Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Rabu, 30 September 2009

Keadaan Aku Semasa Di Hari Raya

Dah lama sangat aku tak bercerita. Rindu pulak aku kat blog ni. Sekarang ni, semakin aku cuba menyepi, semakin banyak problem yang aku dapat. Sukar aku nak luahkan, susah lagi aku nak selesaikan. Mungkin ini adalah pengajarn bagi segala kesalahan aku. PMR dah nak dekat. Senang cite minggu depan je lagi. But, aku masih begini. Masalah makin menimpa-nimpa. Jalan keluar untuk segala masalah aku pulak, semakin tak di temui. Aku buntu. Serabut kepala otak aku. Sekarang ni, pikiran aku makin berserabut. Belajar pun, banyak yang tak masuk. Susahnya la bila jadi cam ni kan. AHH!!! Lupakan je la..

Now, cite pasal raya. Raya pertama dan kedua, aku berada di Melaka, tapi kejap je.. Raya ke dua sampai ke 4 aku berada di tanjung karang. Kangpung yang paling aku suka. Balik hari2 pun tak pe. Pas tu, aku sempat pulak tu mandi palong kat si tu. Mak ai.. best gile. Huhu.. ni la akibat dah lame tak mandi palong. Tapi, paling syok bile mandi palong ramai2.. Hilang gian aku nak mandi palong tu.

Tapi yang tak syoknye bile kepala ni asyik terantok kat batu je.. Naik benjol kepala aku. Nasib aku tak boil, kalau tak, cam ne nak jawab periksa???... cam ne tak terantok kat batu kalau tahap ketinggian melebihi had umor.. hehe.. biasa la tu, dah takdir, nak wat cam ne kan..

Duit raya tahun ni, aku dapat cam biasa je.. sekarang ni, aku tak boleh pergi cari duit raya couse duit raya yang selalu cari aku.. huhu.. Ye la, kan aku ni tinggi melebihi had umor, semestinya la duit yang pi cari aku.. takkan aku cari duit kot.. malu la kalo wat cam tu woi… tambah lagi, aku nik anak dara.. bukan budak kocik..

Next week PMR! Actully, aku dah bosan sebut pasal benda ni. Tapi nak wat cam ne, kalo tak sebut, takde la aku ingat.. makin aku lupa diri ye la.. target aku untuk PMR ni klo boleh nak 8A.. tapi menurut kajian cuaca yang aku buat, berkemungkinan, aku akan mendapat 6 or 7 ‘A’. But tu Cuma kajian je… Tak leh percaye sangat..

Hmm k la, aku takde mood nak nulis sebenarnya.. tapi aku terpaksa..
Di kesempatan ini aku memohon AMPUN DAN MAAF ATAS SEGALA KESILAPAN KU. Semoga raya tahun ni lebih bermakna buat kita semua.

Tiada ulasan: