Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Isnin, 26 September 2011

I'm So Sorry

Serius, sampai sekarang aku tahu yang kau masih terasa dengan ayat aku tu. "KAU PUNCA ............" Aku tak patut cakap macam tu kat kau. "RESON AKU NAK PERGI PUN SEBAB KAU ........." Hish! Apa ke hal la aku time tu. Said something stupid things to you.

Memang time tu kepala otak dan emosi tengah terganggu giler dengan benda-benda bodoh ni. Tapi kenapa la aku aku cakap benda bodoh tu. Sekarang, ayat-ayat bodoh tu aku dah tak boleh tarik balik. Dia dah dengar dengan jelas dan terang lagi bersuluh ayat aku tu. Menyesal pun dah tak guna. Kalau hati dah terguris, bukan senang nak di ubati kan? But aku harap kau tetap akan jadi kawan aku samapai bila-bila. Lantak pi la dengan segala jenis LELAKI yang pernah aku gilakan tu. Kalau boleh aku nak persahabatan kita sama macam dulu. Takde ayat-ayat bodoh tu dalam fikiran kau dan mengganggu perasaan kau.


Aku tak nak kehilangan best friend macam kau. Kalau hilang kau, bukan senang nak jumpa pengganti yang boleh jadi teman SENANG SAMA SENANG, SUSAH SAMA SUSAH. Kau tahu aku ni jenis macam mana. Dulu, bila aku gembira teramat sangat, kau la orang first yang tahu. Kalau aku sedih, kau la tempat aku mengadu. Bila aku ada masalah, kau la tempat aku luahkan perasaan. Walaupun kau tak dapat selesaikan masalah aku, kau sanggup dengar dan buat aku tenang.

Yang paling best, kau orang pertama yang ucapkan selamat hari lahir time birthday aku. Sekurang-kurangnya, ada juga orang yang ingat kat birthday aku. Time aku ngah furst giler ngn orang-orang sekeliling aku, kau jugak yang aku cari. Even aku tau kau pun ada masalah lain, tapi kau juga yang aku nak cari.

Tapi sekarang ni macam dah lain sikit. Tak tahu la kalau ni just perasaan aku je. Lepas aku tercakap ayat-ayat bodoh tu kat kau, kita macam dah tak rapat macam dulu. Macam ada something wrong kat relationship kita ni. Kau banyak spent time dengan Mamai. Aku pulak banyak spent time dengan Faz. Kadang-kadang aku rasa macam (can't explaint what it's)....... Bila aku sedar perubahan ni, aku start la wat perangai lain pulak. Duduk depan tv, fikiran ke lain. Duduk depan buku, sebutir pun aku tak baca buku tu. Bersembang dengan korang pun, aku boleh termenung sampai ada orang tegur. Mak aku cakap kat aku pun, aku boleh suruh mak aku ulang 2 3 kali. Hish!!! Banyak betul aku berangan sejak akhir-akhir ni. Masalah ni bila nak habis pun aku tak tau la.

Kau tau kan, aku ada bagi tahu kau yang sejak akhir-akhir ni aku asyik senang sangat terasa. Sometime aku terpikir gak, ni petanda ke??? Adakah ini petanda apa yang bakal terjadi kepada aku lepas ni. Petanda yang membawa kebaikan atau pun sebaliknya? Hanya tuhan yang tahu segalanya.. Seriously, aku ni jenis yang tak reti nak minta maaf kat kau depan-depan. Sebelum segalanya terlabat untuk aku dan kau, aku dengan setulus hati, nak minta maaf sangat-sangat kat kau dari hujung rambut hingga hujung kaki. Aku tak nak hubungan kita terputus di sebabkan ayat-ayat bodoh aku tu.

Kalau boleh aku nak kekalkan ayat "BFF @ BEST FRIENDS FOR EVER" tu dalam hidup kita. Pasal aku nak pergi tu, aku dah decide. Pilihan kolej matrik aku tetap sama dan takkan berubah. Semuanya terserah kepada takdir.  Harapan nak dapat satu universiti dan satu room ngn kau bila kita continue study nanti tak pernah terpadam. Sekarang ni, semua terserah di tangan ALLAH. Sekarang ni, aku nak belajar berfikir dengan lebih rational dan berhadapan dengan segala masalah dan belajar untuk menyelesaikan masalah tu.

Thanks coz selama ni kau memahami aku and be my Best Friend. I hope that it could change to be "MY BEST FRIED FOR EVER".....  (^_^)

Tiada ulasan: