Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Sabtu, 16 Julai 2011

Karnival Sukan, Kesenian dan Keusahawanan SMKAJ 2011


(Kan best kalau Tim ada sekali)

Salam...

Hari ini merupakan hari sabtu dan hari Karnival Sukan, Kesenian dan Keusahawanan SMKAJ buat tahun 2011. Aku merupakan salah seorang peserta mambeli belah pada hari ini. Jumlah duit yang telah aku belanjakan pada hari ini ialah RM3.80. Jumlahnya bertambah 80sen daripada jumlah duit belanja aku pada setiap hari. Ini bermakna, aku cuma mendapat RM 3.00 sebagai duit belanja aku di sekolah. Kadang-kadang, kalau aku rajin, aku simpan duit tu, kalau tak rajin, aku berbelanja la di koprasi sekolah.

Kenapa aku tak makan di kantin sekolah je?
Aku tak nak cerita la. Biarlah para pelajar yang pernah bersekolah di SMKAJ sahaja yang tahu al-kisahnya....

Sesungguhnya, hari ini hari yang menyeronokkan. Aku tengok persembahan kat dewan yang macam bengong-bengong je.. Jadi bahan gelak orang je la korang ni. Sudah-sudah!! kalau tak buat preparetion elok-elok, tak payah la buat persembahan...

After bosan tengok persembahan entah apa-apa tu, aku pergi ikut kak Ros dan Faz pergi padang. Tugas mereka pada hari ini ialah menjadi medic kepada mereka-mereka yang mengalami kecederaan semasa bersukan.

Selepas itu, aku bosan. Aku saiko Faz supaya follow aku tengok tayangan video kat Gigabyte. Tapi cerita tu punya la membosankan. Aku siap menguap tak cover langsung. Tengah usha video kat depan tu, sekali masalah teknikal pulak.... Aku dengan Faz pun cau cincau la.

Next, aku sambung membeli-belah. Makan ais krim kat gerai Hanini. Kira, hari ni hari untuk makan benda bukan-bukan la. Sudah kenyang makan bukan-bukan, aku terdengar suara orang berkata "Faz lapar lagi la..." Hanini pula menyahut, "Nini pun lapar lagi uh.". Pelik la budak-budak ni. Badan cekeding, tapi makan mengalahkan aku. Ish ish ish ish....

Dalam sedang berseronok, aku terkenang sahabat ku, Tim... Alangkah indahnya andai jika dia dapat bersama kami bertiga pada hari ini.. Rindu pada dia sangat membebankan aku.

Nini cakap kat aku, tadi dia ada dengar seseorang telah menujukan lagu buat Tim.. Ucapan budak tu ialah "Tim..,,semoga cepat sembuh.....". Bila aku dengar Nini cakap macam tu, aku jadi tergamam. Aku pun ada terfikir nak tuju lagu untuk Tim, tapi.......

Memandangkan Tim berkawan rapat dengan Faz, kadang-kadang aku boleh tersasul nak sebut nama orang. Aku terpanggil Faz, "Tim"... Semua yang dengar jadi terdiam.. Haih! teruknya penangan rindu aku terhadap dia.. Faz mesti sedih... sorry Faz... Syahira tak sengaja...
Syahira rindu kat Tim..
Kalau la Tim dapat ingat semula, mesti best kan....

Tiada ulasan: