Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Ahad, 28 Ogos 2011

Selamat HAri Raya

Selamat Hari Raya..... (^_^)

Di kesempatan ini, Syahira ingin memohon ampun dan maaf dari mata ke hati. (sebab korang membaca guna mata, hati yang menilai kan....) Macam mana dengan persediaan raya kamu semua??? Mesti over kan??? Tahun ni, aku serba serdahana je.. Tak boleh nak over sangat.. Takut lupa pula lepas raya ni nak trial SPM.

Memang agak cuak dan scary.... Ye la, keputusan trial ni la yang menentukan sama ada aku layak atau tidak untuk menyertai HARI GRADUASI SMKAJ 2011. Aku nak menjadi salah seorang daripada peserta yang akan mendapat sijil di atas pentas tu nanti...

Aku harap, aku dapat stabilkan perasaan ni sebelum berjuang untuk trial SPM. Kalau boleh, nak je buang perasaan ni jauh-jauh. Serabut tahu!!!!!!

Please doakan kejayaan aku untuk trial yang semakin dekat ni, untuk gerak gempur yang bakal menyusul kemudian, dan untuk SPM yang menentukan masa depan aku.....
Assalamualaikum semua...

Hari ni masuk hari ke-28 kita sebagai umat Islam berpuasa. Alhamdulillah... Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk merebut peluang beribadah kepada Allah s.w.t. pada Ramadhan kali ini.. Alhamdulillah juga kerana Allah telah memberi keistimewaan kepada aku pada bulan Ramadhan ini.

Aku tahu, apa yang terjadi ada kaitan dengan dugaan yang datang dalam pelbagai bentuk tu. Bila difikirkan, memang rasa tak tertanggung. Rasa sebak, terseksa dan sebagainya. Tapi satu-satu ubat yang aku temui untuk mengatasi segala perasaan ini hanyalah dengan beribadat kepada Allah. Itulah satu-satunya ubat yang paling mujarab yang mampu mengubat segala penyakit yang berpunca dari hati. Dan dengan bersolat, hati aku mendapat ketenangan yang selama ini aku inginkan.

Kenapalah baru sekarang aku menyedarinya....

**********

Di suatu petang Jumaat yang penuh keberkatan. Kepulangannya sentiasa ku nanti....

Dia datang tanpa aku duga, tanpa aku pinta. Harapan aku menjadi kenyataan apabila dia muncul dihadapan ku. Perasaan aku betul-betul tak tentu arah. Simptom-simptom lama datang menyerang. Huhuhuhu...

Aku melihatnya dari jauh. Sekalipun dia tidak menoleh ke sini... Aku tersentap. Tidak ingatkah dia padaku?? Aku cuba menahan hati dari jatuh tersungkur.. Hati aku seolah berbisik, "pergi dari sini Syahira...." Aku menurut kata hati. Aku pergi dari terus memandang dia. Di suatu sudut, tidak jauh dari dia dan Hanini, aku duduk memandang kehadapan, berdialog dengan diri. "Layakkah aku untuk menanam impian itu???" Aku tertunduk, mengakui aku tak layak menanam impian itu.

Petang itu, hujan air mata turun lagi kerana dia.

Berhentilah Syahira dari terus menanam impian itu..
Berhentilah dari terus menyiksa perasaan itu..

Tapi....
MAMPUKAH AKU??????

Jujur, aku tak mampu.....

Selasa, 23 Ogos 2011

SPM (....dan sebagainya....)

Assalamualaikum semua....

Hari ni Kak Syera ingin bercerita pasal SPM. Amacam kepada candidates SPM 2011 tahun ni, dah ready sangat ke?? Ha?? Kak Syera dah ready ke belum??? Mesti la BELUM SEPENUHNYA... huhuhu.. Ape la Kak Syera ni. Cakap macam dah ready sangat je. hehehe... Sorry la adik-adik semua. Hidup mesti kena happy. Jangan sedih-sedih selalu. Bosan tau.

Ok! Sebelum terpesong jauh ke kancah gosip dan sebagainya, lebih baik Kak Syera kembali ke topik utama kita tadi. SPM, yang Kak Syera gelar sebagai SIJIL PANGGILAN MAUT yang menanti semua student form 5 this year. Apa la yang Kak Syera nak cakap sangat ni kan... Ni ha, nak bagi kome semua baca jadual SPM yang bakal bermula pada 14 November 2011..

Kak Syera macam dengar kome kata, "Boleh x amik Spm tahun depan je? Saya tak ready lagi la..." Hahahaha... Cuba adik-adik masuk balik dalam perut mak adik-adik tu, lepas tu adik-adik keluar tahun depan je. Boleh tak???? Cepat la cuba... Boleh tak???

"TAK BOLEH KAK SYERA...."
"Haha.. Reti pun kome.. Sama la juga. Mana boleh sesedap rasa kome je nak amik tahun depan tanpa sebarang alasan yang munasabah"

Pengecualian diberikan kepada mereka yang ada sebab-sebab yang munasabah sahaja.

" Takda-takda, mana ada munaserawak. Selambe badak korang je an.."

Lain la kalau adik-adik semua menerima nasib yang sama seperti kawan Kak Syera (Fatimah). Does yang tertanya-tanya siapa Fatimah tu, Boleh la buka...

Semoga Kau Tabah Menghadapi Dugaan Ini
Semoga Kau Tabah Menghadapi Dugaan Ini (Part 2)
Semoga Kau Tabah Menghadapi Dugaan Ini (Part 3)
Semoga Kau Tabah Menghadapi Dugaan Ini (part 4)

Sebenarnya, Kak Syera nak bagi jadual SPM 2011 je... Hehehehe... Punya la panjang mukadimah dia. Alih-alih cuma nak cakap pasal jadual je. CIS!!!

Untuk maklumat lanjut, silalah KLIK DI SINI....

Belajar rajin-rajin ye adik-adik semua...
Good Luck SPM yup.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Dia Datang Tanpa Mengira Masa

Berharap agar dapat duduk di awan yang indah dan melupakan segala kepahitan.
Zaman kanak-kanak ku sentiasa membayangkan awan adalah seperti gula-gula kapas yang lembut.
Tapi hakikatnya, awan adalah air yang tersejat ke udara...

Salam...

Betul... Dia datang tanpa mengira masa. Sedih, suka, duka silih berganti. Aku harap sangat aku dapat hadapi semuanya dengan tabah.

Aku terpikir, apa salah aku kepadanya? Kenapa dia mendiamkan diri bila aku cuba bercakap dengannya? Kenapa dia memalingkan wajahnya bila aku memandangnya? Besar sangatkah dosa aku terhadapnya sehingga dia memperlakukan sebegini rupa? Ya Allah... Aku tak sekuat itu untuk menghadapi dugaan ini.

Semalam, aku menitiskan air mata lagi. Kerana dia aku jadi begini. Kerana dia, jiwa aku tidak tenang. Kerana dia, hidup aku diselubungi kesedihan. Aku telah menitiskan air mata lagi semasa dalam perjalanan ke sekolah, setelah pagi itu, aku mengadu kesedihan ku kepada Yang Maha Kuasa.

Sebak di hati tak dapat di tahan apabila Nini bercerita dan bertanya perkara yang berkaitan dengan dia. Tengah hari itu Nini cakap kepada ku, "Syera! Aku tampar kau karang." Aku tidak mengendahkan kata-katanya. Aku cuma berdia diri dan memujuk hati ku untuk terus tabah menghadapi dugaan di bulan Ramadhan ini..

Maaf, bukan niat ku untuk membuka cerita ini. Cuma, aku akan merasa tenang sekiranya dapat meluahkan segalanya di sini...

Maaf....

Rabu, 17 Ogos 2011

Kenapa Mesti Ada yang Mempertikaikan???

Salam

Alhamdulillah.. Since Tim dah boleh pergi sekolah ni,, yup!! Dah dua hari dia pergi sekolah.. Huhu,, seronok betol aku.. Ye la, kawan tersayang dah boleh datang sekolah, so, x la rindu sangat kat dia lepas ni. Cuma dia masih belum cukup kuat untuk menulis dan memahami apa yang di ajar oleh guru-guru.. Tapi dia tetap kuatkan semangat untuk mengingatkan semula apa yang pernah dia belajar sebelum ni.

Semalam nini ngadu kat aku, Encik A mempertikaikan persahabatan kami(aku dan nini) dengan Fatimah. Kenapa? Aku pun pelik. Aku tau, Tim tu dulu memang agak sosial sikit. Tapi kenapa korang nak ungkit cerita lama? Bagi la peluang kat Tim nak berubah. Korang sebagai seorang kawan seharusnya mendoakan dia agar cepat sembuh. Agar dia dapat kembali seperti dulu.

Encik Mee pun sama. Dia boleh tanya kenapa Nini Menangis time melawat Tim di rumah. Tak ke sengal namanya tu? Hello, siapa je yang dapat menahan kesedihan bila melihat kawan rapat dia jadi macam tu. Duduk di atas kerusi dan memandang korang tanpa ada reaksi yang di pamerkan. Haih! Hati batukah anda bila melihat sahabat anda memandang ke arah anda tampa riak pada wajahnya? Nasib la Encik mee tak tanya aku kenapa menangis gak time tu. Kalau tanya, memang nak kene ceramah dengan aku la tu...

Anyway, hope korang terus mendoakan Tim agar dapat pulih sepenuhnya. Sekarang ni, pergerakan Tim agak terbatas. Walaupun dia dah dapat berjalan, tapi pergerakan dia tak selancar kami yang sihat ni. Dia cuma berjalan dengan langkah yang sedikit. Dia berjalan pun mesti berteman. Takut jatuh di tengah jalan pulak. Satu hal nak jawab ngn ayah dia. Karang, dia dah tak dapat nak dapat sekolah sebab takda orang nak tolong dia jalan. Time kami menulis, dia nak try menulis gak. Tapi tangan dia belum cukup kuat untuk menulis.

Aku sebagai kawan hanya mampu mendoakan dia agar cepat sembuh. Biar boleh jalan laju-laju, berlari, cakap kuat-kuat, menulis, menghafal dan memahami dengan mudah apa yang dia belajar.

Silalah mendoakan kawan aku ni.... Aku rindukan dia yang dulu.....

Sabtu, 13 Ogos 2011

Pasal J lagi.....

Dah tajuk pun pasal J, means, bad news or good??
In the middle kot...

Semalam aku g tuishen ngn mek nini. Macam biasa la, setiap hari jumaat, kami ada masa terluang selama sejam. Jadi, taman permainan la tempat kami menghabiskan masa bersama-sama. Biasanya kalau hari jumaat, kucai akan datang jumpa nini if dia blum balik UTeM. So, ternyata memang dia belum balik lagi.. Jadi, mereka bertemu untuk menyelesaikan masalah yang sememangnya berpunca dari Kucai.

Jujur la, kalau diberi peluang, nak je aku tinju-tinju Kucai tu.. Suka sangat sakitkan hati Nini. Dia ingat Nini tu patung ke ape? Nak berkawan dengan gurl lain tu kawan je la. Yang sampai gurl tu nak sindir-sindir nini, nak serang nini tu nak buat ape? Aku tak paham betul la ngn gurl2 ni. Kucai tu dah lama couple ngn nini since dia belum pergi UTeM lagi PAHAM X???? Yang tibe-tibe kau orang cakap nini bukan-bukan kenapa? Apa salah kawan aku tu? Dia tak pernah larang Kucai nak berkawan dengan perempuan mana sekali pun. Tapi Kucai, kau kene ingat, kau dah ada siapa? Ni tak, berkawan melampau-lampau. Kau pikir kawan aku tu takda perasaan ke????????? Huh! Mencik kau tahu tak!!!
Sakitkan hati kawan aku nape ha pakcik?????

Ok, after nini sudah habis menyelesaikan masalah mereka, Dia pun naik ke pusat tuishen. Than aku pandang je la dia. Muka macam de masalah je.. Aku tnye dia kenapa??? Dia dok sengih-sengih ngn aku lak... Haih! Tanye punya tnya, than dia ckp, dia ada nk bg tau something pasal J. DUSH!!! Apa lagi lepas ni???

Aku tnye nini, gurl yg dia bwk kluar tu btol awek dia ke? (hati dah agak tenang sikit time tu...) Dia macam berat hati nak bg tau aku. Takut aku sedih lagi macam hari tu kot.. Tapi aku yakin kan dia yang aku takkan sedih, takkan nangis.. Tibe2 dia ckp, aku bg tau ko lepas SPM la...

Agak lama aku mendesak dia, akhirnya berjaya... Dia cakap, masa J keluar g MID ngn gurl tu, gurl tu tarik tngn J... Kepala otak aku time tu dok pikir, Kenapa MID???? Kenapa tarik tngn J??? Kenapa????? Adakah orang tengah ramai time tu???

Kucai yg dok tengok depa dr belakang la yg bg tau nini.. Tp seriously, aku agak jeles skit la.. Pasal diorang pegang-pegang tangan... Wargh!!!!!! Tu J aku la... Sape bg kau pegang tangan J ha???????

Than nini cakap, kau couple je la ngn adik J tu... ...???... TAKNAK!!!
J dh tak suci... COP!!! aku pelik. Pegang tangan je kan? tak buat pape kan??? tp itu la pndpt nini...

Bg aku la, KUCING TAKKAN MENOLAK IKAN... As a gurl, kita kena la jaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan kan?? Kalau lelaki tu betul-betul sayangkan gurl tu dan hormat ngn gurl tu, Walau macam mana pun dugaan yg datang, dia tetap dengan pndirian dia untuk tidak melebihi batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan. Lagi pun, kalau gurl tu tak mula dulu, xkan J nak start dulu an??? Ye la, time dia jalan sebelah aku kat Mid dulu, dia xda pun wat perangai even kami jalan betul2 rapat and duduk sit couple lg time g tngok wyng hri tu. Takde ye... takde!!!

Does yang terasa ke...,, Sorry ok.. Ni pendapat aku..

Lepas macam-macam yang aku dengar pasal J, aku tak tau npe aku still harapkan dia...

p/s : J, cuba bace lirik lagu CT-Bertapa ku cinta padamu. Jiwang tak??? hahahahaha

Rabu, 10 Ogos 2011

Huru-hara.....

nak cer ni...

tp x tau nk cer cm ne..

perasaan aku btol-btol tgh huru hara ni...

huhuhu....


ok, semuanya bermula gara-gara seseorang yg bergelar Mr.J. Di sebabkan aku tersuka kat dia, aku jadi macam ni. Sabtu lepas, nini kata, J pergi jalan-jalan dengan gurl lain tapi di temani oleh kucai. Bila kucai tanya siapa gurl tu, J cakap, kawan je.

Kalau kawan, kenapa bawak dia keluar jalan-jalan? huuuuu... sdy ni... Gara-gara berita tersebut, Terawih aku pada malam itu dah tak khusyuk. OMG! Besarnya penangan J ni dalam hidup aku.. Sedangkan kami takda apa-apa hubungan. Aku boleh sampai menangis dalam solat sebab terfikirkan dia. Apa ni syahira???? Takkan sampai macam tu sekali??? Itu lah hakikatnya..

Kerana dia, jiwa aku tak tenang sampai hari ini.. Semalam nini cuba nak pujuk perasaan aku sebab every time nini sebut nama J depan aku, mesti aku suruh dia diam. Jangan sebut nama J depan aku.. Tapi dia nak cakap gak. Aku pun dengar je la sambil hati tengah huru hara macam di serang tornado ni...
(ada kaitan x? adakan je la....)

Tapi semalam juga nini de bagi tau something yang membuatkan fikiran aku keliru.. Pasal J juga la.. Haish! Nini cakap, J xnak ganggu aku study.. Dia nak aku focus on my study.. Dia xnak ganggu aku.. Ternyata, nini x tipu coz aku boleh detect kalau nini cuba nk kelentong aku..

Persoalannya sekarang, kenapa dia cakap macam tu kat kucai? Kenapa kucai larang nini bagi tau aku hal ni? Sebab nak pujuk perasaan aku, nini bukak rahsia.. Tapi, kenapa J cakap macam tu? Dia ada perasaan yang sama macam aku ke? Tau x, lagi la aku tak berhenti berharap kat dia bila tau hal ni.. Sebab gaya dia macam.... Haih!(mengeluh lagi) tolong la J, kalau kau tau atau terbaca blog aku ni, tolong bagi jawapan untuk soalan-soalan aku ni. Please...................



Sekian..
Perasaan masih huru-hara ni....

p/s : aku x skolah hri ni coz kne g klinik nak cek darah.... hehehe

Waktu datin mengajar......

(byngkn la kalau Datin ajar math....hehehe)

bla bala bla bla bla...

malas aku nk ingat pe datin ckp coz tim tu tgh buat karangan surat menyurat. Tiba2 aku plik, mse blom time, knpe Datin keluar kelas awal? Ini sangat menakjubkan. Hahahaha....

Tiba2, Muthaszir yg tengah melepak kt berandar jerit, "weh, Fatimah datang sekolah!!! Cepat2.." semua pelajar 5 Bestari lari meninggalkn kelas dan menuju ke beranda. semua jerit, "Fatimah" depa bye2 Fatimah. Tim balas..... Hehehe, suka2... Tp kesian tengok Tim jalan... Dia langkah sikit2.. Ala2 jalan macam robot gitu.. Xpe, tggu dia naik atas. Mesti susah dia nak naik tngga pergi ke kelas di tingkat 3 ni.. Nasib baik ayah dia teman dia.. Eh, mcm Datin je.. "Weh, Datin...." semua macam anak kambing masuk kndang.. Kelam kabut masuk kelas balik.. hahahaha..

Kami smbung belajr mcm biasa balik. datin tersalah tengok jam la... hehehe, kesian... Nasib baik aku dh siap kerja mengarang awal2 lagi, so skrng ni aku tengah dok usha pintu belakang. Tunggu kedatangan Tim.. Sampai je Tim di tingkat 3, semua mcm nak keluar kelas, nk g serbu Tim. Tapi di sebabkan Tim ada dalam kelas, kami tggu je la sampai Tim masuk kelas.. Meor ngn muthaszir ni mcm x pernah tengok Tim je.. Mereka la antara org yg terawal mnyerbu Tim. Bnyk mulut cm puan2 lak tu... Aku pn x bnyk tnye kat Tim.

Tim kte dia g jmpa guru besar, n ckg2 lain.. Datin nampak perihatin dengan Tim. Siapa sbenarnya dia ni? X phm aku... Datin bg bnyk nsiht kat Tim. Ye la, Datin pn pernah accident gak sblom ni. So, dia berpengalaman la dalam bab2 mcm Tim nih...

Kami(act, Faz. kami jdi follower kt belakang tu) pimpin Tim turun tangga coz nk g makmal Fizik. Macam rombongan mak kiah coz Tim jalan slow, so, ramai la tersekat kat belakang dia. Semua kelas dok usha kami jalan lembab. hehehe...

kat bawah, Tim jumpa Ckg Wan n Ckg Sajali. Alhmdulillah, Tim ingat semua cikgu. dia ingat kat mana tempat yg dia selalu duduk time kt makmal fizik. kuat juga ingatan dia kan.. cuma nak tunggu loading je lmbt.. hehehe, x senonoh pnye mmbr.. Tp btol ape aku kte, dia dok terkebil kebil dulu, bru dia dpat ingat. Takpe, nnt lme2 ok la tu....

Tp Tim tak lma kat skolah. ye la, hari jumaatkan, mesti la ayah dia bersiap nak g sembahyang jumaat...
Bye tim.... Take care..(akhirnya, Tim berjaya di saiko oleh kami semalam...hehehehe)

Khamis, 4.8.2011 (Bersama Tim di rumah)

Hehehehe..

very2 happy right now. Tim semakin pulih. tp belum spnuhnya la.. but it's ok.. take your time ok Fatimah.

Tadi aku g rumah Tim lepas sekolah. konvoi dgn budk2 kelas. Haih, mmg kecoh gler bdk2 kelas aku nih. sementara aku n hanini tggu mereka yg menaiki bas smpai ke taman perumahan Tim, aku dok berbial dgn nini atas moto. Tiba2, dgr suara seseorg.. Suara fiqah maha kuat. muka blom nmpk, suara dh dngr.. Sangat2 la kecoh mreka ini.. hehe.. Tapi xpe, aku suka..

Mai buat giler. dh gian sngt nak naik moto ngn aku smpai aku terpksa bwk 2 pnumpng. Means, 1 moto telah di naiki oleh 3 org gurl.. nauzubillah... nasib la xde mamat hensem nmpk ke.. klau x, segan gler kot.. See, budk2 kls aku mmg kecoh2 belaka...

Setibanya di rmh Tim, rumah dia nmpk mcm xda orng. tp dh alang2 dh smpaikn, bg je la salam.. Mne la tau, ada orang kat dalam.. 3 kali beri salam, aku rse mcm nk cau je.. mne la tau, Tim xda kat rumah ke.. Rse cm sia2 lak datang rumah Tim. Skali dh kcoh2 nk blik, tiba2 pintu terbuka. Hehe, mak dia bukak. Tim ada kat rumah la..

Ape lagi kami, mmg cm org jakun skit la.. Act kerinduan yg teramat sangat kat Tim.. Smua sbuk nak tnye Tim "kau ingat aku x?" "Kau kenal aku x" bla bla bla bla... bnyk gler soaln Tim kene jwb.. hehehe, mesti dia penat kn... sian dia...

Kami buat rumah tim tu mcm rumh sndiri lak. Lagi2 tengok gelagak Mai dan Nini berdebik2 sebab nk dengar suara mamat korea kt phon.. siap berguling2 lagi tu. Maha dahsyat btol la bdk2 ni pnye perangai..

Tim gelak je tengok diorang. Ye! Tim dah boleh gelak. Tapi dia gelak btol2 menakutkan la.. Bila aku ckp cm tu kt dia, lg dia gelak mcm tu.. Aiyoo.... Kami saiko Tim suruh g skolah bsok= hari jumaat. Tapi tak tau la dia dtg ke tak. Kalau dia ingat, dia dtg kot....

Harap2 dia ingat la...

Selasa, 2 Ogos 2011

Sakit Hati


Sakit hati
Rasa nak maki-maki
Memang kurang ajar betol la
Berapa kali lagi kau nak buat macam ni?
Kenapa aku yang kau pilih sebagai mangsa?

Bila aku luahkan perasaan ni, aku juga yang di persalahkan.
Salah aku lagi?
Kenapa aku yang salah?
Kenapa orang yang buat aku sakit hati sampai rasa nak maki-maki yang tak dipersalahkan?
Besar sangat ke kesalahan aku berbandiang orang tu?

Kenapa takda orang yang paham aku?
Bagi tahu orang penting pun dalam hidup aku pun, aku juga yang dipersalahkan.
Kenapa tak amik pisau je kalau nak sakitkan hati aku?
amik pisau tu, kau tiakam-tikam hati aku sampai aku mati.
Senang!
Takda la aku rasa sakit hati lepas tu.
Takda la aku rasa naka maki-maki kau lepas tu.
DAn aku pun tak di persalahkan walaupun kau yang buat salah.

Jangan lupa, kalau nak buat aku sakit hati, terus amik pisau.
Jumpa aku.
Tikam-tikam hati aku ni.
Baru kau puas hati.

Isnin, 1 Ogos 2011

Erkk, emmmm..........

Salam

Akhirnya, laptop yang disayangi dan dirindui kembali beroprasi seperti sedia kala. Kau tau tak lappy(laptop), since kau masuk wad, hari-hari aku rindu kat kau tak. Macam tak sah hidup ni kalau tak nampak muka kau. Anyway thank you sebab cepat sembuh.

********

Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh negara. Hari ni merupakan 1 Ramadhan. Hari seluruh umat islam berpuasa. Harap, anda semua tak mengamalkan puasa yangyok la ye... Selamat berpuasa semua...

*******

Tim, sorry coz tak dapat jenguk kaw hari ni. Adik aku rembat moto sampai tak ingat dunia. Tadi dia balik, mak aku ajak dia pegi terapi kat taman sebelah. Nanti pukul 4 petang, aku dah nak kene pegi tuishen. Tim, Hari ni hari pertama puasa, Kau puasa tak? Hehehehehe... Takpe, if kau tak larat nak puasa, tapi next year, kau jangan lupa ganti puasa lak ye... Tim, i'm really really miss you so much.. Thank you sebab replay mesej aku. Even ayat kau tunggang langgang, tapi aku still paham. Kau tahu tak, mesej-mesej kau tu semuanya sangat bermakna pada aku. Ni semua sebab dah dekat sebulan kau tak datang sekolah. aku rindu sangat kau kau. Nanti cepat sembuh tau. Boleh la belajar sama-sama lagi.

*******

ok, now aq nk cincau. Sat gi nak gi tuishen. Hadeh, bila la aku nak stop bzy gler2 ni.

Rabu, 27 Julai 2011

Aku Rasa Macam-macam

Salam

Hari ni cuaca agak mendung dan Pusat Akses di mana tempat aku up date blog ni dah nak tutup tepat pada pukul 4.30 p.m. Now, dah pukul 4.21 p.m. Aku berada di sekolah. Bila nak balik ni weh????????

Semakin dekat aku dengan SPM, semakin banyak dugaan yang harus aku tempuhi. Jujur, aku tak sekuat itu. Tapi Tuhan maha mengetahui segalanya. Dia tahu, sekuat mana dan setabah mana aku untuk menempuhi semua dugaannya. Bukan niat untuk mengeluh, cuma aku rasa lega bila dah luahkan segala yang terbuku di hati.

Hidup tak selalunya indah. Begitu jugalah kehidupan aku. Kadang kala, hanya tangisan yang mampu melegakan hati aku. Sahabat yang memahami. Ada beberapa perkara yang aku tak mampu beritahu korang. Bukan sebab tak mahu berkongsi. Tapi aku rasa, masalah itu tak sesuai nak di ceritakan dan aku tak mahu membebankan korang dengan masalah aku. Tapi aku bersyukur. Sekurang-kurangnya, aku mampu melupakan segala masalah bila berhadapan dengan korang.

Aku suka tengok orang ketawa. Aku suka tengok kawan aku gembira. Dan aku turut merasa kesedihan itu bila melihat korang sedih. Hanini, aku tahu kau berhadapan dengan masalah besar. Aku tahu itu meskipun kau tak pernah nak luahkan masalah tu kat aku. Kan aku pernah cakap, air muka kau senang di baca. Aku tahu, di sebalik senyuman itu, ada satu masalh yang sedang kau sembunyikan. Tapi siapalah aku untuk mengetahuinya. Aku tahu masalh itu tidak sesuai untuk dikongsi bersama aku. Cuma aku mampu doakan semoga kau terus tabah menghadapi semuanya.

Tim, aku bangga kerana ada kawan macam kau. Kau seorang yang kuat semangat. Kemalangan itu bukan la punca untuk kau berputus asa. Aku tahu itu. Sekarang, kau semakin pulih. Biarlah mengambil masa selama mana pun, as long kau tetap bersama aku dan yang lain meneruskan perjuangan. Tim, kuatkan semangat ok. Usaha tangga kejayaan. Biarpun agak susah untuk mengembalikan semula kesemua ingatan kau, tapi aku tahu, kau sekarang ni sedang berjuang. Tim, teruskan perjuangan ok.

I’m sorry for the one that i can’t mention his name. I can’t accept u as my lover. Aku sedang tunggu seseorang. Orang tu adalah abang kau sendiri. Biarlah orang lain kata ‘aku menunggu bulan jatuh keriba’, asalkan aku sedia menanti dia. Aku bukan berniat untuk mempermainkan kau. Dari awal kau kata cinta, aku sudah menolak cinta itu. Sejak aku kenali kau, aku hanya menganggap kau sebagai kawan aku. Aku tak boleh terima kau lebih dari itu. Kau kawan aku. Maaf.

Kepada orang yang aku gelar sebagai MR.J, aku tetap menunggu kau. Penantian aku ini akan terhanti apabila kau akan menjadi hak orang lain atau aku sudah menemui seseorang yang mampu membuatkan aku melupakan kau. Tapi, buat masa sekarang ni, hanya kau yang ada di hati aku. Aku berani menyukai kau. Tapi aku tak berani menyintai kau. Kerana menyintai tak bermakna memiliki. Kalau saat kau menjadi hak orang lain, pada saat itu jugalah kenangan antara kau dan aku, akan ku simpan dalam lipatan sejarah hidup aku. Kau salah satu inspirasi aku. Kau la penguat untuk aku terus mengejar kejayaan. Agar aku mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kau.

Aku tahu, bagi orang lain, penantian aku ni adalah sia-sia. Tak guna aku menanti tapi aku tak berusaha. Aku tahu itu, tapi tak salah bukan kalau aku tetap dengan keputusan aku untuk terus menanti dia? Biarlah aku terus menanti dia kerana Allah sentiasa memahami hambanya. Apa yang aku mampu buat masa ini ialah terus berdoa agar Allah mendengar dan memakbulkan permintaanku. Kalau dia bukan untuk aku, temukanlah aku dengan seseorang yang mampu membuatkan aku lupa dengan semua peristiwa dan kenangan yang tercipta semasa di MID.

Beberapa bulan je lagi SPM akan tiba. Persedian aku masih belum sepenuhnya. Tapi aku sangat yakin untuk menjawab soalan matematik. Insyaallah, A+ untuk subjek itu berada dalam genggaman. Seminggu selepas raya bersamaan 6 september 2011, bermulalah peperiksaan percubaan SPM. Insyaallah, aku akan berusaha untuk tingkatkan prestasi aku dalam matapelajaran yang agak teruk tu. Aku ingin mencipta sejarah dalam keluarga. Semoga aku mampu memperoleh 10A+ dalam SPM nanti.

Aku syang family aku, kawan-kawan aku, dan MR.J*********.

Always smile 4 hiding your problem.

Isnin, 18 Julai 2011

Semoga Kau Tabah Mengahadapi Dugaan Ini (Part 4)

Salam...

Alhmadulillah.. Kini Tim sudah berada di rumah.. Aku baru je balik dari rumah Tim.. Keadaan dia tetap macam tu.. Cuma dia dah boleh bagi respond dengan penerangan kami ni. Muka dia berkerut-kerut nak terima apa yang kami cakap kat dia. Cuma dia belum mula bercakap je.

Nampaknya, dia ada potensi untuk pulih semula. Cuma akan mengambil masa yang lama. Takpalah, asalkan dia dapat ingat kami semula. Seriously, perangai dia berubah serta-merta macam orang baru dilahirkan semula.

Hari ni aku tengok Faz tenang je.. Aku pulak mata yang berair.. Nini pun sama.. Kami tak mampu nak tahan perasaan melihat Tim macam tu. Faz, aku tahu, malam ni kau akan menangis sebab terkenangkan Tim.. Aku pun... Tapi hidup mesti di teruskan kan???

Tadi Jumaidi, BF Tim, bawak coki-coki. kami berusaha nak bagi dia makan juga. Ada la sikit coklat tu di sapu pada mulut Tim. Mudah-mudahan dia mampu ingat sikit-sikit. Aku sudah mampu menahan sebab apabila Tim mampu menelan air yang kami letak dalam mulut dia. Tapi sikit je dia minum..

Takpa la Tim..
Asalkan Tim terus beransur-ansur sihat..
Syahira sentiasa menunggu kepulangan Tim yang dulu..
Tim, cepat sembuh tau...
Dengar cakap Syahira ni...

Sabtu, 16 Julai 2011

Karnival Sukan, Kesenian dan Keusahawanan SMKAJ 2011


(Kan best kalau Tim ada sekali)

Salam...

Hari ini merupakan hari sabtu dan hari Karnival Sukan, Kesenian dan Keusahawanan SMKAJ buat tahun 2011. Aku merupakan salah seorang peserta mambeli belah pada hari ini. Jumlah duit yang telah aku belanjakan pada hari ini ialah RM3.80. Jumlahnya bertambah 80sen daripada jumlah duit belanja aku pada setiap hari. Ini bermakna, aku cuma mendapat RM 3.00 sebagai duit belanja aku di sekolah. Kadang-kadang, kalau aku rajin, aku simpan duit tu, kalau tak rajin, aku berbelanja la di koprasi sekolah.

Kenapa aku tak makan di kantin sekolah je?
Aku tak nak cerita la. Biarlah para pelajar yang pernah bersekolah di SMKAJ sahaja yang tahu al-kisahnya....

Sesungguhnya, hari ini hari yang menyeronokkan. Aku tengok persembahan kat dewan yang macam bengong-bengong je.. Jadi bahan gelak orang je la korang ni. Sudah-sudah!! kalau tak buat preparetion elok-elok, tak payah la buat persembahan...

After bosan tengok persembahan entah apa-apa tu, aku pergi ikut kak Ros dan Faz pergi padang. Tugas mereka pada hari ini ialah menjadi medic kepada mereka-mereka yang mengalami kecederaan semasa bersukan.

Selepas itu, aku bosan. Aku saiko Faz supaya follow aku tengok tayangan video kat Gigabyte. Tapi cerita tu punya la membosankan. Aku siap menguap tak cover langsung. Tengah usha video kat depan tu, sekali masalah teknikal pulak.... Aku dengan Faz pun cau cincau la.

Next, aku sambung membeli-belah. Makan ais krim kat gerai Hanini. Kira, hari ni hari untuk makan benda bukan-bukan la. Sudah kenyang makan bukan-bukan, aku terdengar suara orang berkata "Faz lapar lagi la..." Hanini pula menyahut, "Nini pun lapar lagi uh.". Pelik la budak-budak ni. Badan cekeding, tapi makan mengalahkan aku. Ish ish ish ish....

Dalam sedang berseronok, aku terkenang sahabat ku, Tim... Alangkah indahnya andai jika dia dapat bersama kami bertiga pada hari ini.. Rindu pada dia sangat membebankan aku.

Nini cakap kat aku, tadi dia ada dengar seseorang telah menujukan lagu buat Tim.. Ucapan budak tu ialah "Tim..,,semoga cepat sembuh.....". Bila aku dengar Nini cakap macam tu, aku jadi tergamam. Aku pun ada terfikir nak tuju lagu untuk Tim, tapi.......

Memandangkan Tim berkawan rapat dengan Faz, kadang-kadang aku boleh tersasul nak sebut nama orang. Aku terpanggil Faz, "Tim"... Semua yang dengar jadi terdiam.. Haih! teruknya penangan rindu aku terhadap dia.. Faz mesti sedih... sorry Faz... Syahira tak sengaja...
Syahira rindu kat Tim..
Kalau la Tim dapat ingat semula, mesti best kan....

Jumaat, 15 Julai 2011

Semoga Kau Tabah Mengahadapi Dugaan Ini (Part 3)

Salam....

Petang tadi aku pergi tuishen, aku dapat satu cerita yang sangat-sangat menyedihkan tentang Tim. Nasib baik la aku tak hilang mood nak belajar.

Tim@Fatimah, sahabat ku itu, dia dah tak ingat kami langsung. Dia tak ingat pun tentang keluarga dia, sahabat dia, kekasih dia dan orang yang sentiasa menyayangi dia.

Faz, suadah mula mengalirkan air mata sejak mengetahui hal tersebut. Aku berharap sangat Faz mampu hadapi semua dugaan ini dengan tenang.

Aku turut berlinangan air mata kerana terkenangkan Tim, tapi apakan daya, walau aku menangis air mata darah sekalipun, nasi sudah menjadi bubur. Aku cuma mampu berdoa semoga Allah kembalikan ingatan Tim terhadap orang-orang di sekeliling dia.

Please...
Kita sama-sama berdoa semoga Tim dapat kembali seperti dulu........

Life must be go on.....

Salam..

Hidup mesti diteruskan meskipun berada dalam kesedihan. Semalam, Cikgu Rohasni telah memberikan tugasan berkumpulan mengikut kumpulan pembentangan ULBS. Tiba-tiba aku teringat Tim... Dulu, masa buat ULBS, aku satu group dengan Tim... Kini, aku tak dapat buat projek ni bersama dia...

Dah la semalam Faz dengan Hanini tak datang. Aku punya la sebak menahan kesedihan. Memang layan perasaan sorang-sorang la aku mase tu. Mereka ni pun..., tak nak datang sekali gus. Nasib la Mek Kelantan lagi sorang datang sekolah. Dapat la aku kawan.. Duduk sekolah pun takpa la. Asalkan aku tidak keseorangan semasa subjek BI.

Aku suka menyakat Faz. Aku buat semua ni pun bersebab. Aku tak nak dia bersedih sangat.. Biarlah aku melawak bangang-bangang pun asalkan Nini dan Faz tak terlalu sedih sangat...
Kini aku dan Nini sentiasa menemani Faz kemana sahaja dia pergi.. Aku tak nak dia rasa kesorangan. Tapi kadang-kadang, aku terlepas jugak cerita sedih-sedih ni dekat Faz. Faz pun dengan serta merta berubah riak muka. Haih!!! Aku pun cepat-cepat tukar topik.

Sorry Faz, syahira tak sengaja...
Mungkin syahira terlalu rindukan Tim...
Kita doakan dia sama-sama ok....

Semoga Kau Tabah Mengahadapi Dugaan Ini (Part 2)

Salam...

Syukur alhamdulillah... Tim sudah memberikan respon yang baik... Aku bersyukur sangat kerana dia Tim sudah menunjukkan tanda-tanda yang positif. Meskipun hanya menggerakkan tangan, bagi aku, itu satu keputusan yang sangat positif.

Aku dapat tahu dari sahabatku bahawa Tim akan di pindahkan ke wad biasa pada hari ini.. Alhamdulillah... Syukur kepada Allah kerana mendengar doa kami. Aku, Faz, Nini dan yang lain-lain pasti tak sabar menunggu dia kembali pulih seperti biasa. Aku rindu sangat nak bercakap dengan dia...

Sepanjang dia tidur, aku pasti dia mendengar suara kami dan mengetahui kehadiran kami. Aku yakin, dia mendengar suara kami. Kalau tidak, masakan dia mampu memberikan respon yang membuatkan kami betul-betul terkejut. Bila salah seorang dari sahabat kami memegang tangan dia dan bercakap dengannya, tiba-tiba tangan dia terangkat dan mata dia terbuka. Allahhuakbar... Hati aku benar-benar terkejut. Sesungguhnya allah maha besar. Dia mampu mendengar suara kami meskipun masa itu dia sedang tidur..

Sejak akhir-akhir ini, aku sering teringatkan dia. Kerinduanku terhadapnya telah menyebabkan air mata turun dengan derasnya... Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku pada saat ini. Harapan ku kini cuma satu, semoga dia cepat sembuh dan kembali meneruskan kehidupan bersama kami.

Tim, cepat la bangun... Nanti kita sambung buat study group lagi ok.....???
Kita belajar sama-sama. Buat muka pelik sama-sama sebab tak paham. Gelak sama-sama...
Aku rindukan saat-saat kita buat study group sama-sama tu....

Tim......
Semoga cepat sembuh....

Rabu, 13 Julai 2011

Semoga Kau Tabah Mengahadapi Dugaan Ini

(Iema... I miss U ....)

Salam..

Dalam meniti ranjau kehidupan ini, macam-macam dugaan yang akan kita tempuh. Dan yang paling terbaru, satu musibah yang agak berat telah menimpa sahabatku. Meskipun dia seorang yang agak nakal dan lebih bersosial berbanding kami, tapi aku tetap sayangkan dia. Sebagai seorang kawan, pasti ada satu ketika, lidah kita tergigit. Makan hati, tak senang dengan sikap seseorang dan macam-macam lagi la. Al-maklum sahaja lah, kita ni manusia yang sering melakukan kesilapan. Takde yang lebih sempurna selain pencipta kita.

Bagi sahabat ku yang kini berada di ICU Hospital Ampang, hanya doa yang mampu ku berikan. Semoga dikau tabah dalam menghadapi dugaan-NYA.

*********
Dia seorang gadis yang memiliki wajah yang manis dan semestinya di minati ramai. Memiliki hati yang mudah di bentuk tetapi agak mudah terpesong. Aku, sebagai seorang sahabat amat berharap dia dapat berubah. Menjadi seorang muslimah yang lebih sejati dan memiliki kehidupan yang diredhai Allah. Dia seoarang pelajar yang bijak, tetapi amat mudah terhanyut dalam arus pemodenan. Tetapi, takdir Allah, siapalah kita untuk mengubahnya...

Segalanya terjadi dalam sekelip mata. Dia terlantar di ICU. Dua hari sebelum kejadian tersebut, aku telah melakukan kesalahan terhadapnya. Kerana hasutan Syaitan, aku telah berdosa terhadapnya.

Keesokan harinya, hari teknik menjawab Agama Islam di sekolah ku. Dia menghadiri sesi teknik menjawab tersebut. Sayangnya, aku langsung tidak menegurnya. Egonya aku untuk mengakui kesalahan ku. Aku hanya memandangnya dari jauh dan berdoa agar dia memaafkan ku.

Malam tersebut, entah kenapa hati aku mendesak agar aku menghantar SMS kepadanya, tetapi entah kenapa ego aku tinggi sangat malam itu. Aku hanya bertanyakan khabarnya daripada seorang rakan karibnya. Jauh di sudut hati, aku sangat-sangat ingin memohon ampun dan maaf darinya.

Tapi semuanya tak mampu ku luahkan sehinggalah pada keesokan harinya, Faz memberitahu aku bahawa dia kemalangan bersamanya abangnya. Kini dia berada di wad ICU. Entah bila dia akan pulih seperti dulu. Hnaya Allah yang tahu. Aku hanya mampu berdoa agar dia kuat semangat untuk terus menghadapi ujian Allah ini.

*********
Pada hari isnin hari tu, aku ada melawat dia di wad ICU Ampang. Keadaannya benar-benar meruntun naluri aku. Tambah lagi, aku masuk ke bilik tersebut bersama Faz. Aku terpaksa menahan air mati daripada terus keluar demi memberi kekuatan kepada Faz. Di dalam wad, aku x banyak bercakap. Aku hanya membiarkan Faz bercakap dengan dia. Hati aku menjadi sangat hiba apabila mendengar Faz menyuruh Dia bangun dari tidurnya, "Tim.... Bangun la... Tim tak sayang Faz ke...Tim....Bangun la Tim...." Pada saat itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku semasa mendengar rintihan Faz. Air mata aku turun dengan deras tanpa mampu di tahan lagi. Faz yang berjiwa lembut, terus memeluk aku. Kami tak mampu menampung kesedihan yang semakin mendalam di hati ini.

Setelah beberapa minit, kami pun keluar. Di luar, Faz masih tidak mampu menahan rasa sedih yang semakin mencengkam lubuk hatinya. Aku hanya mampu berdoa agar sahabatku cepat sembuh dan Faz semakin tabah meneruskan kehidupan tanpa sahabat baiknya di sisi. Melihat air mata yang turun dari mata Faz, hati aku turut meruntun hiba. tanpa segan silu, kami menangis di khalayak ramai.

Aku bersyukur, masih ada berita baik yang mampu aku dengar pasal dia selepas kami keluar dari wad. Terima kasih kepada Fatin Amira dan Fairus yang tak putus-putus memberi kami semangat. Berita yang di khabrkan oleh mereka berdua berjaya menenagkan hatii Faz. Alhamdulillah... Aku bersyukur.

Kini aku, Faz dan Hanini mampu meneruskan kehidupan dengan tenang. Doa kami terhadap Tim semoga dia cepat sembuh tidak pernah putus. Yang paling penting pada saat ini ialah melihat Tim sihat seperti dahulu dan Faz tidak berada dalam kebimbangan lagi. Semoga Faz dan kelurga Tim mampu menempuhi dugaan ini dengan penuh ketabahan.

Jumaat, 8 Julai 2011

COUPLE!!!!!! (...................)

.: diri mu bagaikan bidadari:.

bagi seseorang yg sedang menunggu, ayat COUPLE tu sngat keramat. tapi bila ayat tu di ucapkn oleh seseorang yg korng x expect akn ckp mcm tu, ckp kt korng, pe korang rse? (ayat tonggang langgang) perasaan aku taim tu pnye la mcm tgh berperang dgn garuda. dan dan perut aq tros bergelodak dan aq bergegas jumpa MR CLOCK. pergh!!! bukan main dhsyat penagan hamba ALLAH ni kan.

so, aq dgn confident dan yakin, telah menolak hasrat hamba Allah tersebut. Maaf la, aku mahu ABANG kau, BUKAN KAU. tapi aq xde la skejam tu nk bg tau kau. hanya di sini tmpt yg mmpu aku luahkan. Jauh di sudut hati, ingin di sayangi dan mnyayangi. tapi kegagalan yg aq tempuhi selama ini sngat mmberi kesan di hati. aku pn xnk la amik resiko lagi.

ye la, hati puan2 ni kan lmbut sperti span, kalu kecundang lagi, mau aku x sasau nnt. korg nk tggung? x an...........
andai korag prnh terbce tntang janji yang pnah aku ckp, skrg ni, hnya dia tujuan aku dan dialah inspirasi aku untuk mngejar kjayaan. aku ingin mnjadi individu yang setaraf dgn dia.

semoga ALLAH memakbulkan doa hamba mu ini. AMIN.....

.: jgn kau ucap selamat tinggal:.

Khamis, 30 Jun 2011

sila tongkat mata hang la.....

ape ke jadah la ngn aq pagi tadi. menguap bukan main. takat 10 20 ekor setan blumba-lumba nk msuk mulut aku ni. siamang btol. nak kate aq tido lmbt mlm tadi, x gk. aq tdo pkol 11 kot. act pkol 11 tu time aq terjun katil. pkol 9 lagi aq dah hnyut dpn tivi tu. pergh... mmg btol2 kne gam mata aku ni mlm tadi. pe kes tah. bukan x biasa tido lmbt.kdang2 aq lenjan smpai pkol 2 pagi stay up. elok segar bugar je mata aku kt skolh tu. time blajar BM pg tadi, mmg aq wat drama air mata la. siap guna tuala lagi nk lap air mata tu. cibai!

aku igat aq sorang je makhluk Allah yang mengantuk tahap gaban pagi tdi, rupa-rupanya makhluk Allah yg duduk sbelah aq ni pn x kurang hebatnye. siap tdo lagi. tp tido dlam gaya agak cool skit r.. tgn kanan tongkat kpala. dlm mse yg sme, muka dia terlindung la dr pndgn ckg. sedap jugak la dia tido dlm keadaan mcm nk tumbang tu. aku je yg x mmpu nk wt cm tu. krang aq trus tersmbam ke meja lak. kantoi habis la nnt....

Lepas habis subjek BM, tiba la masa yang di geruni oleh warga 5B. mane taknye, datin kami msuk kelas lak lepas ni. sementara tunggu dia masuk kelas uh, sempat gak la aku lendingkan kpala aku ni atas meja barang 10 second. suddenly, prut aq sakit. sengal tol! so, pe lagi, segera la aku berjumpa MR. Clock = (Encik Jam). korang gi la sambung blakang jam...... dgn huruf2 yg korang suka.

Sebaik je habis meeting ngn MR.Clock, aq dh nmpk kehadiran Datin kat depan pintu kelas. Nak jemput aq la tu...

Toksah hang nak berangan. mau naik tumit kasut dia kat kpala kw de la.

Act, dia th ckp pe tah dgn junior2 aku tu. aku pun main bantai la msuk ikot pntu belakang. lantak situ la nk mrah ke ape ke. dh kaw g wt meeting tngh2 koridor tu wat pe? jenuh aq nk lalu tau tak.

Aku ingat aku bakal di marah oleh beliau, tetapi, xda la palak. Cantik!
hahahaha

yang peliknya, elok je dia msuk kelas, semua manusia yang sedang mengantuk, sudah hilang penyakit mengantuknya itu. ajaib!

itu la dia penangan Datin aku tu. Siapa berani, cabar la dia. aku cabar gak, tapi cbar dlm hati je la. tak nak aku kpala bergabung dgn dinding. skit tu........