Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Isnin, 29 Jun 2009

Dah Lame..

hmm.. dh lame aku tak up date blog.. sejak akhir-akhir ni jiwa aku dah tak tenteram. kenapa la agaknye. sampai sekarang aku belum jumpa lagi punca aku jadi begini. tak keruan di buatnya. sepanjang aku tak up date blog ni, macam-macam dah jadi kat aku. antaranya ialah:

hari khamis (25/6/09) : sport cek di lakukan dan nasib baik aku tak bawa sebarang barang larangan ke sekolah, kalau tak, free je dapat panalti. yang tak syoknya, bukan main lame dia buat sport cek. senang cite dekat sejam lebih kitorang di kerjakan. dah la sport cek ni dari hujung rambut sampai hujung kaki.uish..dahsyat-dahsyat dan berlaku juga kes melarikan diri(bagi sesapa yang membawa barangan terlarang) aku dan kawan-kawan aku same gak naik toncetnya.. kitorang pegi bagi tau pengawas bila nampak kes melarikan diri.. hehehe.. sory, kepada sesiapa yang terkena .. kitorang memang cam ni..

lepas habis pemeriksaan teliti dari semua PENGGANAS(pengawas) Sekolah, kitorang balik kelas. kebetulan sebelum perhimpunan tu, dalam kelas aku ada seekor burung ape tah,aku pown tak tau nama dia. aku tengok burung tu macam kesejukan, so aku amik la kain lap tingkap yang dah leme tak guna dan aku selimutkan la burung tu..

nak tau ape jadi kat burung tu lepas aku balik kelas? JENG JENG JENG.. terdapat tompokan putih di bawah tempat burung tu landing,, nampak sangat burung tu melepaskan bahan kumbahan.. tak patut betol..
dan setelah beberapa jam burung tu tidur berselimut, ada budak kelas aku dengan kejamnya meletakkan burung tu kat tepi tingkat. tujuannye bagi membulehkan burung tu pergi dari kelas kami untuk selama-lamanya..dan akhirnya dia pergi juga..

pada hari sabtu(27/6/09) pulak: sekolah aku buat hari bicara akedemik. hmm maksudnye adala salah seorang penjaga aku or murid sekolah tu yang datang sekolah bagi mengetahui perestasi anak-anak mereka.. aku punya result semuanya turun.. hehehe.. terimalah bertih jagung dari BIG BOS in my house(ayah aku la)
tak pe-tak pe.. aku redha..

Ok la, aku dah malas nak bercerita cerita cinta maha jiwang dalam hidup aku ni..
Korang rasa la sendiri camne bestnya bercinta tu..

Tiada ulasan: