Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Rabu, 27 Mei 2009

Lega....

Akhirnya berakhir juga penyeksaan kepala aku ni. Tinggal paper Math 1 je belum di jawab, tapi paper tu kena tunggu besok la.. Tapi takpe, sebab Math paper 1 tu ble guna calculator, so lega la sikit sakit kepala ni. Sejak exam ni, aku dah jarang dapat tengok tv tapi bukan sebab aku bace buku tapi kerana aku dok melangot depan buku latihan aku. Ye la, cari jawapan tak jumpa-jumpa, mau tak buntu kepala otak aku di buatnye. Tapi peper hari ni semuanye senang-senang belaka, tapi tak tau la boleh dapat A ke tak. Bagi aku, paper hari ni yang susah ialah Pendidikan Seni 2. Bukan susah mane pown, cuma aku ni jenis orang yang tau melukis je, mewarna aku tak tau sangat. Takat mewarna macam budak tadika tu boleh la. ish..rugi betul la.. dah la kat seni yang boleh dapat markah lebih, tapi malang bagi aku sebab aku tak reti mewarna.. Tapi takpe la, sebab semua tu dah lepas, nak buat macam mane lagi kan....

Isnin, 25 Mei 2009

PERANG

peperangan bermula pada detik 12.30 tengah hari tadi..peperangan tersebut berlaku ketika peperiksaan pertengahan tahun sekolah aku sedang berlangsung..peperanagan tersebut berlaku antara syaq dan syahira..

boleh dikira dahsyat gak peperangan tersebut..saling baling membaling. tapi yang peliknya di dalam peperanagan tersebut, masih sempat juga kami bergelak ketawa sambil tertahan-tahan..ye la, kan peperiksaan sedang berjalan.. selepas peluru si syaq habis, aku pown memulakan seserangan dengan mengutip segala peluru yang tersasar dan membaling peluru-peluru tersebut ke arah syaq, yang peliknya lagi. tiada langsung pendarahan berlaku di antara aku dan syaq.. setelah dekat setengah jam, kertas jawapan kami pown di kumpolkan tetapi peperangan tersebut menjadi tidak juga reda tetapi semakin menjadi-jadi.. dan selepas 10 minit berlalu..akhirnye peperangan tersebut berakhir apebila cikgu berkata MASA UNTUK BALIK.......

Jumaat, 22 Mei 2009

Untuk Muslimah

Fahamilah dirimu sebagai wanita,
Rentak gayamu jangan dijantankan,
Riak atur tubuh mu usah mudah dipers***nkan,
Mutiara dirimu janagan digadaikan.

Sucikan hatimu, mantapakan imanmu,
Perhatikan solatmu, muliakan dirimu,
Jaga auratmu, awasi pergaulanmu,
Manfaatkan waktumu, sampaikan dakwahmu.

Isnin, 4 Mei 2009

AKTIVITI DI CUTI SEKOLAH

Sebenarnya ni bukanya aktiviti yang aku nak buat, tapi terpaksa aku buat sebab TERPAKSA LA! ikutkan hati aku nak duduk rumah jew. rehat kan minda biar aku tak stres dan pingsan sowang-sowang...

Aku ingat bile blek kampung 2 hari ni, boleh la aku lepaskan gian aku terhadap segala fauna yang ada kat kampung tu dan boleh la aku jadi JANE(dalam cite tarzen tu..)sekejap. Aku rindu gile nak wat semua tu tapi tak ketersampaian sebab kena pegi kenduri kawin anak pakcik aku.. Lepas balik dari rumah pakcik aku, aku kene pergi kenduri kawin satu lagi.. Ish~ ramai betol orang nak kawin sekarang ni.. sampai aku naik muak makan nasi minyak diorang.. tapi aku telan gak nasi minyak tu sebab bak kata pepatah orang dulu-dulu, "rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari"...heheheh (^ _ ^)

Di sebabkan kenduri kawin yang belambak-lambak tu, aku tak dapat nak pegi memancing, mendekatkan diri dengan segala fauna yang ada kat kampung tu...

k la, aku nak out dulu sebab de yang mengganggu...
SAYONARA.....