Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Khamis, 17 November 2011

Minggu Pertama SPM

Assalamualaikum....

Alhamdulillah,, aku masih bernafas sampai hari ni.. Aku cakap macam ni bukan apa. Sebab aku rasa exam kali ni takda la susah mana (pergh!!! statement x leh bla). Ni pendapat aku la. Aku rasa tak susah pun SPM ni. Yang susahnya ialah macam mana kita nak hafal semua fakta yang ada dalam buku terutama sekali SEJARAH. Tapi exam sejarah kali ni takda la susah macam trial hari tu. Aku boleh nak tergelak bila tengok soalan. "sengal" huhuhuhu... Tapi kalau korang tanya, "boleh dpat A+ tak????" hmmmmm (*_*)!"

Aku rasa, dalam banyak-banyak paper yang aku dah buat minggu ni, BM yang agak mencabar untuk di buat bcoz aku tak cukup masa nak tulis jawapan. Ni semua gara-gara terbuang masa lebih kat rumusan. Asal la rumusan tu payah sangat nak cari isi dia. Bukan takat sekali dua aku baca, mau lebih lima kali ada kot. Tu belum buang masa nak kira berapa patah perkataan lagi. Rugi rugi......

First time aku dapat buat essay BI dengan tersengih-sengih. Nak gelak time tu pun ada gak. Ye la, tak sia-sia aku buat karangan BI yang MAK DATIN aku bagi time malam sebelum exam hari tu. Sekali soalan yang sama keluar daaaa... Cuma last word dia ada tambah "meningfully". Apa tunggu lagi, aku terus curahkan segala essay yang aku dah hafal ke atas buku jawapan tu. Syukur Alhmadulillah.... Allah permudahkan segala urusan aku pada hari-hari peperiksaan. Alhamdulillah juga bcoz aku dapat hafal essay time malam sebelum peperiksaan dengan lancar. Tak kisah la macam mana position aku time nak menghafal tu sebab aku dah dapat benefit dia. Syukur sangat-sangat.

Lepas exam paper BI, ada la PAKCIK PINK mintak aku ajar dia HISTORY. Minta maaf la, memang aku tak nak ajar dia. Takat baca buku dan terangkan balik tu boleh la. Nasib baik la PAKCIK YANG SUKA MENGORAT join kami study,, memang tak jadi study sudahnya. huhuhuhuhu... Tapi ada la soalan-soalan cepumas yang diorang sebut, keluar dalam exam. Tak sia-sia gak la kena tegur ngan Kak Aida. Mau taknye, kami 3 orang je dah boleh buat PS tu bising. Lagi-lagi bila PAKCIK MENGORAT gelak,, PERGH!!!!!!! tak agak-agak betul PAKCIK tu gelak. Sampai Kak Aida cakap, "korang ni belajar ke apa ni????" hehehehehehe.,......

Korang pernah tak dengar orang tua-tua kata, "awak tu darah tengah manis sekarang ni,, macam -macam perkara buruk boleh jadi..." Pernah tak??????? Aku kesian la kat budak-budak yang accident time nak gi sekolah. Habis luka kaki tangan. Hish!!! Ngeri betul la... Nasib la tak patah riuk. Kalau tak macam mana la nak menulis nanti. Sebab tu la mak aku selalu bebel pagi-pagi time aku dah bertenggek kat atas moto, hari dia tak pernah lupa "Angah, baca doa...." So, aku pun baca la,,,,,







Sepanjang perjalanan ke sekolah aku dok berzikir dan berdoa dalam hati, minta aku selamat sampai ke sekolah tanpa berlaku apa-apa perkara buruk menimpa aku. Insyaallah.....

Hari pertama exam, time tu aku nak balik. Punya la aku bersusah payah nak start motor. Naik tension aku di buatnya. Motor tu tak nak hidup gak engine dia. Dalam hati dah start nak menyumpah pun ada gak. So, dengan malasnya, aku pun bertapak la ke kantin sekolah untuk mencari telefon yang melekat kat tiang tu. Aku angkat dia, aku masukkan duit dan aku tekan-tekan dia. Lepas tu aku dengar bunyi "tuuut tut ,,,, tuuut tut ,,,, tuuut tut ,,,, (lambatnya mak angkat phon...) tuuut tut......." Hello!!! Dan aku pun start la membebel kat mak aku. Dia pun start la membebel balik kat aku pun. Then, aku balik ke motor aku, sekali aku pusing itu ini kat motor tu, aku start balik, sekali (mcm mna nak buat bunyi moto ek????) **********. What ever la bunyi dia. Dia dah hidup tu, aku pun start la membebel kat motor tu. Saja je dia nak suruh aku sedekah kat public phone tu. Mentang-mentang la aku tak bawak phone hari tu. Hish!!!

Anyway, esok takda paper dan aku pun tak nak pergi menyemak kat sekolah tu besok. Hal ini bermakna, aku boleh QADA' tidur la besok. Hal ini kerana sepanjang peperiksaan, aku tak dapat rehat dan tidur yang secukupnya. Around pukul 10 pagi dan ke atas, aku dah start menganga besar-besar sambil menangis-nangis dengan memegang pensil or pen dan berusaha untuk memerah otak dan memaksa tangan untuk bergerak lebih laju agar aku tak lupa jawapan yang sedang bermain di dalam kepala. See,,, pagi-pagi aku dah mengantuk. nampak sangat aku dah mengorbankan banyak masa tidur aku untuk belajar pada waktu malam. Paling lewat aku tidur time exam ni ialah pukul 1 pagi. Then, aku akan bangun pukul 5.30 pagi untuk bersiap ke sekolah. Tapi inilah lumrah sebagai seorang pelajar. Tidur lewat adalah perkara biasa bagi aku. Sebab tu mata aku agak sembab dan dah tak tau nak cure kan balik macam mana.

4 paper sudah berlalu. Tinggal lagi 6 paper. Paper terakhir aku ialah pada 8 December. Lama tu nak tunggu. Dah la 8hb tu paper EST. Jarak masa dia dengan paper second last ialah 7 hari. Apa ke jadah aku nak baca buku sampai tujuh hari. Memang tak la. Baik aku gi keluar cari kerja. Nanti lepas habis exam, boleh la aku terus kerja. Takda la membuang masa sangat. Dan dapat la aku membeli Blackberry masa gaji kedua aku keluar. Wahhh!!! Exam belum habis, dah buang perancangan lepas SPM. Bijak punya budak. hehehehehehe.

Woh! Aku nak bla la. GOOD LUCK kepada semua candidate SPM 2011 ye....

P/S : Tiba-tiba teringat kat TIM. Dia tengah buat apa ek? Kitorang tengah exam ni, kaw tgh buat preparation untuk SPM 2012 ke??? Sbar la yunk... Semua yang terjadi, ada hikmahnya. Yang penting, kaw jangan give up nak belajar lepas kami dah tak sekolah kat sana lagi tahun depan.

Tiada ulasan: