Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Rabu, 7 September 2011

Sepantas Kilat

Assalamualaikum...
Dan selamat membaca....

Aku macam pelik sikit la bila guna benda-benda baru nih. Haiya....

Ok! Now nak cer pasal kejadian -kejadian yang telah berlaku sepanjang aku beraya di kampung sehingga la ni..

**********

Balik kampung raya kan, mestilah semua orang rasa seronok. Aku lak, rasa tension beb... Elok je lepas cuti raya dah trial SPM. Persediaan memang masih ZERO lagi. So, orang lain balik raya sebuk nak kemas kain baju. Aku sebuk kemas buku. Nak study la katakan.. Hahahahaha.... Korang rasa aku study tak kat kampung?????

Mesti la TAK!!!

Huhuhuhu.. Sengal je kau ni Syera. Buat berat kereta je. Act, Aku nak bagi peluang kat buku tu berjalan raya sampai ke Melaka.(alasan!) Huhuhu... Sekurang-kurangnya, bila aku bawak buku, takde la aku lupa, naik raya dah nak trial an....

**********

Masa aku OTW nak balik ke rumah dari Melaka, my family and I ternampak sorang atuk ni. Nama atuk tu ATUK JALI (teringat lak kat ckg Jali). Atuk tu terjatuh masa tengah berjalan. Maybe time tu dia nak pergi kedai kot.. Coz adik aku nampak dia bawak duit time angkat dia and hantar dia balik rumah. Seriously, aku sangat-sangat kesian kat atuk tu. Aku nampak je dia dah terjatuh dengan kepala dah berdarah tu, rase nak terjun je dari kereta and terus tolong atuk tu. Sebak pulak aku time tu.

Time aku dalam kereta, OTW nak balik rumah, aku terpikir, ada tak yang nak tolong aku bila aku dah tua macam atuk tu and aku menerima nasib yang sama macam atuk tu. Ada tak???? Aku harap sangat akan ada orang yang datang dan menghulurkan bantuan kepada aku. hummmmmmm...........

**********

Duit raya kali ni korang dapat berapa???? Mesti banyak an. Untung la korang... Tak macam aku. Ketinggian dah tak rupa macam budak sekolah. Orang akan tanya kerja apa? Bila nak Kawin? Universiti kat mana??? Hahahaha.. Makcik aku lagi sedap, "Kau boleh jadi model ni Syahira..." (macam bapak aku bagi) Huhuhuhu... So, korang boleh la agak tinggi aku dah sampai tahap mana kan... Sangat-sangat beruntung kepada mereka yang mempunyai ketinggian seperti HANINI tu. Ye la, kalau cakap kat pakcik-pakcik and makcik-makcik yang nak hulur duit raya, korang masih skolah darjah 6 pun masih boleh di percayai dan diorang takkan ragu-ragu nak bagi duit raya kat korang..

**********

Elok je aku sampai rumah jumaat lepas, sebetulnya dah rancang ngn HANINI nak beraya di rumah AHMAD QUSHAIRY. Tapi aku cancel last minute because mak Kucai just jemput Hanini je... Kucai pun tak jemput aku, takkan aku nak pandai-pandai datang pulakkan... Untung la kau Hanini coz dapat mak mertua yang baik tu.. Kau tak dapat datang time rumah terbuka diorang, besoknya, sanggup dia masak banyak-banyak sebak nak ajak kau. huhuhu (cm jeles skit r... hehehe) Tapi rugi la aku tak ikut Nini g rumah kucai coz ORANG TU ada... (Takde rezeki la....)

Lepas je Mek Nini ni balik dari rumah Kucai, dia terus tuju ke rumah aku coz dia telah ditinggalkan oleh mak dia yang telah keluar beraya. Hahahaha (cm kelaka pn de gak uh.. hehehe) Tengah dok sembang-sembang ngn dia, tiba-tiba dia wat muka terkejut pulak. Then, dia tunjuk mesej Kucai. Ape yang aku sempat nampak adalah "J ajak keluar beraya naik kereta dia" (if i'm not mistaken la...) Dah Nini ajak aku, harus la aku nak ikot. Naik kereta kot.. Hahahahaha (act, de udang di sebalik mee) Tapi last-last tak jadi keluar naik kereta. Aku just keluar raya kat taman perumahan aku je. Dia takde. Rumah dia de open house time tu.. (mcm kecewa sikit r...)

Even dia jemput aku datang open house kat rumah dia melalui Nini pun, macam aku boleh pergi. Motosikal takda. Pergh!!! (mcm frust skit la....) Dah takde rezeki dah.... Tapi Nini cakap dia sebut nama aku macam berat sikit la....

Nini, demo sikit dia sebut macam mana????

........SheRRRa.......

Pergh!!! takleh bla Nini wat demo an. Hahahaha...

**********

Semalam lagi aku dah start trial. Aku macam biasa la, study last minit lagi gempak. Time tu la semua benda tak dapat nak bace. Pandan....... Perangai tak pernah berubahkan SYAHIRA... Huhuhuhuhu... Semalam paper Bm, hari ni aku dah tau markah rumusan aku. Pergh!!! Sangat efficient la cikgu menanda kertas. Tapi markah rumusan je la yang aku tau. Tu pun dengar dari Natasha Idayu.. Dia mesej ngn aku tadi. Jeles la tu.. Huhuhuhuh...

Paper BI tadi macam nazak gak la nak buat. Aku takut kene tenyeh ngn mak Datin je nanti. Huhuhuhu.. Soalan senang coz dia dah bagi teknik dia. Cuma aku ni je yang malas nak menghafal. Tak reti bersyukur betul. Budak kelas lain tak habis belajar lagi tau. Yang kau ni tak reti nak menghargai pemberian orang tu kenapa??? Haiya......

Dah la, nak g wat math lak. Bsok paper MATH. Insyaallah.. A+ untuk paper math dalam genggaman.

Kawan-kawan semua, doakan yang terbaik untuk aku taw. Insyaallah, aku akan doakan yang terbaik untuk semua kawan-kawan aku...


Wassalam......


P/s : Kalau korang perasan la, nama sape paling banyak di sebut dalam entry kali ni????
Jawab! Jawab! Nanti dapat hadiah!!!! 

P/S : Thanks to adik yang bagi akak pinjam kalkulator dia tu. Jasa mu akan ku kenang.
Datang la beraya kat rumah akak. Kalau tak tahu kat mana, pg tanya Dolah ok! 

2 ulasan:

hanini berkata...

nme hanini ......
haha. kn kn kn ?
adiah adiah.....

syira berkata...

(^_^)

comel x hadiah di atas????
huhuhuhu....