Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Selasa, 7 Jun 2011

Madu Lebah


''Dan Tuhan mu mewahyukan kepada lebah," Buatlah sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan tempat-tempat di buat oleh manusia, " Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubatyang menyembuhkan bagi manusia. sesungguhnya pada pada yang demikianitu benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."
(QS. An Nahl: 68-69)

Hampir semua orang tahu bahawa madu adalah sumber makanan yang penting bagi tubuh manusia, tetapi tidak ramai yang menyedari sifat-sifat laur biasa dari penghasilnya iaitu Lebah Madu.

Seperti yang kita ketahui, sumber makanan Lebah adalah nektar, yang tidak dijumpai pada musim sejuk. Oleh kerana itulah Lebah mencampur nektar yang mereka jumpa pada musim panas dengan cecair khusus yang dikeluarkan dari tubuh mereka. Campuran ini menghasilkan zat bergizi yang baharu iaitu madu dan menyimpanya untuk musim sejuk yang akan datang.

Menarik untuk diketahui bahawa lebah menyimpan madu lebih banyak dari yang sebenarnya. Soalan pertama yang muncul dalam benak kita adalah "mengapakah Lebah tidak menghentikan pengeluaran yang berlebihan ini, yang hanya membuang masa dan tenaga sahaja?" Jawapan ini terdapat di dalam wahyu yang diberikan kepada lebah seperti yang disebutkan dalam ayat tadi.

Lebah menghasilkan madu bukan untuk diri mereka sendiri, melainkan juga untuk manusia. Seperti makhluk lain ,Lebah juga mengabdikan diri untuk melayan manusia sama seperti ayam yang bertelur setidak-tidaknya sebiji sehari meskipun manusia tidak memerlukannya, begitu juga lembu yang menghasilkan susu melebihi keperluan anak-anaknya.

Tiada ulasan: