Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Isnin, 29 Jun 2009

Dah Lame..

hmm.. dh lame aku tak up date blog.. sejak akhir-akhir ni jiwa aku dah tak tenteram. kenapa la agaknye. sampai sekarang aku belum jumpa lagi punca aku jadi begini. tak keruan di buatnya. sepanjang aku tak up date blog ni, macam-macam dah jadi kat aku. antaranya ialah:

hari khamis (25/6/09) : sport cek di lakukan dan nasib baik aku tak bawa sebarang barang larangan ke sekolah, kalau tak, free je dapat panalti. yang tak syoknya, bukan main lame dia buat sport cek. senang cite dekat sejam lebih kitorang di kerjakan. dah la sport cek ni dari hujung rambut sampai hujung kaki.uish..dahsyat-dahsyat dan berlaku juga kes melarikan diri(bagi sesapa yang membawa barangan terlarang) aku dan kawan-kawan aku same gak naik toncetnya.. kitorang pegi bagi tau pengawas bila nampak kes melarikan diri.. hehehe.. sory, kepada sesiapa yang terkena .. kitorang memang cam ni..

lepas habis pemeriksaan teliti dari semua PENGGANAS(pengawas) Sekolah, kitorang balik kelas. kebetulan sebelum perhimpunan tu, dalam kelas aku ada seekor burung ape tah,aku pown tak tau nama dia. aku tengok burung tu macam kesejukan, so aku amik la kain lap tingkap yang dah leme tak guna dan aku selimutkan la burung tu..

nak tau ape jadi kat burung tu lepas aku balik kelas? JENG JENG JENG.. terdapat tompokan putih di bawah tempat burung tu landing,, nampak sangat burung tu melepaskan bahan kumbahan.. tak patut betol..
dan setelah beberapa jam burung tu tidur berselimut, ada budak kelas aku dengan kejamnya meletakkan burung tu kat tepi tingkat. tujuannye bagi membulehkan burung tu pergi dari kelas kami untuk selama-lamanya..dan akhirnya dia pergi juga..

pada hari sabtu(27/6/09) pulak: sekolah aku buat hari bicara akedemik. hmm maksudnye adala salah seorang penjaga aku or murid sekolah tu yang datang sekolah bagi mengetahui perestasi anak-anak mereka.. aku punya result semuanya turun.. hehehe.. terimalah bertih jagung dari BIG BOS in my house(ayah aku la)
tak pe-tak pe.. aku redha..

Ok la, aku dah malas nak bercerita cerita cinta maha jiwang dalam hidup aku ni..
Korang rasa la sendiri camne bestnya bercinta tu..

Rabu, 24 Jun 2009

~Menanti~

Sekalian lama aku menunggu,
Menunggu kehadiranmu.
Sehigga aku hanyut bersama angan indahku..
Angan yang selalu mengimpikan keindahan malam,
Bersama bintang-bintang yang indah.

Puasku menunggu kehadiranmu,
Puas juga ku menunggu tanpa hingga rasa jemu menjelma,
Dek kerana menunggu kehadiranmu.

Degup jantungku semakin kencang.
Tak kala bayangan wajahmu tidak ku temu.
Wahai sang pujangga,
Penantian ku ini semakin berakhir..


Wakttu semakin menghampiri,
Nyawa ku seperti berada di hujung tanduk..
10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1, 0..

Akhirnya,
Kau tiba jua..
Bersama pengharapanku..

Sungguh,
Aku sangat berterima kasih padamu..
Tanpa kehadiranmu,
Bisakah aku bertemu dengan…

NOTA SEJARAH ku???...

Aku tulis bendalah ni time aku tunggu adik aku bawakkan NOTA SEJARAH aku yang tertinggal kat rumah..kalau aku tak bawak, alamatnye, habis la aku kene hentam dengan cikgu sejarah…

~Bila~

Bila,
Aku jatuh cinta lagi,
Aku merasakan keindahan sebuah percintaan itu,
Hingga aku lupa akan dunia di sekelilingku ini…

Bila,
Diriku dipencilkan,
Jiwa sanubariku kegersangan,
Kenapa?

Bila,
Diri ini diperlukan disaat mereka dalam kesusahan,
Hanya inginkan sebuah nasihat atau pertolongan yang bernas,
Segala pujian indah nian, keluar dari bibir mereka.
Hatiku berkata, itu semua dusta belaka.

Bila,
Rasaku ini rasamu,
Bisakah kau memahami hati ini?
Pasti tidak,
Kerna perasaan ini adalah milik ku yang abadi.
Biar berkali-kali di ungkapkan,
Kebenaran tidak akan menjelma walau sekali.

Bila,
Saat terhentinya degupan jantungku kelak,
Mungkinkah itu saat yang paling membahagiakan?
Adakah saat kedamaian yang sekian kali ku cari,
Bisa ku temui di saat itu?

Bila,
Semua ini berakhir,
Bisakah aku merasai KEBAHAGIAAN???

Khamis, 18 Jun 2009

SUPRISE

Yup! en3 kali ni bertajuk suprise. couse kami, keluarga 3 Bestari telah membuat suprise untuk guru kelas kami dengan menyambut birthday dia. Boleh tahan la suprisenye.. Cikgu kitorang pown tak sangka kitorang nak sambut birthday dia.. Yang ke berapa tu aku tak tau la. sebab bukan aku punya umur pown.. N aku tak rasa cikgu kitorang nak kasi tau berapa umur dia sebab dia nak kekal muda.. Cikgu kitorang ni lain sikit perangai di.. senang cita, perangai dia ni ala ala muda mudi zaman sekarang la..
Caye tak? mesti tak kan.. biasa la tu, sape tak nak jadi muda sepanjang hayat. aku pown nak gak..

Aku nak letak gambar untuk en3 kali ni, tapi tak boleh sebab kat kolah mane boleh bawak kamera kan.. silap hari bulan kantoi n kene rampas.. aku conferm mak bapak aku tak nak datang kolah sebab nak amik bendalah tu je..
ok la, tak boleh lame-lame bukak ni sebab aku update kat kolah aku..
SayoNara..

SEMOGA PANJANG UMUR N MURAH REZEKI...
4 PUAN ANNIS ELLINA

Ahad, 14 Jun 2009

Buat Pertama Kalinya

Sape diorang ni?
Diorang ni rakan sekelas aku tahun lepas.. beserta Cikgu aku yang paling aku sayang. Namanya ialah Cik Wan Fazilah. Kat dalam gambar ni, dia yang pakai tudung putih, baju kelabu. Bersebelahan budak pakai tudung pink dan hitam.. Time ni kitorang dekat salah sebuah Jusco yang ada kat dunia ni. Kitorang buat jamuan akhir tahun kat sini la.. Tapi belom boleh di katakan sebagai jamuan sebab kitorang pegi makan kat Pizza Hut je.. Di akhir pertemuan, sebelum kitorang buat arah masing-masing, cikgu kitorang ade hulur duit kat setiap pelajar yang de kat situ. Tapi tu duit kelas kitorang la.. Pergh..masyuk gile aku time tu.. hik hik hik..

Birthday ,My Father

Harini Birthday my father.. Genap la beliau berumur 48 tahun.. dah lanjut juga rupanya umur bapak aku ni.. tak sedar langsung aku.. Aku doakan beliau panjang umur, murah rezeki dan sentiasa berada dalam golongan orang-orang yang beriman.. yang paling bestnye bapak aku ni, dia takde respon langsung bile adik-adik aku ucap selamat hari lahir.. senang cakap, macam orang takda perasaan pulak. Itulah ayah aku..Nak buat camne lagi.. Kami buat kek sendiri je.. Cukup la.. Buat pe nak beli kek mahal-mahal sebabnye, buakan sedap pown. Baik aku buat sendiri lagi sedap.. Sampai adik-adik aku tak sabar-sabar nak suruh bapak aku potong kek tu.. Ape-ape pown kasih sayang kami sekeluarga tetap utuh buah selama-lamanya.. Insyaallah..
Dad, I Love U so much much much much...

~nGeRi~

6/6/2009
time ni, dah hari ke dua aku akat kampung. kat Melaka ye..makcik- makcik aku ajak pegi mandi manda kat sagil. jagan taye kat mane sagil tu. sebab mase mula-mula nak pegi tu pown aku tak tau kat mana sagil tu.. rupa-rupanya kat J.B.. kat kaki gunung ledang.. memandangkan kalau kami balik Melaka, kami jadi macam pelarian. So kitorang ikut je la sedara kitorang pegi sagil..

Sebab ape aku cakap NGERI? sebabnya, time kitorang nak cari port untuk mandi(aku dan sepupu-sepupu ku)
tiba-tiba kami terdengar macm bunyi tembakan. bila kitorang tengok sekeliling, aku nampak ada pokok patah. pergh.. ngeri gila time tu.. seram pown ada gak. lepas selesai tengok pokok tumbang, kitorang teruskan perjalanan mencari port yang sesuai dengan ketinggian kami.. tiba di suatu kawasan, aku pown nampak sekumpulan orang ramai.. aku dah rasa tak sedap hati dah time tu.. dan ape yang aku harap-harapkan takkan terjadi telah terjadi.. Nak tau ape dia.. rupanya-rupanya ada satu pokok telah tumbang or patah(aku x pasti sangat) telah menimpa 2 girls yang tengah mandi kat situ.. sorang berdarah teruk dan aku dengar tangan nye patah. sorang lagi takde pape luka cuma aku tengok dia dah tak bermaya dah.. nak jalan pown kene ada yang memapah.. Nauzubillah..

lepas je tengok kejadian tu, kitorang berpatah balik aku tak jadi terus nak mandi. baik aku duduk dengan mak ayah aku dan makan.....