Welcome to my blog.. Enjoy your reading!! Keep smiling Ok!!! (^_^)

Sabtu, 21 Februari 2009

Pantun Solat

Pergi ke pasar membeli ikan,
Membeli ikan jangan malu,
Solat selalu jangan ditinggalkan,
Supaya ALLAH berkati selalu..

Jangan dikacau Baba termenung,
Nanti dimarah oleh Nyonya,
Walaupun ilmu tinggi menggunung,
Tidak solat,apa gunanya..

Pergi ke Johor mengambil masa,
Singgah dahulu di Kota Melaka,
Meninggalkan solat menjadi biasa,
Tidak takut api neraka?

Hari ahad pergi ke pekan,
Jangan lupa kirimkan surat,
Solat itu wajib diamalkan,
Semoga selamat dunia akhirat..

Tiada ulasan: