Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Jumaat, 30 Mac 2012

Sesi Mengisi Borang

Assalamualaikum.

Bila result SPM dah keluar ni, mesti la mereka mereka yang sebaya dengan aku ni dok sebuk mengisi borang itu ini. Ye la, siapa yang tak nak sambung belajar kan.

Tapi bagi aku la kan, bila semua borang perlu di isi dengan HUJUNG JARI je, aq rasa sangat serabut. Tapi ada bagusnya kalau isi borang online ni.. Sebab, bila masa lagi aku nak menatap skrin hitam ni kan.. Kat tempat kerja tu dok mengadap minyak hitam, asap hitam, orang hitam and so on sampai kulit muka and tangan aku pun dah bertukar warna. WARGH!!!

Buat masa ni, aku baru mengisi borang UPU, Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) dan yang sama waktu dengannya..

 Aku suka isi borang-borang penting ni time-time macam ni la. Kalau isi borang dalam pukul 1 2 pagi mcm ni, memang cepat siap dan takkan ada masalah nak loading satu-satu page tu. Cuba la korang try buat waktu siang. Semua macam hampeh. Kalau isi waktu pagi-pagi waktu korang tidur tu kan, pergh!! semua berjalan lancar. Aku tau waktu macam ni adalah waktu tidur korang. So, aq nak bagi tips biar cepat sikit isi borang time-time pagi macam ni.

1. Siang tu, korang baca la syarat-syarat kelayakan khas.
2. Kenal pasti jurusan idaman korang dan semak syarat kelayakan. Kalau tak layak, tukar cepat dan gantikan dengan jurusan yang sepatutnya.
3. Lepas tu simpan.
4. sebelum tidur, set jam untuk bangun pukul 1 or 2 pagi.
5. Isi borang sampai sudah.
6. Cepat siap, cepat la korang sambung tidur... Tunggu apa lagi, pergi la sambung tidur!

Bidang yang diambil bukan la sepenuhnya minat aku. Cuma nak try and error je... hehe.. Mudah-mudahan ALLAH tunjukkan aku jalan yang sebenar.

Yang masih bertangguh nak isi borang UPU tu, baik korang cepat isi sebab 2 april ni last tau. Lepas tu, takde dah nak nangis-nangis lagi...

HA!!!

Korang pergi tak karnival JOM MASUK U 4 this weekend??? Better korang pergi. Boleh dapat banyak info pasal bidang yang korang nak amik. Sambil-sambil tu, boleh gak korang pergi cuci mata ke.. Hahaha.. Release tention kot...

Nak bagi chance kat Hanini dan Amira untuk release tention korang just for a while. Jangan dok pikir masalah je. Bagi peluang kat diri to have fun.

Tapi jangan sampai terlepas tarikh akhir nak isi segala borang untuk sambung belajar dah la.

Sekian.
*siap tersengguk2 dah aku sekarang ni.(ngntuk giler~~)

P/s: Boss!! Nak berenti kerja la.. Penat. Nak duduk rumah pulak. Nak kasi kulit muka yang dah terbakar ni back tu normal. Nanti senang, bila dapat tawaran, muka da already cerah bersinar. tak macam sekarang ni... kih3~~

Isnin, 26 Mac 2012

Result SPM

Hai la kawan....

Result x berapa cun la beb. Tapi Alhamdulillah sebab takda yang gagal...

Lepas ni tak tau la nak sambung belajar di mana. Cita-cita yang hendak di genggam tu macam payah nak di kecapi. Kalau nak, kene ikot jalan jauh sebab short cut da kne blok dengan tembok batu. Insyaallah, kalau lepas ni dapat sambung belajar, aku akan try yang terbaik.
Huhu~~

Tragedi semasa result SPM keluar memang memberi IMPAK yang sangat besar kepada aku dalam mempercayai kata-kata seseorang. Senang cerita, janji-janji yang di tabur di tepi laut. Brush! Sekelip mata hilang dan di lupakan.

Bagi aku, kejadian tu telah menjadi luka yang sangat dalam di hati. Nak bagi iodine dan anti septik memang x jalan la. Lagi sakit ada la. Kalau dah sembuh pun, parut dia tetap ada. Memang sampai mati aku takkan lupa la.

Dan di sebabkan itu juga, aku dah amik keputusan nak JAUHKAN DIRI DARI DIA, JANGAN PERCAYA APA YANG DIA CAKAP DAN SEGALANYA PASAL DIA, AKU DAH TAK NAK AMBIL TAHU.

Hello!!! Kau fikir aku ape?

Patung ea???

Hotak hang!!!

Aku baru nak share kejayaan dengan kau. Redha dengan result yang kau dan aku dapat. Tapi tak sangka yang KAU ADA KAWAN YANG LAGI PENTING...

Tak sangka, makin aku bagi peluang, makin banyak hempedu yang aku rasa. Makin aku diamkan, makin banyak yang menikam diri.

Baru sebulan kot kau jadi kawan aku. Tu pun aku tak rasa kau nak terus jadi kawan aku. Sebab tu kau seronok sakitkan hati aku. Lepas tu dengan tak bersalahnya kau tanya soalan bodoh kat aku, "kenapa tak amik result lagi??"

Kalau aku cakap "Kau ni memang banyak makan semut eh???" Kau nak marah tak??

Kalau kau marah pun, ada aku kesah? kau pun tak pernah anggap aku ni KAWAN kau pun kan....

So, kau dan aku boleh buat hal sendiri lepas ni. Dan jangan muncul depan aku lagi lepas ni. Tak kesah la kau punya minyak dah nak kering kontang sekali pun, yang penting jangan muncul depan aku lagi.

Wei! Boss aku pun takkan rugi la kalau hilang 1 customer macam kau ni...

Lagi satu, kalau kau nak menipu pun, jangan la publishkan bukti tu kat aku sekali ye~~
Dah sah-sah aku boleh cam pakaian kau hari tu.


Sekian.
*masih lagi terguris dengan sikap kau yang "I don't care tu..."

Ahad, 4 Mac 2012

Wargh!!!!!

Seperti ngauman singa betina yang baru bangun tidur yang panjang ala ala terkena sumpahan Nenek sihir dalam cerita SLEEPING BEAUTY... (HUARAGHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!)

Tanpa perasaan segan dan silunya aku telah menyapa korang yang sudah terlalu merindui ku... betol tak??????? (klau x btol,, merajuk ah mcm ni...) *sengal!

Assalamualaikum Dan selamat Pagi semua!!!

Jam di Laptop sudah menunjukkan nombor 1.31 a.m.

Dan anak dara siapa la yang tak reti nak tido lagi ni????? (klw nk jwb,, jwb la... klw btul pun,, xde aku nk share hadiah ngn korg der...)

Sepanjang bulan satu ke bulan dua ke awal bulan tiga ni,, confrem2 la bersepah moment yang telah tercipta dalam kotak ingatan aku ni dan INSYAALLAH,, tidak akan terpadam sehingga ke akhir hayat ku ini... AMIN.

The reason why aqku x reti nak tido lagi adalah kerana apabila sudah menyentuh laptop,, aku memang tak reti nak tutup cepat2. Tambahan lagi, my parents dah tidur... So,, tiada lagi gangguan untuk aku merapu merepek dan meraban untuk entry kali ini.

Korang tau tak pada tanggal 7 februari 1994, telah lahirnye seorang kanak-kanak perempuan dari rahim ibunya yang tercinta sehingga ke akhir hayat. Beliau telah diberi nama NURUL SYAHIRA. Pada masa itu, ibunya sedang berpuasa pada bulan ramadhan. Apabila dia di lahirkan,, terpaksa la ibunya meninggalkan ibadah tersebut kerana faktor2 yang anda sendiri tahu..

Dan sekarang,, umur budak tu dah cukup 18 tahun (da boleh kawin kalau nak).

Nak dijadikan cerita, budak tu da start bekerja untuk menyara diri sendiri (sikit je....) di salah sebuah setesen minyak yang terkemuka di MALAYSIA.

Sebelum tamat sesi bekerja,, kak ikien @ kerani @ kakak atiqah aziz suruh aku balik lambat sikit coz adahal. Aku pun dengan baiknye dia,,,, menuruti segala arahannya...

Tiba-tiba!! Surprise!!! (aku da agak dah dari awla,, mmg aku akan dapat kek sebijik.. hahahaha... Sangat terharu dan gembira sekali even muka aku telah di kotorkan dengan krim, planta  dan segal benda yang boleh d tonyoh ke muka aku. (nasib x kne simbah dengan diesel je...)

Even just diraikan di dalam store barang-barang dan tidak mendapat hadiah daripada orang tersayang,, (mcm nk ungkit je...) kecuali kak aku,, aku rasa sangat-sangat dihargai. hehehehe....

THANKS A LOT TO PSS BUKIT NANDING.
Terutama sekali BOSS yang tak dapat nak join dua kaki coz time tu tengah tak berapa nak sihat.

Seterusnya,,,,

Pada tanggal 26 februari,, tamat lah perkhidmatan seorang abang yang suka menyakat aku di tempat kerja.

Pemergiannya untuk menyambung pengajian amat-amat di rasai oleh aku sebab dia ni suka menyakat aku. So, bila da takda orang yang selalu bagi aku nasihat, cerita2 yang boleh dijadikan pedoman dan petunjuk untuk menghadapi segala cubaan hidup,, sanagt-sangat la aku rasa sunyi.

Nasib baik la da ada pengganti yang suka menyakat aku gak (tp x serajin abang yang sudah pergi tu...). so, x terasa la sangat... (ayat cover perasaan kehilangan niii...)

Pesanan penaja untuk ABANAG TERBAIK DARI LADANAG LOMBUUUUUU.....
Janagn lupa Syahira eh. Abang kan suka panggil Syira,,, >>> IRA..... hehehe...

Dan last sekali,,,,,,,,,

Aku bukan tak rajin nak bubuh HEADER kat blog ni,,, tapi nak buat minatang tu amik masa yang sangat lama. Aku da la asyik tak menyempat je nak on laptop ni since da keje. Ye r, bila dapat syif pagi, masuk pukul 7 pagi,, habis pukul 3 ptg. Lepas tu tah pe ke benda aku baut tah. Malam lak aku bantai QADA' tengok TV.

Time kerja Petang yang masuk pukul 3 ptg smpai 11 mlm tu,, confrem2 la balik kerja je aku terus mandi, sembahyang, tido.......... (penat seihhhhh!!)

Cuma hari ni je la aku jadi burung hantu coz nak cek segala benda yang aku takaut terlepas pandang ke....

Bila la aku nak sedar diri yang besok aku kerja pagi ni?????

Tadi before habis kerja,, aku pegi bantai beli keropok ngn air gas. Bawak balik untuk makan depan tv. Itu la habit aku sekarang ni bila balik kerja pukul 11 mlm. Nasib baik tak gemuk. hahahahaha.....

Hai la mata,, bila kau tak mengantuk,, lagi bertambah rajin la tangan aku menari-nari di atas papan kekunci ni... Jangan sampai mak kau sedar yang kau tak tidur lagi da la Syira oiiii...

Besok pagi confrem aq payah giler nak bangun pergi kerja. hahahahaha.....

Dengan ini,, tamat la sudah sesi merapu aku....

Aku nak share something ni,,,

Kadang-kadang, orang yang paling kita benci tu lah sebenarnya orang yang paling kita sayang. Cuma kita terlalu ego untuk mengakui kebenarannya. Seperti apa yang sedang bermain di hati aku sekarang ni.

Kadang kala kita terlalu menginginkan yang sempurna sehingga kita tidak menyedari bahawa kita pun tidak sesempurna seperti mana yang kita kehendaki.

Dan tidak semestinya orang yang kita sayang akan menjadi milik kita untuk selamanya. Alllah menghadirkan dia dalam kehidupan kita untuk menguji sejauh mana kita akan mengingati NYA apabila berada di dalam kesulitan.

Kekecewaan yang hadir bukan untuk di ratapi, tetapi untuk di jadikan pedoman hidup agar sentiasa berada di jalan kebenaran.

Adakah cinta yang hadir ini akan kekal untuk selamanya atau hanya sambungan kisah-kisah suka duka bersama yang telah menjadi sejarah agar lebih berhati-hati menerima????

Dalam sesebuah perhubungan akan ada pengorbanan yang paling besar yang akan dilakukan demi merialisasikan hubungan tersebut dan agar dapat berkekalan sehingga ke akhirnya.

Tetapi adakah keegoaan mampu mempu menyatukan hati seseorang????

Oleh itu,,, jangan ketingggalan membaca NOVEL KELUARAN TERBARU KARYA syahira yang di edarkan oleh NURISHSYIRA.BLOGSPOT.COM...

Adakah anda sedang dipermaiankan?????

Percayalah bahawa novel tersebut tidak wujud sebab aku main-main je.... hehehehehe....

Anyway, tahanks sebab sudi membaca dan kalau rajin tu,,, tinggalkan la komen2 sikit ke kat setiap entry SYIRA ni.... hehehehehehe...... Tapi seriesly,, mmg Syira x rajin nak upload gambar coz lembab giler kot. Siput Bab 1 pun lagi laju tau... hehehehe....

Assalamualaikum dan selamat ber SWEET DREAM.....

p/s : hari tu mimpi pasal dia.... hehehehehehe....(miang pun datang time nak tido eh????)