Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Ahad, 5 Ogos 2012

Alkisah Ultraman Bergaya

Pada suatu hari, si Ultraman sedang bersiar-siar kerana terlalu free dan tiada raksasa yang sedang mengamuk nak makan penampar beliau. Si Ultraman telah berjalan-jalan ke hulu ke hilir tanpa rasa jemu. Setiap lubang dunia telah dijelajahi tanpa rasa segan silu.


Pak Cik Ultaraman telah melawat colleseum di Itali




Beliau turut melancong ke Eiffel Tower sambil mengenang kisahnya bersama Cik Adik manis.

 

Sambil berangan, Encik Ultraman sempat la makan ais krim kesukaan kekasih hatinya bersama....



Candy Buffet yang ada mata dan hidung. Alolololo~~ So Sweet. Cute pula tu.


Seterusnya, Encik Ultraman menuju ke AS dan singgah di tugu Kemerdekaan AS.

Dah alang-alang terbang tu, En. Ultraman sempat melihat London Bridge di London.



Kawasan yang di penuhi Pokok Sakura yang sangat cantik. Ini la tempat En. Ultraman bermain semasa zaman kanak-kanak beliau. Cantik sangat. Awesome!!


Inilah pemandangan yang paling cantik yang sempat En. Ultraman capture for us. WOW!!!! So cold~~


Finally, En. Ultraman sampai di Malaysia. Wow!

Disebabkan beliau tertarik dengan penduduk Malaysia yang berbilang bangsa. Beliau telah mengambil keputusan untuk menetap di Malaysia buat beberapa tahun. Beliau turut berhasrat hendak bersara sementara dari berlawan dengan raksasa di Jepun.


Sedang En. Ultraman bertungkus lumus melipat kain baju,,,,

Duduk terkangkang pulak dah. Ops!! Lupa pulak yang kaki En. Ultraman tak boleh nak bengkok.


Eh,, sempat pula En. Ultraman bergaya ala ala membawa motor. Err,, gaya macam tengah drive pun ada juga ni.



Ha!! Ini apa kes ni??? Tiba-tiba En. Ultraman duduk di atas ulat beluncas ni.

Sebenarnya, inilah sahabat baharu En. Ultraman. Namanya Kikilala.. Dia sangat la peramah dan baik hati. Sentiasa tersenyum dan rajin bagi En. Ultraman duduk di atas badannya.



Tengok ni, so sweet kan mereka ni. En. Ultraman ni kalau bergambar bersama Kikilala, mesti dia mahu bertenggek di atas badan Kikilala. Tapi nasib baik Kikilala tiada nerve pain. Kalau tak, dah sah-sah la badan Kikilala lebam-lebam sebab kena pijak-pijak dengan En. Ultraman. En. Ultraman ni bukan reti nak berlembut. Al-maklum sahaja la. Sebelum ni kerja En. Ultraman kan selalu nak bergasak dengan raksasa di Jepun tu.



En. Ultraman sangat suka bergambar!!!


En. Ultraman!!! That's your friend ok! Kuajak la tu main langkah-langkah kawan.


Meskipun En. Ultraman so rude with him, Kikilala masih mampu tersenyum dengan ikhlas semasa bergambar dengan En. Ultraman.


En. Ultraman ni sangat suka bergaya. Lepas tu, cepat-cepat dia ambil kamera dan bergambar bersama Kikilala.


En. Ultraman ni kalau bergambar nak nampak macho je. tapi tak reti nak senyum. Ops!! lupa pulak yang mulut En. Ultraman dah kena gam oleh ibunya. Haha!! Ni mesti kes cakap tak berlapik. Cuba tengok Kikilala, sentiasa murah dengan senyuman. Comel gitu~~


Again, terbukti yang En. Ultraman adalah PHOTOGEDIK!!!!



Setelah beberapa tahun menetap di Malaysia,,, akhirnya En. Ultraman mengambil keputusan untuk berhijrah ke kutub utara. Beliau ke sana dengan menaiki,,,,,



Hal ini kerana, Ultraman dah tak boleh nak terbang sebab dah berat. Badan Ultraman sudah mengembang tahap kah kah kah!!! Sebab sepanjang tinggal di Malaysia, En. Ultraman akan makan KFC pada setiap masa dan setiap hari. Oleh itu, En. Ultraman telah mendapat pelbagai jenis penyakit akibat daripada diet yang tidak sihat itu. *hamik mu!!!



Kerana terlalu malu kerana sering di tertawakan oleh masyarakat, En. Ultraman telah membawa diri ke kawasan berikut yang diberi nama Gunung Lemak Putih oleh Ultraman.


Sekian....

Tiada ulasan: