Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Ahad, 28 Ogos 2011

Assalamualaikum semua...

Hari ni masuk hari ke-28 kita sebagai umat Islam berpuasa. Alhamdulillah... Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk merebut peluang beribadah kepada Allah s.w.t. pada Ramadhan kali ini.. Alhamdulillah juga kerana Allah telah memberi keistimewaan kepada aku pada bulan Ramadhan ini.

Aku tahu, apa yang terjadi ada kaitan dengan dugaan yang datang dalam pelbagai bentuk tu. Bila difikirkan, memang rasa tak tertanggung. Rasa sebak, terseksa dan sebagainya. Tapi satu-satu ubat yang aku temui untuk mengatasi segala perasaan ini hanyalah dengan beribadat kepada Allah. Itulah satu-satunya ubat yang paling mujarab yang mampu mengubat segala penyakit yang berpunca dari hati. Dan dengan bersolat, hati aku mendapat ketenangan yang selama ini aku inginkan.

Kenapalah baru sekarang aku menyedarinya....

**********

Di suatu petang Jumaat yang penuh keberkatan. Kepulangannya sentiasa ku nanti....

Dia datang tanpa aku duga, tanpa aku pinta. Harapan aku menjadi kenyataan apabila dia muncul dihadapan ku. Perasaan aku betul-betul tak tentu arah. Simptom-simptom lama datang menyerang. Huhuhuhu...

Aku melihatnya dari jauh. Sekalipun dia tidak menoleh ke sini... Aku tersentap. Tidak ingatkah dia padaku?? Aku cuba menahan hati dari jatuh tersungkur.. Hati aku seolah berbisik, "pergi dari sini Syahira...." Aku menurut kata hati. Aku pergi dari terus memandang dia. Di suatu sudut, tidak jauh dari dia dan Hanini, aku duduk memandang kehadapan, berdialog dengan diri. "Layakkah aku untuk menanam impian itu???" Aku tertunduk, mengakui aku tak layak menanam impian itu.

Petang itu, hujan air mata turun lagi kerana dia.

Berhentilah Syahira dari terus menanam impian itu..
Berhentilah dari terus menyiksa perasaan itu..

Tapi....
MAMPUKAH AKU??????

Jujur, aku tak mampu.....

Tiada ulasan: