Berharap agar dapat duduk di awan yang indah dan melupakan segala kepahitan.
Zaman kanak-kanak ku sentiasa membayangkan awan adalah seperti gula-gula kapas yang lembut.
Tapi hakikatnya, awan adalah air yang tersejat ke udara...
Salam...
Betul... Dia datang tanpa mengira masa. Sedih, suka, duka silih berganti. Aku harap sangat aku dapat hadapi semuanya dengan tabah.
Aku terpikir, apa salah aku kepadanya? Kenapa dia mendiamkan diri bila aku cuba bercakap dengannya? Kenapa dia memalingkan wajahnya bila aku memandangnya? Besar sangatkah dosa aku terhadapnya sehingga dia memperlakukan sebegini rupa? Ya Allah... Aku tak sekuat itu untuk menghadapi dugaan ini.
Semalam, aku menitiskan air mata lagi. Kerana dia aku jadi begini. Kerana dia, jiwa aku tidak tenang. Kerana dia, hidup aku diselubungi kesedihan. Aku telah menitiskan air mata lagi semasa dalam perjalanan ke sekolah, setelah pagi itu, aku mengadu kesedihan ku kepada Yang Maha Kuasa.
Sebak di hati tak dapat di tahan apabila Nini bercerita dan bertanya perkara yang berkaitan dengan dia. Tengah hari itu Nini cakap kepada ku, "Syera! Aku tampar kau karang." Aku tidak mengendahkan kata-katanya. Aku cuma berdia diri dan memujuk hati ku untuk terus tabah menghadapi dugaan di bulan Ramadhan ini..
Maaf, bukan niat ku untuk membuka cerita ini. Cuma, aku akan merasa tenang sekiranya dapat meluahkan segalanya di sini...
Maaf....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan