Janganlah kau angkuh melaungkan
si dia kepuyaanmu
atau kau kepunyaan si dia
kerana hakikatnya
kita tidak pernah memiliki sesiapa
walau sekeping hati seorang insan
tidak kah kau sedar
hukum alam menyatakan
menyintai tidak semestinya memiliki?
Manusia pandah berpura
berlakon di pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati tidak pernah berdusta pada empunya
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya
Tidakkah kau sedar
mungkin si dia melafazkan
ungkapan cinta padamu
tetapi hati dan perasaannya
tidak prnay berniat bergitu
dia hanya berselindung
disebalik sejuta alasan
Dan kau
begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa
hukum alam menyatakan
menyintai tidak bermakna memiliki
Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu...
dan kau jua tidak memiliki aku."
Mengertilah
kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa
tida sesiapa berhak memiliki diri kita
kecuali Dia
Dia mengasihi hambaNya
Dia memiliki hambaNya
dan ke pangkuan
Dia kita kembali.
(nukilan pelajar SMKAJ)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan