Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Khamis, 5 April 2012

Kenangan

Kenangan yang takkan pernah berkurang dan semakin bertambah. Selamat membaca~~

Assalamualaikum..

Sekarang ni jam tepat menujuk kan angka 1.01 pagi. Motif aku tak reti tidur lagi ni kerana hendak menunaikan permintaan HANINI. *act, arahan ni... huhu..

Dia suruh aku update blog ni la... Ye la, orang free memanjang macam dia ni ada la masa nak selongkar blog orang lain. Tak macam aku ni, since kerja, asyik tak sempat je.

Kalau kerja sampai malam, memang terus pengsan la aku bila dah sampai rumah. Kalau kerja pagi, balik rumah belum tentu on time. Selalunya akan tersasar sampai pukul 5 petang , walhal waktu kerja aku habis pukul 3 petang. Tu pun if aku masuk kerja syif pagi. Kemana aku merayap time tu???

Selalunya aku akan pergi ke kedai mencari barang atau melayan kerenah AMIRA OTHAMAN yang ajak aku ke sana ke sini atau aku pergi melepak kat tempat kerja la...

Since dah reti drive ni, memang aku asyik balik lambat je la. Tak pun, kalau aku kerja petang, pagi tu mesti aku akan merayap sebab nak melayan kerenah mak aku dan kawan-kawan aku. Kerenah aku??? Takde sape nak layan kot... *touching! hehehehe...

Sekarang ni aku dah takde mood nak kerja uh. Ye la, abang Ti dah berenti. So, suasana tempat kerja dah tak happening macam dulu. Dulu, kalau abang Ti ade, hehehe,, dia care giler kot kat aku.

 Aku ingat lagi time aku kene kerja topup barang. Dia siap tanya aku, dah makan belum. Bila aku cakap belum, dan dan dia tarik barang yang ada kat tangan aku dan dengan kuasa VETO yang dia ada,, dia telah memberi arahan kat aku untuk pergi makan. WAH~~ sayang abang.. hahahaha... *sengal!

Tapi bila sembang dengan abang Ti ni, topik utama dia adalah PEREMPUAN. Haish! macam dia sedang bercakap dengan budak lelaki je. Walhal sudah terang lagi tak payah nak suluh yang aku jalas-jelas adalah perempuan.

Hampeh punya abang!

Tapi apa yang dia cakap memang betul. Ye la, kalau tak, macam mana si Akbar boleh gelar dia DOKTOR CINTA. hahahahahaha...

Tapi dalam gatal-gatal dia suka menyakat aku tu, hehehehe,,, aku paling x boleh bla bila dengar dia cerita pasal awek dia yang garang tahap gaban uh bagi amaran kat dia if dia main kayu 10 kat sini.

Memang tak r dia nak buat hal kat sini. Cuma mata dia je la yang tak boleh bla nak meng USHA anak dara orang n awek-awek orang. Lepas tu telinga aku yang kene tadah segala komen dia pasal awek-awek yang dia dok usha tu. Cun la, tak cun la, palastik la n bla bla bla...

Now, abang dah sambung belajar, Akbar pun dah berenti, pekerja pun dah start x cukup dan aku pun dah start kene buat OT sampai pukul 11 malam. Ngantuk seihhh~~

Kadang-kadang bila tengah-tengah kerja tu, rasa mengantuk datang tahap kau kau, aku sampai boleh nak tidur berdiri kot.. Pergh!!! Segan giler ah anak dara buat hal macam tu. Hehehe..

Tu belom sampai tahap giler boring. nak atasi tahap boring ni, biasanya aku dok bersembang dengan partner kerja la. Kadang-kadang tu, aku sedar gak yang aku je yang banyak cakap, partner aku buat selambe je dengar x dengar dengan segala syarahan yang aku cakat kat dia tu.

Ni belum cerita situasi bekerja dengan Atiqah Aziz. Memang seronok giler kot. Memang banyak bersembang dari buat kerja la. Lepas tu bila nampak Mamat hensem, dok gelak-gelak, pandang-pandang, usha-usha... Lepas tu siap bagi bintang lagi tu. Pergh!!! anak dara siapa la ni...

Kalau datang customer panAsia lagi la si atiqah tu meroyan. Hahahaha....

Ni memang giler. Dia siap sanggup pegi tinjau customer tu lagi. Kalau perasaan TERPANA  dengan ke kacak kan si jejaka tu tidak ada, dia dengan selamber pergi bertegur sapa dengan si abang hensem tu. Wah!!! Berani betul.

Tapi aku berani cakap la, kalau abang WSR datang, lagi la gempak tindak balas Atiqah. Kalau dia ada kat dalam tandas time abang tu datang, dia sanggup lupakan hajat dia tu sebentar. hahaha..

Mesti pelik kan, macam mana Atiqah boleh tau yang abang WSR datang???

Aku la informer dia.. Siap call lagi,so information cepat sampai. Kalu dok mesej je, memang sampai abang tu bla pun dia x keluar2 lagi dari tandas tu.

Dan Sepanjang aku bekerja, bab mintak no phone jangan cerita r. Kalau aku x control diri, memang no phone aku dah bersepah dah...

Dala banyak-banyak syif kerja, aku paling suka syif pagi. Tapi ada satu je sebab, kenapa aku suka syif petang sampai malam.

Hmmmmm sebab dia, kadang-kadang, ABANG datang isi minyak~~~~

Hahahahahaha.... Gilo!!

Ok la, sampai di sini bual bicara kita sebab aku dah ngntok giler ni. Nampak gaya ni, lepas subuh nanti, aku sambung tidur la ni...

Cau!

Assalamualaikum....

P/S : this weekend x free sbb kne OT. Sbb Atiqah pergi bercuti ke langkawi. hmpeh betul. orang tu pun tanya last minute kat aku free ke x ahad ni. jawab nye mmg X r... hish! tension...

Tiada ulasan: