Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Rabu, 27 Mei 2009

Lega....

Akhirnya berakhir juga penyeksaan kepala aku ni. Tinggal paper Math 1 je belum di jawab, tapi paper tu kena tunggu besok la.. Tapi takpe, sebab Math paper 1 tu ble guna calculator, so lega la sikit sakit kepala ni. Sejak exam ni, aku dah jarang dapat tengok tv tapi bukan sebab aku bace buku tapi kerana aku dok melangot depan buku latihan aku. Ye la, cari jawapan tak jumpa-jumpa, mau tak buntu kepala otak aku di buatnye. Tapi peper hari ni semuanye senang-senang belaka, tapi tak tau la boleh dapat A ke tak. Bagi aku, paper hari ni yang susah ialah Pendidikan Seni 2. Bukan susah mane pown, cuma aku ni jenis orang yang tau melukis je, mewarna aku tak tau sangat. Takat mewarna macam budak tadika tu boleh la. ish..rugi betul la.. dah la kat seni yang boleh dapat markah lebih, tapi malang bagi aku sebab aku tak reti mewarna.. Tapi takpe la, sebab semua tu dah lepas, nak buat macam mane lagi kan....

Tiada ulasan: