu selepas raya bersamaan 6 september 2011, bermulalah peperiksaan percubaan SPM. Insyaallah, aku akan berusaha untuk tingkatkan prestasi aku dalam matapelajaran yang agak teruk tu. Aku ingin mencipta sejarah dalam keluarga. Semoga aku mampu memperoleh 10A+ dalam SPM nanti.

Aku syang family aku, kawan-kawan aku, dan MR.J*********.

Always smile 4 hiding your problem.

Tiada ulasan: