Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Ahad, 10 Jun 2012

Sekolah

Ok, sebenarnye aku dah naik fedup ni.
Punya la panjang berjela aku tulis tadi, tutup-tutup hilang. WARGH!!!!!!!
Aish! ponat den menaip kak oii... Dia main sedap2 je kasi hilang gua punya karya.

Dengan ini, aku pun terpaksa rewrite la balik hasil karya aku tadi....

*****************************

Assalamualaikum.

Sekolah. Memandang besok sesi persekolahan akan bermula, aku sebagai salah seorang pelajar PRA-U (xnak ah guna student skolah), akan kembali menjejakkan kaki ke sekolah. Hal ini bermakna, no more night movies, tidur lambat, berchating, berFB dan lain-lain.

Nak cakap rela sangat masuk form 6 ni tak juga. Tapi apakan daya, aku hanya mampu mencuba yang terbaik. Anyway, nak cakap form 6 ni something scary like korang cakap tu, takde la gak. Since aku dah ambil keputusan untuk melangkahkan kaki ke tingkatan 6 ni, ramai gak la budak-budak yang tak amik tingkatan 6 cakap, WHAT??? FORM 6??? (aik, korng ni pekak ke? xkan aku nk repeat 1000x kan)

Bagi aku la kan, aku tak nak dengar semua kata-kata korang yang boleh menjatuhkan semangat aku yang baru nak pulih ni. Memang bukan rezeki aku nak dapat first intake kat U. Semua yang terjadi ni ada sebabnya. Aku redha dengan ketentuanNYA. Sekarang ni aku hanya mahu mendengar suara2 yang sentiasa menyokong aku dari belakang. Suara2 yang sentiasa mendoakan kejayaan aku. Suara2 yang tak memandang rendah kepada aku. Suara2 yang sentiasa menyokong aku semasa aku berada di bawah dan di atas. Aku menghargai korang. Selagi korang menyokong aku (terutama sekali family aku), aku akan berusaha melakukan yang terbaik untuk korang. Insyaallah...

Kadang2 hati ni terasa sebak bila mengenangkan semua sahabat mendapat tempat yang lebih baik dalam menyambung pelajaran, tapi aku tetap kuatkan semangat dan teruskan keputusan aku ni. Memang susah hendak menetapkan pendirian kita bila kita sendiri terdengar suara2 busuk kat luar sana yang ingin melihat kita jatuh. Dan pernah sampai satu tahap, perasaan menyesal tu datang menyelubungi diri. Tapi bila aku jumpa kawan2 yang sentiasa memberi aku semangat, melihat orang2 lain yang tidak mempunyai peluang seperti aku, alhamdulillah, aku dapat kembalikan semangat aku yang dulu.

Kak Iqa. Walupun aku baru mengenalinya semasa bekerja hari tu, dia la yang paling banyak menyedarkan aku, yang paling banyak memberi aku semangat, dan dialah antara sahabat yang paling banyak menyokong aku. Thanks a lot kak iqa. Syera akan ingat semua pesan kak iqa.

Keputusan aku untuk memasuki form 6 ni pun berdasarkan beberapa sebab yang aku dah pikir masak2 dan aku tak nak jadi "penjual ikan" la....

Ok, ini antara sebab2 aku ambil keputusan berat ni...

1. Form 6 ni jimat masa. Sebab tempoh pembelajarannya hanya setahun setengah sahaja. Kalau la aku ambil diploma di salah satu institusi pengajian tinggi di Malaysia ni, tempoh pengajiannya akan mengambil masa sehingga 3 tahun. (pengecualian kepada matrikulasi)

2. Jimat kos. Kos pengajian kan semakin meningkat. So, kalau boleh aku tak nak berhutang banyak-banyak. Bayangkan kalau aku ambil diploma di mana-mana U, lepas tu aku sambung ambil ijazah, tempoh pengajian dah mencecah ke 7 tahun. Dan sepanjang 7 tahun tu, aku akan mendapatkan pinjaman PTPTN. Hohoho... Dah berapa puluh ribu aku nak berhutang dan berapa lama masa yang akan di ambil untuk aku melangsaikan hutang tersebut. So, korang nampak tak aku punya pemikiran ni??? Tingkatan 6 ni takde la banyak sangat nak guna duit kan. Parents aku pun still boleh support lagi. Lagi pun, bukan aku sorang dalam family yang sedang belajar.. My sis still study. Aku pun ada adik2 yang masih bersekolah. So, aku kena la berpikir untuk orang lain dan tidak mahu membebankan ibu bapa aku.

3. Aku yakin, ada sebab yang lebih baik kenapa takdir hidup aku begini.

Oleh yang demikian, dan beberpa perkara lain yang aku tak dapat sebutkan kat sini, tugas aku sekarang hanyalah belajar belajar belajar dan belajar. Target aku sekarang ni ialah hendak mendaptkan pointer yang terbaik untuk setiap subjek. So, peluang untuk aku menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang lebih cerah.

So, besok aku kena datang ke sekolah dengan semangat yang baru dan azam yang baru. Hadapi semua rintangan yang mendatang dengan tabah. Hapuskan semua sifat2 negatif dalam diri dan buat sehabis baik untuk masa depan diri dan keluarga.

Siapa suka nak masuk sekolah balik????
Budak2 lepas SPM, kalau boleh semua taknak masuk sekolah balik. (termasuk aku) Mereka lebih mengimpikan suasana di Unuversiti. Nampak gaya, rezeki aku lambat lagi dan aku perlu lebih banyak bersabar. Takpe, SABAR ITU KAN SEPARUH DARIPADA IMAN... Jadi, bersabarlah wahai Syahira.. Insyaallah, Selagi anda berusaha, selagi itulah anda tidak akan menemui kegagalan.

Sekian.

Archery is the best!!!

Tiada ulasan: