Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Rabu, 14 September 2011

Dalam Persahabatan, Pasti Ada Yang Terluka....

Assalamualaikum....

Hai adik-adik.. Kali ni mood akak agak swing sikit la. Mungkin ada kaitan dengan tajuk di atas kot...

Sudah menjadi lumrah manusia, cakap siang, tak pandang-pandang, cakap malam, tak dengar-dengar.(slambe dek je tukar peribahasa...) huhuhuhu...

Biasa la, semua orang buat silap kan.. Kadang-kadang kita tak perasaan kita telah melukakan hati sahabat kita. Akak pun manusia biasa. Kalau ada terkasar bahasa, tersilap kata tu, maafkan lah akak. Akak hanya manusia biasa.

Act, hal ni terjadi kat diri akak sendiri. Dari segi luaran, mungkin orang lain takkan perasaan yang akak dah terasa sangat-sangat dengan sikap kawan-kawan akak. Kadang-kadang tu, akak terpikir juga, kenapa diorang buat akak macam ni. Kalau akak de buat salah tu, bagi tahu je la secara berterus terang. Biar akak dapat mengubah sikap akak ni. Takkan kerana satu faktor, kawan-kawan akak sanggup layan akak macam ni. Bukan kehendak akak nak jadi macam ni. Dah Allah takdirkan segalanya macam ni. Apa akak boleh buat. Bukan akak tak cuba berbaik dengan diorang. Tapi, hajat baik akak ni belum di makbulkan Allah lagi. Akak harap sangat hubungan persahabatan akak dengan sahabat-sahabat dapat kembali seperti dulu. Mesra seperti dulu.. Akak rindu sangat dengan diorang.

Akak tak tahu nak tafsirkan macam mana perasaan akak sekarang ni. Nak kata akak terlalu EMOTIONAL pun, entah la.... Tapi kalau segala-galanya ok, takkan la akak nak ada perasaan JAUH HATI dengan diorang kan?? Hmmmmm... Sebelum ni, akak ingat ni hanya mainan perasaan akak je. Tapi, baru-baru ni, akak dapat rasakan perasaan tu datang amat ketara sangat. Pada hari tu, akak betul-betul terasa dengan mereka. Akak cuba pujuk hati akak time tu. Seboleh-bolehnya, akak nak segera pergi dari tempat tu. Biar akak tak terasa sangat dengan sikap mereka tu. Kebetulan, saat akak berhajat nak pergi, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Hukum alam seolah-olah mengerti perasaan akak pada saat tu.

Allah Maha Besar...
DIA sangat memahami perasaan hambanya. Seseorang nampak akan situasi akak pada saat itu. Dia cuba buat yang terbaik untuk menggembirakan akak. Alhamdulillah, masih ada lagi sahabat yang memahami akak.

Akak harap, adik-adik yang membaca ni, sila jadikan kisah akak ni sebagai pedoman hidup, ok! Jangan buat sahabat kita terasa dengan sikap adik-adik ok!

Sekian, Wassalam.....

P/S : Sahabat semasa susah amat sukar untuk di cari.
Sahabat semasa senang ada di mana-mana.
Sahabat semasa susah dan senang hanya 1 dalam sejuta.
Jika anda menemuinya, hargailah dia....

Tiada ulasan: