Hubungan antara seorang gadis dan seorang jejaka telah dapat dihidu oleh bapa si gadis. Si bapa memberi amaran kepada si jejaka supaya menjauhkan diri daripada anak gadisnya dan memutuskan hubungan cinta mereka. Mereka terlalu menyayangi antara satu sama lain dan memutuskan untuk meneruskan jalinan kasih antara mereka. Suatu hari, si jejaka ingin menghantar sepucuk surat kepada si gadis, tetapi si jejaka bimbang bapa si gadis akan mendapat tahu tentang suratnya itu. Jadi si jejaka menulis seperti ini :-
1. Kasih suciku yang kuberikan padamu
2. Sudah hilang dan perasaan benciku terhadapmu
3. Mekar sepanjang hari
4. Aku semakin jemu untuk melihatmu dan
5. Satu perkara yang aku ingin lakukan adalah untuk
6. Melihat perempuan-perempuan jelita yang lain. Aku tidak ingin
7. Bersamamu setiap waktu. Pertemuan kita yang terakhir
8. Sangat membosankan dan tidak
9. Membuatkan aku untuk bertemu kau lagi
10. Kau hanya mementingkan dirimu
11. Ketika kita bersama. Aku tahu aku hanya akan temui
12. Hidup ini sungguh sukar dan tidak akan menemui
13. Kebahagiaan jika hidup bersamamu. Hatiku ini adalah untuk
14. Diberi tetapi bukan sesuatu yang wajar diberikan kepada
15. gadis sepertimu. Tiada sesiapa yang lebih
16. bodoh dan mementingkan diri sendiri daripada kau dan kau tidak
17. layak untuk mengambil berat tentang diriku dan menyatakan yang aku ingin kau faham bahawa
18. seikhlas hati aku menyatakan aku ingin kau faham bahawa
19. aku bercakap benar, kau dapat membantu ku jika
20. kau juga inginkan sebuah perpisahan. Janganlah
21. kau membalas surat ini. Suratmu mengandungi
22. perkara-perkara yang tidak dapat menarik perhatian ku lagi. Dirimu sudah tidak ada
23. keabadian cinta untukku. Selamat tinggal!!! percayalah.
24. aku sudah mempunyai kekasih yang lain dan tidak lagi menyukai mu. Tolong jangan ingat yang
25. Aku masih teman istimewa mu
Si gadis begitu terkejut dan sedih setelah membaca surat tersebut. Tetapi si gadis tersenyum dan kembali ceria setelah mendapati bahawa ada pesanan kecil di bahagian bawah surat ini.
Cuba teka apakah yang ditulis oleh si jejaka di bahagian bawah surat ini. Dan apa yang cuba si jejaka sampaikan pada si gadis itu.
Jawapan: baca hanya nombor ganjil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan