Telah lama namamu
terpatri di hatiku
dan kau sendiri tak pernah
mengetahuinya
bila saat pergimu sudah tiba
tiada kecekalan untuk
kumelafazkannya
lalu dengan beratnya aku melepaskan
kau pergi
pergi tanpa mengetahui kata hatiku...
Aku akur atas apa yang berlaku
dalam fikiranku hanya mahu
melupakanmu
namun hati masih berdegil
hingga bayangmu memenuhi sudut
sepiku...
Kau yang penuh dengan
kesederhanaan
hanya tersenyum apabila kumemandang
tapi aku tahu kau tiada upaya
mentafsirkan
pandangan ku penuh bermakna
makna yang kusendiri keliru...
Dari jauh kusering memerhatikanmu
tanpa kau sedari aku menjejaki
kini kau telah pergi
telah kau ajarku erti rindu...
Mentelku menyentak
ini semua hanya mainan
mainan dusta hati yang tak tahu apa itu
cinta...
Aku ingin melupakanmu saat ini
tawamu yang sering mengiang
di telingaku
wajahmu yang sering hadir di dalam
mimpiku
perlakuanmu yang serin menjadi
bayangku
aku anggap sebagai angin lalu...
(Nukilan Pelajar SMKAJ)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan