Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Sabtu, 10 September 2011

Syawal dan Cerita di Dalamnya

Assalamualaikum...
Ahlan wasahlan..

Terbelit lidah aku nak menyebut perkataan Arab ni. Ye la, masa cekolah rendah dulu ada la belajar. Kira aku ni pandai juga la coz dapat kelas pertama yang merupakan satu-satunya kelas yang ada subjek Bahasa Arab. Tapi sejak lepas UPSR, aku dah tak applykan bahasa yang aku belajar tu dalam kehidupan harian. Yela, nak bercakap dengan siapa di rumah ni? Family aku yang lain semua tak tahu. Sudahnya, banyak yang aku lupa. Seriously, tak susah pun belajar Bahasa Arab ni. (aku rasa la....) Sebabnya, tah la.. Aku rasa, dulu aku belajar senang je... Cuma nak menghafal la agak payah coz aku menghafal samapai tonggeng-tonggeng kat cushion depan tu. Dari elok-elok bersila sampai la kaki tu boleh ke atas, kepala ke bawah. huhuhuhuhuhu.....................

*********

Panjang pulak selingan di atas tu. huhuhu

Walaupun sedang berperang dengan minda (exam trial SPM) sekarang ni, tapi raya tetap di teruskan. huhuhuhu... Nampak sangat aku ni jenis kaki jalan. (kalau kucai baca ni, mmg kne sindir je... bosan aku) Well, rumah terbuka banyak sangat. Mak aku pulak amik kesempatan tak masak la time-time macam ni. Dia suruh makan free kat rumah orang. hehehehehe.... Standard la tu kan. Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari...

Malam tadi, aku beraya di rumah nenek AMAR FAKHRULLAH. Comel budak tu. Gelagat dia membuatkan kami sekeluarga tersenyum. huhuhuhu.. Bila time aku balik sekolah and dia ada, dia la yang membuatkan aku tersenyum. Terus hilang rasa penat aku. Kalau dia tidur time aku balik sekolah, aku akan buat something yang akan buat dia terjaga. huhuhuhu (jahatnya aku....)

Sat lagi aku nak pergi Open House kat rumah jiran lama dan rumah RODHIAH. Huhu.. Murah banyak rezeki aku minggu ni. Malam ni, ada lagi Open House kat rumah jiran lama. Makan malam je la time raya ni. Mana tak gumuk. huhuhu... (tp cute, aku tak kisah....) Dah tau makan malam, bukan reti nak makan sikit-sikit. Nampak yang sedap, amik bertambah-tambah. hahaha... (xleh bla btol perangai)

**********

Masuk je sekolah balik, aku dah kena sambung tugas sebagai seorang bendahari. Alhamdulillah, kutipan untuk sesi pagi hampir penuh. Cuma yang sesi petang ni, agak payah la. Mereka sudah tidak mahu bertugas lagi. Macam mana la aku nak kutip hutang-hutang ni. Ikutkan hati, tak nak aku pegi minta-minta duit kat orang. Tapi dah tanggungjawab aku macam ni, nak buat macam mana. Sabar je la...

**********
Malam tadi, aku masej Hanini. Ada la topik yang aku cakap dengan dia. Dan kami sangat-sangat tidak bersetuju dengan 6%=60sen yang akan di charge untuk setiap tambah nilai. Dah la kami ni students. Mana la ada sumber kewangan selain duit belanja yang diberi pada setiap bulan tu. Dah la kos sara hidup di sekolah aku semakin meningkat. Akibatnya, aku sering di serang sakit perut sebab tak makan.

Lepas dah komen itu ini, Nini cakap,,,

"kau ada problem ke???"

"Nampak macam ada problem ke? Tak-tak. Aku takda problem"

Agak payah hendak meyakinkan dia bahawa aku takda problem. Entah kenapa malam tadi. Maybe aku tiada mood atau.........................................

**********

Ok la, aku nak bersiap ke MAKAN FREE......
huhuhuhuhuhuhu.................

Bye, Assalamualaikum.....

P/s : Sayang juga kau kat aku kan Hanini Binti Mohamad Thani...
Huhuhuhu... Insyaallah, everything would be OKEY.

Tiada ulasan: