Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Sabtu, 10 September 2011

Syawal dan Cerita di Dalamnya

Assalamualaikum...
Ahlan wasahlan..

Terbelit lidah aku nak menyebut perkataan Arab ni. Ye la, masa cekolah rendah dulu ada la belajar. Kira aku ni pandai juga la coz dapat kelas pertama yang merupakan satu-satunya kelas yang ada subjek Bahasa Arab. Tapi sejak lepas UPSR, aku dah tak applykan bahasa yang aku belajar tu dalam kehidupan harian. Yela, nak bercakap dengan siapa di rumah ni? Family aku yang lain semua tak tahu. Sudahnya, banyak yang aku lupa. Seriously, tak susah pun belajar Bahasa Arab ni. (aku rasa la....) Sebabnya, tah la.. Aku rasa, dulu aku belajar senang je... Cuma nak menghafal la agak payah coz aku menghafal samapai tonggeng-tonggeng kat cushion depan tu. Dari elok-elok bersila sampai la kaki tu boleh ke atas, kepala ke bawah. huhuhuhuhuhu.....................

*********

Panjang pulak selingan di atas tu. huhuhu

Walaupun sedang berperang dengan minda (exam trial SPM) sekarang ni, tapi raya tetap di teruskan. huhuhuhu... Nampak sangat aku ni jenis kaki jalan. (kalau kucai baca ni, mmg kne sindir je... bosan aku) Well, rumah terbuka banyak sangat. Mak aku pulak amik kesempatan tak masak la time-time macam ni. Dia suruh makan free kat rumah orang. hehehehehe.... Standard la tu kan. Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari...

Malam tadi, aku beraya di rumah nenek AMAR FAKHRULLAH. Comel budak tu. Gelagat dia membuatkan kami sekeluarga tersenyum. huhuhuhu.. Bila time aku balik sekolah and dia ada, dia la yang membuatkan aku tersenyum. Terus hilang rasa penat aku. Kalau dia tidur time aku balik sekolah, aku akan buat something yang akan buat dia terjaga. huhuhuhu (jahatnya aku....)

Sat lagi aku nak pergi Open House kat rumah jiran lama dan rumah RODHIAH. Huhu.. Murah banyak rezeki aku minggu ni. Malam ni, ada lagi Open House kat rumah jiran lama. Makan malam je la time raya ni. Mana tak gumuk. huhuhu... (tp cute, aku tak kisah....) Dah tau makan malam, bukan reti nak makan sikit-sikit. Nampak yang sedap, amik bertambah-tambah. hahaha... (xleh bla btol perangai)

**********

Masuk je sekolah balik, aku dah kena sambung tugas sebagai seorang bendahari. Alhamdulillah, kutipan untuk sesi pagi hampir penuh. Cuma yang sesi petang ni, agak payah la. Mereka sudah tidak mahu bertugas lagi. Macam mana la aku nak kutip hutang-hutang ni. Ikutkan hati, tak nak aku pegi minta-minta duit kat orang. Tapi dah tanggungjawab aku macam ni, nak buat macam mana. Sabar je la...

**********
Malam tadi, aku masej Hanini. Ada la topik yang aku cakap dengan dia. Dan kami sangat-sangat tidak bersetuju dengan 6%=60sen yang akan di charge untuk setiap tambah nilai. Dah la kami ni students. Mana la ada sumber kewangan selain duit belanja yang diberi pada setiap bulan tu. Dah la kos sara hidup di sekolah aku semakin meningkat. Akibatnya, aku sering di serang sakit perut sebab tak makan.

Lepas dah komen itu ini, Nini cakap,,,

"kau ada problem ke???"

"Nampak macam ada problem ke? Tak-tak. Aku takda problem"

Agak payah hendak meyakinkan dia bahawa aku takda problem. Entah kenapa malam tadi. Maybe aku tiada mood atau.........................................

**********

Ok la, aku nak bersiap ke MAKAN FREE......
huhuhuhuhuhuhu.................

Bye, Assalamualaikum.....

P/s : Sayang juga kau kat aku kan Hanini Binti Mohamad Thani...
Huhuhuhu... Insyaallah, everything would be OKEY.

Al-Kisahnya Kami....

Assalamualaikum...
Dan Selamat Membaca kepada semua...


Pada suatu hari,,,

"Aku ingat lepas SPM ni aku nak g merantau jauh-jauh la. Seriously aku tak dapat lupakan dia. Maybe bila aku dah pergi jauh, aku dapat lupakan dia."

Hani diam je,,, (berat hati la tuuuu.... huhuhu)

"Aku ingat lepas ni aku nak tukar la pilihan kolej matrik yang lagi dua tu. Nak pilih jauh-jauh sikit."

Hani said,,,,

"Kau pergi mana pun, kau tetap ingat dia gak.. Walau sejauh mana kau pergi pun, kau takkan dapat lupakan dia. Kau bukan tinggalkan kepala kau kat sini pun ..."

Syira,,,, (monolog dalaman)

"hmmmm,,, betol gak pe mek ni cakap. Walau aku g sejauh mana pun, kalau ALLAH dah takdirkan macam tu, macam tu la jadinya. Lagipun kepala aku ni mana boleh nak di cabut-cabut. Hmmmm...."

Syira said,,,,

"Tapi aku bukan ape Nini,, aku kat sini hari-hari jumpa kau.. Dah la kau awek Kucai. Kucai tu kawan dia. See, the main point is U. Macam mana nak lupakan dia kalau macam ni..."

Muka Hani dah berubah dah time tu... Aku tau aku dah buat dia kecik hati.. Sorry, aku tak bermaksud nak wat kau sakit hati ke,, ape ke... Tah kenapa time tu aku terberterus terang kat kau sampai macam tu sekali. Ye la, apa yang jadi ni dah ketentuan Allah. Aku tak sepatutnya menjadikan kau sebagi punca kan.. Ya ALLAH,, kenapa la aku boleh tercakap macam tu kat kau. Hmmmm...

Tapi last-last, aku tak jadi la nak tukar kolej pilihan tu. Insyaallah, lepas ni aku akan try control my emotion.. Takkan wat kawan aku ni sakit hati  lagi... I wish, kita dapat kolej matrik yg sama dan di tempatkan di bilik yang sama... AMIN.....

Rabu, 7 September 2011

Sepantas Kilat

Assalamualaikum...
Dan selamat membaca....

Aku macam pelik sikit la bila guna benda-benda baru nih. Haiya....

Ok! Now nak cer pasal kejadian -kejadian yang telah berlaku sepanjang aku beraya di kampung sehingga la ni..

**********

Balik kampung raya kan, mestilah semua orang rasa seronok. Aku lak, rasa tension beb... Elok je lepas cuti raya dah trial SPM. Persediaan memang masih ZERO lagi. So, orang lain balik raya sebuk nak kemas kain baju. Aku sebuk kemas buku. Nak study la katakan.. Hahahahaha.... Korang rasa aku study tak kat kampung?????

Mesti la TAK!!!

Huhuhuhu.. Sengal je kau ni Syera. Buat berat kereta je. Act, Aku nak bagi peluang kat buku tu berjalan raya sampai ke Melaka.(alasan!) Huhuhu... Sekurang-kurangnya, bila aku bawak buku, takde la aku lupa, naik raya dah nak trial an....

**********

Masa aku OTW nak balik ke rumah dari Melaka, my family and I ternampak sorang atuk ni. Nama atuk tu ATUK JALI (teringat lak kat ckg Jali). Atuk tu terjatuh masa tengah berjalan. Maybe time tu dia nak pergi kedai kot.. Coz adik aku nampak dia bawak duit time angkat dia and hantar dia balik rumah. Seriously, aku sangat-sangat kesian kat atuk tu. Aku nampak je dia dah terjatuh dengan kepala dah berdarah tu, rase nak terjun je dari kereta and terus tolong atuk tu. Sebak pulak aku time tu.

Time aku dalam kereta, OTW nak balik rumah, aku terpikir, ada tak yang nak tolong aku bila aku dah tua macam atuk tu and aku menerima nasib yang sama macam atuk tu. Ada tak???? Aku harap sangat akan ada orang yang datang dan menghulurkan bantuan kepada aku. hummmmmmm...........

**********

Duit raya kali ni korang dapat berapa???? Mesti banyak an. Untung la korang... Tak macam aku. Ketinggian dah tak rupa macam budak sekolah. Orang akan tanya kerja apa? Bila nak Kawin? Universiti kat mana??? Hahahaha.. Makcik aku lagi sedap, "Kau boleh jadi model ni Syahira..." (macam bapak aku bagi) Huhuhuhu... So, korang boleh la agak tinggi aku dah sampai tahap mana kan... Sangat-sangat beruntung kepada mereka yang mempunyai ketinggian seperti HANINI tu. Ye la, kalau cakap kat pakcik-pakcik and makcik-makcik yang nak hulur duit raya, korang masih skolah darjah 6 pun masih boleh di percayai dan diorang takkan ragu-ragu nak bagi duit raya kat korang..

**********

Elok je aku sampai rumah jumaat lepas, sebetulnya dah rancang ngn HANINI nak beraya di rumah AHMAD QUSHAIRY. Tapi aku cancel last minute because mak Kucai just jemput Hanini je... Kucai pun tak jemput aku, takkan aku nak pandai-pandai datang pulakkan... Untung la kau Hanini coz dapat mak mertua yang baik tu.. Kau tak dapat datang time rumah terbuka diorang, besoknya, sanggup dia masak banyak-banyak sebak nak ajak kau. huhuhu (cm jeles skit r... hehehe) Tapi rugi la aku tak ikut Nini g rumah kucai coz ORANG TU ada... (Takde rezeki la....)

Lepas je Mek Nini ni balik dari rumah Kucai, dia terus tuju ke rumah aku coz dia telah ditinggalkan oleh mak dia yang telah keluar beraya. Hahahaha (cm kelaka pn de gak uh.. hehehe) Tengah dok sembang-sembang ngn dia, tiba-tiba dia wat muka terkejut pulak. Then, dia tunjuk mesej Kucai. Ape yang aku sempat nampak adalah "J ajak keluar beraya naik kereta dia" (if i'm not mistaken la...) Dah Nini ajak aku, harus la aku nak ikot. Naik kereta kot.. Hahahahaha (act, de udang di sebalik mee) Tapi last-last tak jadi keluar naik kereta. Aku just keluar raya kat taman perumahan aku je. Dia takde. Rumah dia de open house time tu.. (mcm kecewa sikit r...)

Even dia jemput aku datang open house kat rumah dia melalui Nini pun, macam aku boleh pergi. Motosikal takda. Pergh!!! (mcm frust skit la....) Dah takde rezeki dah.... Tapi Nini cakap dia sebut nama aku macam berat sikit la....

Nini, demo sikit dia sebut macam mana????

........SheRRRa.......

Pergh!!! takleh bla Nini wat demo an. Hahahaha...

**********

Semalam lagi aku dah start trial. Aku macam biasa la, study last minit lagi gempak. Time tu la semua benda tak dapat nak bace. Pandan....... Perangai tak pernah berubahkan SYAHIRA... Huhuhuhuhu... Semalam paper Bm, hari ni aku dah tau markah rumusan aku. Pergh!!! Sangat efficient la cikgu menanda kertas. Tapi markah rumusan je la yang aku tau. Tu pun dengar dari Natasha Idayu.. Dia mesej ngn aku tadi. Jeles la tu.. Huhuhuhuh...

Paper BI tadi macam nazak gak la nak buat. Aku takut kene tenyeh ngn mak Datin je nanti. Huhuhuhu.. Soalan senang coz dia dah bagi teknik dia. Cuma aku ni je yang malas nak menghafal. Tak reti bersyukur betul. Budak kelas lain tak habis belajar lagi tau. Yang kau ni tak reti nak menghargai pemberian orang tu kenapa??? Haiya......

Dah la, nak g wat math lak. Bsok paper MATH. Insyaallah.. A+ untuk paper math dalam genggaman.

Kawan-kawan semua, doakan yang terbaik untuk aku taw. Insyaallah, aku akan doakan yang terbaik untuk semua kawan-kawan aku...


Wassalam......


P/s : Kalau korang perasan la, nama sape paling banyak di sebut dalam entry kali ni????
Jawab! Jawab! Nanti dapat hadiah!!!! 

P/S : Thanks to adik yang bagi akak pinjam kalkulator dia tu. Jasa mu akan ku kenang.
Datang la beraya kat rumah akak. Kalau tak tahu kat mana, pg tanya Dolah ok!